Anda di halaman 1dari 2

RESEPI : KEK KURMA BAKAR

SUMBER : BUAT WANITA BLOGGER (maaf, resepi ini hanya disalin dan minta dihalalkan
diperpanjangkan di sini sebagai rujukan pada masa akan datang)

Buat pengemar kurma or tidak tiada masalah kerana kek ini insyaalah sangat sedap
rasanya rangup diluar dan lembut di dalam, baik dari segi kesihatan malah mengikut
sunnah juga, bukan hanya untuk kita malah anak-anak. Selain dari makanan sunnah kek
ini hanya menggunakan sebiji telur! TQ puteri sbb sudi berkongsi resepi beserta TIPS
sekali..Buat pengetahuan kek ini juga boleh diubahsuai rasanya! Mesti cuba dan rasa
sendiri.Terbaik! Suami dan anak-anak suka berbanding kek kurma yg sy pernah buat dulu
menggunakan 3 biji telur dan dikukus, rasa kek kurma versi bakar lebih sedaplah... 

Loyang kecil (ku guna loyang bulat 9")

BAHAN :

1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri (ku guna tepung gandum + 1 sk b/powder & diayak
bersama)
1 Cawan Minyak Jagung (ku guna minyak masak)
1 Cawan Gula Kastor(ku guna  3/4 cwn)
10 Biji Kurma 
1 Cawan Susu Cair (ku guna secawan= susu tepung + air)
1 Biji Telur

CARA :

1. Blend kurma bersama secawan susu.


2. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
4. Masukkan minyak dan susu kurma. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit.

Maaf untuk memudahkan kerja aku yang beranak kecil, kebetulan mixer pun takde
blender jela sumenye proses kecuali tepung. 

1. Blend telur sampai berbuih.


2. Masukkan gula, blend sampai putih.
3. Masukkan kurma yang telah dibuang biji bersama susu, blend lagi.
4. Masukkan minyak, blend lagi.
5. Pindahkan adunan dari blender ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi
sedikit, gaul sebati.
6. Bakar (180'c) selama 45 minit. 
(Nota ku guna api atas bawah, 30 minit pertama ku letak pada rak yang tengah, 15 minit
terakhir ku pindah ke rak bawah, coz oven aku api atas lebih panas dari api atas, takut
terlebih hangus pula ;p

TIPS TAMBAHAN:
1. Jangan gunakan terlalu banyak kurma, nanti jadi bengkang :p
2. Banyak lagi tips. Sila Rujuk di bawah/ Buat.Wanita@blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai