Anda di halaman 1dari 6

1

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

BAHAGIAN A
[25 markah]
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan
tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan
mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.
___________________________________________
Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan sempena cuti sekolah.
___________________________________________
Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian
dan manggis.
___________________________________________
"Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu
Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.
___________________________________________
(8 markah)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terangbenderang.
__________________________________________
(ii) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.
__________________________________________
(iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu
bahasa ibunda mereka.
__________________________________________
(3 markah)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i) Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.
Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

_______________________________________________
_______________________________________________
Pulau peranginan itu cantik.
Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_______________________________________________
_______________________________________________
Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.
Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.
_______________________________________________
_______________________________________________
Saya ada masa pada hujung minggu ini.
Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.
_______________________________________________
_______________________________________________
Azwana membaca surat.
Afifah membaca surat.
Surat dikirim oleh Bhaga.
_______________________________________________
_______________________________________________
(1
0 markah)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang
sesuaidengan gambar tersebut.
(i)

_____________________________________________

(ii)

_____________________________________________
(4 markah)

Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SAJAK LAUT
Laut ini begitu biru
laut ini begitu luas
laut ini begitu indah.
Betapa bahagianya hati
laut ini membuatku bahagia
laut ini begitu tenang
begitu kaya.
Kulihat pasir putih
kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki
dan kurasakan
angin pantai membelai.
Seorang nelayan jauh di sana
berdiri di atas perahu kecil
menebarkan jala

mencari ikan untuk keluarga.


Burung laut menari-nari di sana
mengepak-ngepakkan sayapnya
begitu gembira mereka bernyanyi
bagai berlumba
dengan nyanyian ombak.
Setengah matahari kulihat di seberang
di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip
namun dengan setia
memberi sinarnya.
Hai, laut biru
hari ini juga aku nyatakan
kau adalah saudaraku!
ISMAIL SHARIF

(i)

(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,


Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?

(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii) Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia
sehingga menjejaskan laut?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________

BAHAGIAN C
[15 markah]
Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA


Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih
Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar
Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah
Mengurangkan Kuantiti Sampah
Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D
[30 markah]
7

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

(i)

Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis
perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii)

Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih
mengutamakan barangan dari luar negara.
Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.
(iii)

Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.


Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli
sukan negara.

Anda mungkin juga menyukai