Anda di halaman 1dari 3

Resepi Kacang Pool Haji Paling Mudah

setiap Aidil Adha tiba pasti semua umat islam di seluruh dunia merayakanya dan ada
sebahagian orang yang pergi haji di tanah arab. biasanya menu yang biasa di hidangkan ialah
kacang pool. hari ini saya ingin berkongsi resipi kacang pool haji paling mudah.

sejak makan kacang pool haji masa balik saya amat suka dan saya cuba mencari resipi kacang
pool ini. akhirnya, ada rakan facebook yang share cara buat kacang pool haji ni. senang je
hubby masak kacang pool.

Resepi Kacang Pool Haji


biasanya setiap hari Idul Adha tiba kita cuti 2 hari, boleh rehat-rehatkan badan dan tenangkan
fikiran. kacang pool haji sangat popular di masyarakat Johor dan Singapura. masakan ini
awal mulanya dibawa oleh orang-orang arab ke Malaysia dan lama-kelamaan ia menjadi
sebahagian himpunan resepi tradisi.

kacang pool haji boleh kita temui di kedai-kedai orang arab seperti suria, Mesir dan
sebagainya. bahan utama masakan ini ialah kacang pool yang dimsak bersama daging
cincang dan dihidangkan bersama telur mata kerbau bawang besar yang didadu, hirisan cili
hijau, dan tomato yang di potong dadu.

anda boleh juga menggunakan daging kambing sebagai pengganti daging lembu. jom
langsung saja kita layan resepi kacang pool haji sedap dibawah.
Bahan-Bahan
10 biji bawang merah @
4 ulas bawang putih @
1 inci halia @ [tanda @ dikisar halus]
300 gram daging lembu dicincang
2 camca besar rempah kari daging - baba's
1 tin kacang pool
1 tin red beans, sebarang jenama
1 camca teh lada hitam - ditumbuk halus
1 tin kecik baked beans
1 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar minyak sapi
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Lain
limau kasturi - belah 2
bawang besar - didadu kecil
cili hijau - dipotong
Roti naa - boleh gunakan roti perancis atau semabarang roti
tomato - didadu
minyak sapi dipanaskan hingga cair

Cara Membuat Kacang Pool Haji


1. cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis
kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian
satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga
menjadi pes dan ketepikan.

2. panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan
sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. masukan pes rempah dan
kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. kemudian
masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.

3. masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. masukan
baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana
selama lebih kurang 12 minit.

4. akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. kacau rata
dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.

Cara Menghidangkan
bila hendak menghidangkan, cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai
kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata
kerbau. tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan
hidangkan bersama roti sesuai selera anda.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kacang pool haji yang saya kongsikan ini dan sampai
jumpa di resepi-resepi sedap berikutnya ye.

Anda mungkin juga menyukai