Anda di halaman 1dari 2

1.2.

1 Definisi Konsep

1.2.1 Ayat tanya

Menurut Nik Safiah Karim (1986: 47), ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
tujuan menanyakan sesuatu hal. Disamping itu, pada setiap akhir ayat tanya akan
diberikan satu tanda soal (?). Arbak Othman (1985:112) pula menyatakan bahawa ayat
ini biasanya dibawakan oleh pola sebutan yang diakhiri dengan nada penutup menurun
yang didahului oleh nada meninggi pada perkataan yang mengakhiri ayat tanya itu.
Terdapat 2 jenis ayat tanya iaitu “ ayat tanya tanpa kata tanya” dan “ayat tanya dengan
unsur tanya”.

Menurut Nik Safiah (1993:47), ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya
diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan akhir ayat. Kemudian,
ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa,
siapa, berapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya.

1.2.2 Ayat tanya dengan unsur tanya

Ada tiga jenis ayat tanya dengan unsur tanya, iaitu:

(a) Ayat tanya dengan kata tanya.


Ayat tanya jenis ini mengandungi kata tanya bila, bagaimana, berapa, mengapa,
dan kenapa.
1. Kata tanya ini berada dalam predikat, dalam ayat susunan biasa. Contohnya:
1) Dia datang bila?
2) Harga kereta itu berapa?
2. Ayat tanya (1) dan (2) di atas boleh dijadikan sususan songsang, tetapi kata
tanya tersebut perlu menerima partikel -kah. Jika tidak, ayat itu salah dari segi
tatabahasa, contohnya:
1) Bilakah dia datang.
2) Berapakah harga kereta itu?
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya.
Ayat tanya jenis ini mengandungi kata ganti nama diri tanya apa, siapa, dan
mana.
1. Kedudukan kata tanya ini dalam ayat susunan biasa adalah dalam predikat
ayat. Apabila ayat ini mengalami pendepanan predikat, partikel -kah
diperlukan pada kata tanya tersebut. Contohnya:
1) Bungkusan itu apa ?
2) Bapak kamu siapa?
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
1. Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi nama tanya berada dalam predikat.
Dalam susunan songsang pula, frasa sendi nama tanya ini perlu menerima
partikel -kah. Contohnya:
a) Di manakah adik berada?
b) Sejak bilakah dia sakit?

1.2.3 Program Bual Bicara Eksklusif TV3

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa bual bicara membawa maksud
perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. Program Bual Bicara
Eksklusif TV3 terbitan pihak produksi tv3 mula ditayangkan sejak tahun 2016.
Program ini bertujuan untuk memaparkan isu-isu di negara kita. Antara
pengacara yang mengacarakan rancangan ini ialah Azaria Tagaya, Elly Ariffin
dan juga Iman Zulkarnain. Program Bual Bicara TV3 bertujuan untuk
memaparkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai