Anda di halaman 1dari 8

Rendang Daging Sedap Giler

Azie 6/21/2015 Daging featured Lauk Pauk Masakan Tradisional Raya 2015

Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah
hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita
berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan
kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap
giler. 

Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog
Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara
yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan
bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil
tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. 

Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak
kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang
disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu
menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi
kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara
nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan
bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan
segar. Pasti sedap.

Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang
yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering.
Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. 

Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih
kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan
berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita
yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di
dalam gambar di bawah ini...
Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah
resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi
berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk
menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. 

Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan


Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh
menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri
nanti. Selamat mencuba....

Rendang Daging Sedap Giler


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu besar jintan manis - sangai
1 sudu besar jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak
cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan
masak sampai pecah minyak. 

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak


sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan
tumis tidak cukup masak.
Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging
dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak
hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:


Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan
bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga
pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan
butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. 

Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan
jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah
dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high
pressure selama 30-40 minit. 

Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk.
Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam
jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan
masak hingga kering. 

Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari
periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar.
Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang
tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali
sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar
dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke
luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan
bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi
kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang
pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang
akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup
periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung
saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi.
Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap.
Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya
mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan
maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan
masin.

Anda mungkin juga menyukai