Anda di halaman 1dari 2

SMK SERI GARING

JALAN KUALA GARING,


48000, RAWANG, SELANGOR.

___________________________________________________________________________

Kepada, Ruj. kami :


Tarikh : 9 OGOS 2017
Encik Balasupramaniam a/l Ramanaidu PPN, PJK,
Yang Di Pertua PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing akan


mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Ogos 2017 ( Jumaat )


Masa : 2:30-4:00 petang
Tempat : Dewan SMK Seri Garing

3. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan kali
ke-60 peringkat sekolah.

4. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa amat berbesar hati menjemput pihak tuan
untuk bersama-sama menghadiri dan meraikan majlis sambutan ini seperti ketetapan di atas.
Semoga dengan kehadiran tuan akan dapat memeriahkan lagi majlis sambutan ini.

5. Segala kerjasama, kehadiran dan jasa baik yang dihulurkan oleh pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian , terima kasih .

Saya yang menurut perintah,

....
( HO CHEE LEAN )
Pengetua,
SMK Seri Garing.
Encik Balasupramaniam a/l Ramanaidu PPN, PJK,
Yang Di Pertua PIBG,

Encik Md. Shorkri bin Md. Arshad ,


Naib Yang Di Pertua PIBG,

Encik Abdul Rasyid bin Zainal,


AJK PIBG,

Encik Ahmad Bustamam bin Mohd Damin,


AJK PIBG,

Encik Chandra Rao a/l Supakanu,


AJK PIBG,

Encik Radakrishnan @ Ramesh a/l Nagappan,


AJK PIBG,

Dr. Villalan Ramasamy,


AJK PIBG,

Anda mungkin juga menyukai