Anda di halaman 1dari 8

Kumpulan 1

Jessyca Anak Ungat Ellif Mopilin Mohd Hamdan Nur Hidayah Herman Marius

Jenis-jenis ayat

- Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat


jenis
Ayat penyata

Ayat seruan

Jenis-jenis ayat

Ayat tanya

Ayat perintah

Jenis-jenis ayat

Ayat Penyata
- Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. - Bertujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu hal. -Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contohnya : 1. Eddona jurutaip. 2. Miyra sedang tidur. 3. Caroline menjadi pegawai polis.

Jenis-jenis ayat
Ayat tanya tanpa kata tanya - Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir nada. - Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Contohnya : 1. Encik Jumat pengurusnya? 2. Adik masih menangis? 3. Dia tersenyum?

Ayat Tanya
- Digunakan untuk
tujuan menanyakan sesuatu hal.

- Ayat tanya dengan


kata tanya - Menggunakan kata tanya seperti siapa, apa dan mengapa.

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya - Ayat ini mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Contohnya : 1. Apa benda itu? 2. Manakah adik awak? Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya - Ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama seperti di mana, dari mana, sejak bila, sampai bila, bagaimana dan sebagainya. Contohnya ; 1. Tuan tinggal di mana? 2. Ani boleh memegang jawatan itu sampai bila?

Jenis-jenis ayat
Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup
Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan. Ayat tanya terbuka tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi sebaliknya bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Ayat Tanya Tertutup 1. Encik Jumat pengurusnya? Ya, Encik Jumat pengurusnya. 2. Ke sekolahkah murid-murid? Ya, murid-murid ke sekolah.

Ayat Tanya Terbuka 1. Apakah benda itu? Benda itu alat komputer. 2. Dari manakah mereka datang? Mereka datang dari Brunei.

Jenis-jenis ayat
Ayat suruhan - Bertujuan untuk memberi perintah atau arahan Contohnya : 1. Keluar dari bilik ini! 2. Pergi dari sini! 3. Pukullah ular itu. Contohnya : 1. Jangan duduk di sini. 2. Janganlah menangis. 3. Usahlah dikenang lagi perkara itu. Contohnya : 1. Sila datang ke rumah saya. 2. Jemput masuk.

Ayat Perintah - Diucapkan dengan


tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. - Perintah ditujukan kepada orang kedua seperti awak,kamu, engkau dan sebagainya.

Ayat Larangan - Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah.

Ayat Silaan - Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang Ayat permintaan - Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti tolong dan minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan

Contohnya : 1. Minta tuan benarkan kami masuk. 2. Tolong selesaikan pergaduhan ini.

Jenis-jenis ayat
Ayat Seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!). Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Contohnya :

1
2 3 4 5

Cis, terimalah tikamanku ini!


Amboi, garangnya! Aduh,sakitnya! Syabas, engkau telah menang! Eh, kamu rupanya yang datang!

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai