Anda di halaman 1dari 2

6.

2 ANALISIS DESKRIPTIF BERGRAF


Dalam pada itu, graf garis, graf palang serta graf bar juga digunakan bagi memenuhi
objektif ketiga di dalam kajian ini. Menurut Ruhana Ahmad (2012), graf garis juga
didefinisikan sebagai grafik segmen. Fungsinya adalah untuk menunjukkan nilai numerik
dalam ruang masa yang diberikan bagi memaparkan perubahan serta penurunan nilai tertentu.
Penggunaan carta garis ini adalah bertujuan untuk melihat kedudukan nilai tukaran mata
wang negara Amerika Syarikat (USD) serta Jepun (JPY) di dalam tempoh 5 tahun ekoran
daripada wabak Covid-19. Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan ketidakpastian
ekonomi yang meluas, dan seterusnya menjejaskan nilai tukar mata wang. Penggunaan carta
garis ini adalah untuk memperlihatkan fasa 5 tahun yang amat tragis ekoran daripada
penularan wabak Covid-19 bagi nilai tukaran mata wang negara Amerika Syarikat (USD) dan
juga negara Jepun (JPY100) dari penghujung tahun 2019 sehingga tahun 2023. Selain itu,
penggunaan carta palang ataupun bar adalah bertujuan untuk membandingkan kadar tukaran
nilai mata wang Amerika Syarikat (USD) dan juga Jepun (JPY 100) berbanding dengan
ringgit Malaysia (RM) sepanjang tempoh 5 tahun. Paparan data secara visual dipaparkan
melalui carta palang atau bar. Namun begitu, kadangkala carta palang atau bar ini juga
dikenali sebagai carta bar atau graf bar. Data yang ditunjukkan sama ada secara melintang
atau menegak yang membolehkan perbandingan antara item yang dipaparkan (Deb Russel
pada 2022). Pembinaan carta bar atau palang ini akan dibuat di dalam papan pemuka di
dalam perisian Power BI. Pengvisualan carta garis dan carta bar atau palang ini akan
dijelaskan secara terperinci melalui hasil analisis data.

Objektif keempat merupakan objektif yang terakhir di dalam kajian analisis ini. Bagi
objekif keempat ini juga menggunakan carta palang, garis dan juga bar. Imbangan
perdagangan antara dua negara sangat dipengaruhi oleh kadar pertukaran MYR terhadap
(USD). Dalam kes imbangan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat, terdapat
bukti yang menunjukkan kesan J-curve. Graf palang juga menjelaskan penurunan nilai
(MYR) terhadap (USD) boleh menyebabkan lebih banyak defisit perdagangan dalam jangka
pendek, tetapi dalam jangka panjang, ia boleh meningkatkan surplus perdagangan.
Sebaliknya, apabila kadar pertukaran (MYR) terhadap (JPY) berubah, imbangan perdagangan
Malaysia dengan Jepun tidak berubah dengan cepat. Keadaan ini boleh disebabkan oleh
perkara lain, seperti struktur perdagangan dan kebijakan ekonomi, yang mempunyai kesan ke
atas hubungan perdagangan antara dua negara. Secara keseluruhan, perdagangan bilateral
terjejas secara kompleks oleh perubahan kadar pertukaran, yang dipengaruhi oleh pelbagai
faktor, termasuk dasar perdagangan, keadaan ekonomi global, dan kestabilan ekonomi
domestik. Malaysia mungkin boleh meningkatkan imbangan perdagangannya dengan
Amerika Syarikat dengan menggunakan pendekatan kadar pertukaran yang rendah, tetapi
tidak dengan Jepun. Graf palang dan graf bar digunakan untuk memaparkan data secara
visual, secara melintang dan menengak bagi membolehkan item yang dipaparkan
dibandingkan (Deb Russel, 2022). Pembinaan graf bar atau palang ini akan dibuat di dalam
papan pemuka di dalam perisian Power BI.

Anda mungkin juga menyukai