Anda di halaman 1dari 6

Resepi Lontong aka Kuah Lodeh Simple & Sedap.

Hirup
Kuah Sampai Licin!

ByNazurah Hassan
Posted on June 2, 2019

Menu apa lagi yang famous di hari Raya selain ketupat dan rendang? Bukan apa,
sesekali tu jemu juga makan benda yang sama.
Jadi, apa kata cuba buat lontong atau kuah lodeh pulak. Pekena dengan sambal dia
sekali, memang layan!

Ini resepi lontong yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Puan Nor Hazwani
Mohd Zain.

RESEPI LONTONG KUAH LODEH YANG SIMPLE & SEDAP

Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.

Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil
masa lama jugak nak masak tu kan.

So, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A – UNTUK BLENDER
 5 biji bawang besar
 6-7 batang serai
 Kunyit
 Halia
 Lengkuas
 Segenggam udang kering
 Buah keras

BAHAN B – ANEKA SAYURAN DIPOTONG KECIL


 Sengkuang
 Carrot
 Baby jagung
 Tempe
 Kacang panjang
 Cili
 Kobis
 Terung
 Tauhu

BAHAN C – DIRENDAM
 Soo hoon
 Fuchuk

BAHAN D – BUBUH AKHIR


 Santan
 Asam keping
 Garam / perasa secukupnya
CARA-CARA
1. BLENDER
Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.

2. PANASKAN AIR
Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih.

3. MASUKKAN BAHAN BLENDER
Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi.

4. MASUKKAN SAYUR
Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.

Sayur ni ikut masing-masinglah. Kalau ikutkan resepi asal tak bubuh pun baby jagung
dengan bunga kobis. Tapi memandangkan saya peminat sayur, saya bubuh je apa
yang ada.

Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk
bagi lembut.

Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu
masukkan kemudian sikit.

5. MASUKKAN SOO HOON & FUCHUK


Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.
6. PERASAKAN
Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.

Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan.

Kalau nak kuah lambat basi, guna santan kotak. Kacau sebati.

Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

TAMBAHAN: SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Rasa tak lengkap pula kalau tak ada sambal tumis ikan bilis kan?

Walaupun mungkin ramai dah tahu buat, saya kongsikan jugalah resepi sambal ikan
bilis simple dekat sini.

BAHAN-BAHAN
 Cili kering
 Belacan
 Air asam jawa
 Bawang besar
 Bawang putih
 Halia
 Kunyit
 Lengkuas
 Serai (diketuk)
 Ikan bilis

CARA-CARA
Blender semua bahan kecuali serai dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis semua
bahan sekali dengan serai yang diketuk tu. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis. Siap!

TAK SEMESTINYA DIHIDANG WAKTU RAYA JE


Mudah kan resepi lontong / kuah lodeh ni. Bolehlah cuba nanti. Tak semestinya waktu
Hari Raya je. Hidangkan untuk hari-hari biasa pun sedap.

Nak-nak kalau bubuh dengan sambal macam ni. Tak cukup semangkuk!

Selamat mencuba!
*Resepi lontong / kuah lodeh ini dikongsikan oleh Puan Nor Hazwani Mohd
Zain menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut sila rujuk post asal beliau di SINI.
RELATED ITEMS:MASAK LEMAK LODEH, RESEPI KUAH LODEH

Anda mungkin juga menyukai