Anda di halaman 1dari 2

KATA NAMA:

Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang, keadilan, kesejahteraan,
kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga golongan:
i. KATA NAMA KHAS
ii. KATA NAMA AM
iii.KATA GANTI NAMA
iv KATA NAMA TERBITAN

KATA NAMA KHAS:


Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, bahasa dan
seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan Selangor Darul Ehsan.
KATA NAMA KHAS terbahagi kepada dua iaitu:
i. Hidup
a. Manusia. Contoh: Ali, Dewi, Chong 
b. Bukan manusia. Contoh: Sang Kancil, Si Belang, Jibrail
ii.Tak hidup. Contoh: nama benda, negara, institusi, bangsa, pangkat

KATA NAMA AM:


Perkataan yang merujuk perkara yang umum. Contohnya: polis, sekolah, kucing,
harimau dan kereta.
KATA NAMA AM terbahagi kepada dua iaitu:
i.  Hidup
a. Manusia. Contoh: adik, petani, murid
b. Bukan manusia. Contoh: haiwan, pokok, jin, malaikat
ii.  Tak hidup
a. Institusi. Contoh: sekolah, hospital, persatuan
b. Bukan institusi.
*konkrit. Contoh: meja, rumah
*abstrak berbilang. Contoh: pendapat, rancangan
              tidak berbilang. Contoh: keadilan, iklim, udara 

Anda mungkin juga menyukai