Anda di halaman 1dari 7

Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Azie 6/28/2018 Ayam Lauk Pauk

Sekarang ini rumah saya hampir cukup quorum kecuali


Boy  sahaja yang tinggal di rumah mertua di Shah Alam.
Juita pun ada di rumah kerana sedang menghabiskan
summer holiday sehingga September. Nelly sekarang
telah bertukar ke pejabat di Petaling Jaya. Lebih dari dua
tahun, dia bertugas di Cawangan Ipoh. Saya gembira
kerana akhirnya dia kembali ke pangkuan kami. Maklum
bila jauh, hati sangat risau.

Ketika saya memasak ikan sambal berlado, Nelly masuk


ke dapur dan bertanya apa yang saya sedang masak. Bila
diberitahu ikan, dia menjawab tak nak makan kalau tak
ada lauk ayam. Begitu juga dengan Aween bila diberitahu
saya sedang menyediakan lauk ikan, terus ditanya tak ada
ayam ke. Hmm rasa pulak terkilan tak beli ayam. 
Sebabnya saya tak beli ayam kerana tekak saya yang
rasa nak makan ikan selar goreng berlado.

Jadi saya rasa kesian pulak bila melihat mereka


menanyakan lauk ayam. Jadi balik dari pejabat
keesokannya saya terus singgah membeli ayam. Hajat
hati mahu memasak Ayam Masak Merah. Saya hanya beli
setengah ekor sahaja.  
Sampai jer di rumah, saya terus ke dapur. Seperti biasa,
saya memasak dengan masih berpakaian pejabat. Tak
sempat nak menyalin pakaian kerana memang nak kena
memasak dengan cepat. Selain menyediakan ayam
masak merah, saya juga sediakan udang masak lemak cili
padi dengan kacang buncis dan telur dadar. 
Walaupun masak campak campak ikut gerak hati tapi
rasanya sangat sangat sedap. Saya memasak memang
dalam keadaan tergesa gesa. Pertama kerana saya
mengejar cahaya semulajadi untuk snap gambar. Kedua
kerana saya tergesa gesa, selepas makan mahu terus
naik bilik untuk tidak lewat menunaikan solat Maghrib. 

Sebetulnya gambar yang saya ambil ini tidak justify pada


rupa sebenar Ayam Masak Merah saya yang memang
cantik. Maklumlah matahari dah terbenam. Tidak cukup
cahaya. Ianya berwarna merah cantik sekali. Bukan
sahaja kejadian yang cantik tapi rasanya memang wallaaa
sedap giler. Hihihi masuk lift, tekan dan naik sendiri. Tak
caya? haa cubalah gerenti sedapnyer...

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya


gunakan sedikit gula kerana dalam sos cili telah ada rasa
manis. Bila kita menggunakan sos cili dan sos tomato,
sambal akan menjadi cantik berkilat. Jom layan. 
Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur
Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing.
Angkat dan ketepikan. 

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang


merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. 

Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan


sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau
rata. 

Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan


sedikit air. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau


sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng. 

Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan


rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh
tabur daun sup atau daun bawang.
Nota:
Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan
memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing. 

Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan
bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.

Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu


cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna
merah cantik.

Anda mungkin juga menyukai