Anda di halaman 1dari 4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 2013

ILMU PENGETAHUAN BARU Saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan dapat saya manfaatkan sebagai seorang guru pada masa akan datang. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan sangat berguna kepada guru pelatih untuk merasai dan mengetahui tentang keadaan sebenar alam persekolahan yang dialami oleh seorang insan yang bergelar Guru. Melalui pemerhatian yang saya lakukan, sekolah ini mempunyai prasarana yang mencukupi dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif. Kekuatan yang ada pada sekolah ini ialah mempunyai prasarana yang lengkap dan mencukupi. Keadaan ini dapat memudahkan guru-guru untuk merancang strategi sesi pengajaran yang kreatif, berkesan serta mampu menarik minat murid-murid semasa di dalam kelas. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah kantin, gelanggang, taman permainan untuk Prasekolah, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran, stor sukan, dewan serbaguna, surau, makmal sains, bilik pendidikan agama, pusat akses, pusat sumber, bilik tayangan, makmal komputer dan sebagainya. Suasana sekolah juga kelihatan sangat segar dan menghijau dengan adanya sudut Taman Mini Kelab Pals dan pokok-pokok yang rimbun di sekitar sekolah.

Kantin

Gelanggang

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 2013

Taman Permainan Untuk Prasekolah

Stor Sukan

Tandas

Dewan Serbaguna

Surau

Makmal Komputer

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 2013


Kemudahan-kemudahan ini telah digunakan sepenuhnya dan dijaga dengan baik. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjamin kebersihan dan keceriaan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Namun begitu, saya agak kecewa apabila melihat keadaan gelanggang sekolah yang agak usang dan banyak bahagian yang sudah pecah serta selalu digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Keadaan ini tidak dijamin selamat untuk dijadikan sebagai tempat melaksanakan aktiviti. Selain itu, saya juga telah menemu bual Guru Besar Sk Sibu Jaya iaitu Encik Beruin Anak Luang mengenai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini serta keaktifan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Gred sekolah untuk sekolah ini adalah A. Beliau menyatakan bahawa nilai kerjasama, hormat-menghormati dan bertimbang rasa antara guru-guru di sekolah lebih diutamakan untuk berusaha mencapai visi sekolah iaitu Sk Sibu Jaya menjadi cemerlang pada tahun 2016. Saya juga mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai kekuatan pasukan untuk bermain hoki, bola baling dan bola sepak. Pencapaian cemerlang dalam kokurikulum, peringkat tertinggi ialah kebangsaan. Saya mengambil gambar-gambar prasarana yang ada di sekolah semasa membuat pemantauan mengenai kemudahan-kemudahan sekolah. Perkara ini dapat membuktikan bahawa Sk Sibu Jaya mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 2013


Tugasan Semester 1 : 2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah 2.1 Lukiskan pelan bilik darjah tempat anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran. Kelas : Tahun 3 Dahlia (42 orang) 2 1 3

Pintu 1

6 5

Pintu 2
7

PETUNJUK : 1 Papan Hitam 2&3 - Papan Kenyataan/Papan Notis 4 Meja Guru 5 - Tingkap 6 Meja Pelajar 7 Sudut Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai