Anda di halaman 1dari 1

Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel kah hendaklah disertakan.

Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.


Kata Tanya Penggunaannya Ayat Contoh

1. apa Untuk menanyakan benda atau haiwan Apakah tajuk lagu itu?

2. siapa Untuk menanyakan manusia Siapakah lelaki yang tinggi itu?

3. bila Untuk menanyakan masa Bilakah kamu sampai?

4. berapa Untuk menanyakan jumlah Berapakah harga baju ini?

5. bagaimana Untuk menanyakan cara atau keadaan Bagaimanakah keadaan ibu


kamu sekarang?

6. mengapa Untuk menanyakan sebab Mengapakah kamu menangis?

7. mana Untuk menanyakan tempat Di manakah kamu tinggal?

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara
pada akhir ayat penyata.

2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?

b) Pemuda itu malas?

c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?

d) Erra penyanyi yang popular?

e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,

bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:

a) Barang itu apa?

b) Pemain piano itu siapa?

c) Hari jadi kamu bila?

d) Pejabat pos di mana?

e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

Anda mungkin juga menyukai