Anda di halaman 1dari 2

MOWGLI THE JUNGLE BOOK – CERITA HUTAN

Cerita ini mengisahkan bagaimana Gisborne, seorang renjer hutan Inggeris di India
yang ketika itu dijajah oleh British, menemui seorang pemuda bernama Mowgli yang
memiliki kemahiran memburu dan menjejak yang luar biasa, lalu mengajaknya
menyertai perkhidmatan perhutanan. Lambat-laun, Gisborne mengetahui punca
kebolehan luat biasa Mowgli, iaitu bahawa dia dibesarkan oleh sekawan serigala
dalam hutan. Kemudian, Kipling mengarang butiran kehidupan Mowgli sewaktu
kanak-kanak. Tercicir oleh ibu bapanya dalam hutan rimba India akibat serangan
harimau, seorang bayi manusia dibesarkan oleh sepasang serigala lalu dinamakan
Mowgli si Katak kerana tiada bulu. Shere Khan si harimau menuntut agar bayi itu
diserahkan kepadanya tetapi ditolak oleh serigala tersebut. Oleh itu, Mowgli
membesar bersama sekawan serigala, dan memburu bersama adik-beradik serigala.

Mowgli setanding dengan mana-mana serigala dari segi kekuatan, tetapi


mendapat sanjungan istimewa kerana boleh menanggalkan duri dari kaki adik-
beradiknya. Bagheera (si harimau kumbang) berkawan dengan Mowgli, kerana
mengakui kedua-dua mereka ada persamaan dari segi zaman kanak-kanaknya,
iaitu Bagheera pernah "dibesarkan dalam sangkar Raja di Oodeypore" sejak kecil,
maka mengenali cara hidup manusia. Baloo si beruang pula, sebagai pendidik
kepada serigala, mengajar Mowgli undang-undang hutan. Di pedalaman India
pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling
dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-
hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu.
Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang
masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala
dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah
itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala
yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala
berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani.
Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu
bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala
menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan
dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka
malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga
sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu
Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan
binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke
mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa
Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun
apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang
didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui
pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang
suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli
tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala
di dalam hutan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat
Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak
besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di
kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak
serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya.
Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak
seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah


boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu
Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua
anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula
menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh
anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun
tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain
seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota
Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum
dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula
kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak
dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-
undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang
bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya
baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan
yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun
bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor
binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam
Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar
anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain
bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong
supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika
Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas
tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi
mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan
seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru
dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli
supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera
bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu
jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi
beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya,
terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata
keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan
Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. " Kekuatan
sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan
terletak pada enam sekawannya "

Anda mungkin juga menyukai