Anda di halaman 1dari 3

NAMA

NURFARHANIS BINTI ABD RAZAK

NO MATRIK
(A193181)

TAHUN PENGAJIAN
1

FAKULTI
FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

SEMESTER
2

SESI
2022/2023

NAMA PENSYARAH
LT. KOL. PROF MADYA MOHD JASMY ABD RAHMAN
Jangkaan saya terhadap kursus fotografi ini adalah untuk menambahkan ilmu berkaitan
dengan bidang fotografi. Saya juga mengharapkan dapat mempelajari tentang teknik asas
seperti studio lighting, advertising fashion dan sebagainya. Saya juga menjangkakan lebih
banyak pendedahan yang lebih mendalam misalnya pendedahan bidang fotografi secara
praktikal. Dalam pada itu, saya juga mengharapkan pengajaran secara teori supaya saya dapat
memahami dan mengamati tentang sejarah bidang fotografi dengan lebih mendalam. Saya juga
akan memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk mengikuti kelas fotografi ini dari semasa
ke semasa. Saya juga menjangkakan akan didedahkan dengan pelbagai aplikasi yang menarik.
Keadaan ini juga telah menimbulkan rasa keterujaan dalam diri saya untuk mencuba aplikasi
baru seperti Weebly dan juga Powtoon. Terdapat juga tugasan individu, berkumpulan serta
pembentangan yang akan ditugaskan kepada setiap pelajar yang mengikuti kursus fotografi ini.

Selain itu, saya juga menjangkakan untuk mempelajari tentang prinsip fotografi
misalnya memfokuskan cahaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan cahaya yang
tepat akan menghasilkan gambar yang lebih indah dan juga menarik. Di samping itu, saya juga
menjangkakan akan mempelajari tentang warna, tone, komposisi dan juga waktu untuk
pengambilan gambar yang sesuai. Dalam pada masa yang sama, keseluruhan ini juga akan
dapat menghasilkan gambar yang ditangkap menjadi lebih kreatif dan menarik. Pada
pandangan saya bidang fotografi ini juga dianggap sebagai terapi. Hal ini dikatakan demikian
kerana apabila seseorang itu menghayati setiap potret yang diambil, suatu perasaan santai dan
damai akan muncul secara semula jadi dalam diri individu tersebut. Keadaan ini juga dapat
membuatkan diri manusia menjadi lebih tenang dan secara tidak langsung dapat mengurangkan
tekanan. Individu yang berminat dengan bidang fotografi juga akan menikmati proses kreatif
dan juga ketenangan semasa memotret sebuah gambar.

Di samping itu, jangkaan saya terhadap pembelajaran dalam kursus fotografi ini adalah
pelajar akan didedahkan untuk menggunakan Weebly. Weebly adalah sebuah cara untuk
membuat website secara percuma. Aplikasi Weebly ini juga menggunakan format widget yang
membolehkan pengguna boleh membuat laman dengan sangat mudah. Dalam pada itu, Weebly
juga tidak memerlukan kemahiran coding untuk menghasilkan sebuah halaman. Weebly juga
merupakan satu platform yang digunakan untuk membina laman perniagaan secara atas talian
dalam waktu yang singkat. Pengguna Weebly juga boleh memasukkan elemen video, muzik,
flash dan juga video YouTube untuk mempelbagaikan laman yang dihasilkan. Pada jangkaan
saya pelajar juga akan ditugaskan untuk membuat sebuah halaman bagi menyelesaikan tugasan
yang diarahkan. Sementara itu, saya juga menjangkakan pelajar akan didedahkan dengan
sebuah aplikasi “Powtoon”. Powtoon merupakan sebuah aplikasi atas talian yang digunakan
untuk membuat video. Powtoon juga digunakan untuk aktiviti pembentangan bagi tujuan
pembelajaran. Powtoon juga menyediakan pelbagai video animasi yang mudah untuk
digunakan oleh pengguna. Aplikasi Powtoon ini juga akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik.

Akhir kalam, saya mengharapkan dapat menyerap segala ilmu yang akan diberikan
dalam kursus fotografi ini. Saya juga berharap dalam mengaplikasikan setiap kemahiran yang
telah dipelajari dalam kehidupan seharian pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai