Anda di halaman 1dari 4

Ayam Ungkep

Saya dah ubahsuai sedikit resepi dengan memasukkan sedikit santan kerana ada lebihan santan yang
saya guna untuk menyediakan Ikan Panggang Kuali di SINI. Resepi asal memang tak menggunakan
santan. Kalau diperhatikan, resepi ini juga tidak menggunakan asam langsung. Itulah yang uniknya
pasal resepi Ayam Ungkep ni.
Jom kita tengok resepi ringkas dan sangat mudah ini untuk hidangan di rumah jika kita ketandusan
idea....
Ayam Ungkep
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit
2 batang serai - dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan - saya tambah
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping - opsyenal
Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi
Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut
atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk
memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan
api.

RESEPI UNGKEP AYAM MASAKAN ORANG JAWA

Ehh....tetiba lak nak share Resepi Masakan orang jawa.. haha.. sebenarnya nak
simpan untuk diri sendiri jugak. Tapi tak salah gak share dalam blog kan..
hehe...mana tau lepas ni leh share masakan yang lain pulak kan.. :) Bukan ape,
masakan ni pun tahan lama tau kalau disimpan.. Boleh pakai ayam bandar atau
ayam kampung/pencen pun sedap...ok, ni resepinya...
Resepi ungkep ayam :
1 ekor ayam
10-12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Ketumbar
Jintan halus
Jintan manis
(Semua bahan ni dikisar)
Serai dititik
Garam
Gula
Perasa.
Sedikit air asam jawa anggaran 1 sudu
Caranya :
Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
Masukkan ayam, serai dan air. Masak dengan api sederhana. Bila air sedikit
kering, masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa.
Masak lagi hingga kuahnya kering dan ayam empuk/lembut.
Kalau yang nak pedas boleh letak cili padi potong atau sebiji2 masukkan.
***haha...senang je kan masaknye.. lebih enak dari kari ayam tau.. cubalah! Pic
takde..hehe...sory ye..:)

Resipi Ramadhan - Ayam Ungkep


Bahan:
7 ketul ayam
5 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia (sebesar ibujari) *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar
2 biji cili padi
Air asam secukup rasa
Cara:
1. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk bersama dan ditumis
sehingga naik bau.
2. Bawang besar dipotong mayang kemudian ditumiskan bersama
bahan tumbuk.
3. Masukkan ayam dan gaul bersama tumisan beberapa minit.
4. Masukkan cili padi.

5. Tutupkan ayam dan biarkan empuk.

6. Masukkan air asam dan tutup kembali. Sekali-sekala digaulkan


ayam tersebut supaya masak sekata. Tunggu beberapa minit
sehingga ayam benar-benar masak dan kuah kering sedikit.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Anda boleh masukkan batang serai dan sedikit santan jika mahu
lebih wangi dan berlemak. Bagi saya, masakan yang ringkas ini
sudah memadai. Selamat mencuba dan selamat berbuka!

Anda mungkin juga menyukai