Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

ISI
AYAT TOPIK AYAT HURAIAN CONTOH
PENTING

PENUTUP
Kepentingan dan Kebaikan membaca

Dewasa ini, terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam
atau dari luar negara. Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah
suratkhabar, majalah, komik dan sebagainya. Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.
Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.

Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang
isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial. Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa
boleh membelikan bahan-bahan ilmiah seperti Dewan Pelajar, Al-Risalah dan sebagainya bagi
memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi. Hal ini, dapat
mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti
yangberfaedah. Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih
gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti
melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan
sebagainya. Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang akan
merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam
apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati
dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan
sebagainya. Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca


sebagaiamalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
dapatmenjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai