Anda di halaman 1dari 1

1.

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
 
 
2. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu
secara am atau umum.
 
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
 
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau
dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau
dikhayalkan.
 
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata
nama terbitan.
 
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
 
6. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil
melainkan pada awal ayat.
 
7. Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat
gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Anda mungkin juga menyukai