Anda di halaman 1dari 2

Antara tips-tips bertanam ros :

1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah
(campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan
tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.
2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan
petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan
batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai
penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.
3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya
mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada
pangkal pokok ros kerana
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit
pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam
didalam pasu pokok ros.
4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah
makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.
5) Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan
di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga
pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.
6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk
menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah
salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang
banyak.
7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya
gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi
penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.

8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust.
Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena
penyakit. Untuk mengawal anda boleh gunakan formula organik campuran
cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.
Formula ini saya perolehi dari internet juga. Saya pernah mencuba dan
hasilnya alhamdulillah pokok saya dapat diselamatkan.

Di sini Reen kongsikan teknik yang boleh kita try sma-sama for roses lovers.
1. Potong 20-23 cm panjang beberapa batang pokok bunga ros. Buang semua
daunnya.
2. (Pilihan) Terdapat tips daripada penggemar tanam sendiri untuk mencucuk
keratan batang dengan ubi kentang. Katanya untuk mengekalkan kelembapan pada
batang pokok dan memberi galakan untuk batang tumbuh akar.
3. Tanam pada lubang batas yang disediakan (14-16 cm dalam). Jika guna pasu,
bolehlah pada dalam pasu.
4. Kambus dan padatkan sedikit tanah sekitar keratan batang. Jika pada pasu, guna
tangan (bukan kaki!).
Jangan lupa siram setiap hari. Dalam masa 1-2 minggu insya-Allah akan ada
tumbuh pucuk di celah-celah ruas keratan batang.

Anda mungkin juga menyukai