Anda di halaman 1dari 40

Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran dan Pemudah Caraan Dalam

Kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam IPGKPI.


PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan tentang pengenalan, pernyataan masalah kajian, tujuan kajian, objektif
kajian, soalan kajian, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional
berkaitan tajuk kajian. Maklumat-maklumat ini akan memberi gambaran jelas berkaitan
kajian yang dijalankan serta membantu pengkaji lain yang ingin menjalankan kajian yang
sama pada masa akan datang.

1.1 Pengenalan

Pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu
daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional
seperti chalk and talk kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan
sesuai dengan perkembangan semasa (Hairan e al., 2020) dan (Ching et al., 2020).
Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat
mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan
"kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan
tersebut.

Menurut Zuhairi (2017), apabila disentuh pembelajaran dan pemudahcaraan


(PdPc) di sini, guru berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing,
pendorong dan penilai (Rujuk SKPMg2) untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum
secara berterusan. Seterusnya, peranan murid pula adalah sebagai pembelajar aktif
untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan serta mengamalkan nilai positif.
Justeru itu, penggunaan BBM adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan
kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses PdPc akan kurang kualiti
dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun (Farhan et al., 2020), (Mamat,
2020) dan (Zahri, 2017). Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan
BBM dalam PdPc mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai
aspek.

Seterusnya, Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau


kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam
melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan
pengetahuan yang mencukupi (Ja’apar, 2017) dan (Magesvaran dan Urgatini, 2021).
Menurut Samad (2018), keupayaan dan kemampuan guru dalam melaksanakan
BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya memerlukan
pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi. Oleh yang demikian,
memiliki kemahiran yang tinggi merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam
menjayakan aktiviti PdPc yang berkesan.

Hal ini adalah kerana, semasa menyediakan sesuatu BBM, guru pelatih
pendidikan islam akan menjalankan pelbagai kajian untuk mengumpul maklumat
tambahan yang sangat berguna kepada diri sendiri. Dengan erti kata yang lain, guru
pelatih tersebut berkemampuan untuk meningkatkan pengetahuan dan membuat
persedian yang rapi terhadap sesuatu topik pengajaran yang bakal diajari (Ja’apar,
2017). Ironinya, proses PdPc akan mencapai objektif secara maksimum pada akhir
sesi pengajaran berikutan penggunaan BBM yang efektif.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam bahagian ini, pernyataan masalah akan dinyatakan secara jelas dengan
sokongan literatur yang terkini dan yang sesuai dengan senario semasa mengenai
isu yang ingin dikaji. Menurut Akhbar et al. (2018), menyatakan bahawa pernyataan
masalah merupakan tulang belakang pelaksanaan sesuatu penyelidikan.
Sehubungan dengan pernyataan masalah dalam kajian ini adalah berkaitan dengan
pengaplikasian BBM dalam PdPc pendidikan islam dalam kalangan guru pelatih
IPGKPI.

Pendidikan Islam merupakan teras atau tunjang utama di dalam proses


pembentukan keperibadian, nilai dan sahsiah yang terbaik. Asas kekuatan mata
pelajaran pendidikan Islam adalah terhasil melalui elemen penghayatan di dalam
pembelajaran berdasarkan kerangka pengetahuan yang perlu disalurkan kepada
komponen yang sewajarnya. Maka terdapat banyak aspek yang membantu ke arah
penguasaan dan penghayatan pembelajaran dalam kalangan pelajar, dan salah
satunya adalah menerusi aspek penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dengan
pendekatan yang berkesan.

Namun demikian, sepatutnya PdPc pendidikan islam tidak seharusnya


menjadi suatu pengajaran yang sukar dan abstrak serta membosankan,
membingungkan dan memberatkan anak murid. Dalam konteks ini, pengajaran
pendidikan islam bukanlah suatu rutin yang mencabar dan sukar kepada pendidik.
Pendidikan islam pada peringkat sekolah rendah yang bercorak pendidikan wajib
dan pembelajaran subjek ini sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang
seronok dan menarik minat murid untuk mempelajarinya dengan lebih tekun.
Sebaliknya, tanggapan negatif terhadap pendidikan islam terjadi disebabkan
faktor murid kurang berminat (Ali et al., 2021). Ia disokong oleh kajian Susilo,
Chotimah dan Sari dalam kajian mereka iaitu penelitian Tindakan kelas berpendapat
iaitu mereka mendapati kebanyakkan guru pelatih sangat bergantung kepada buku
teks semata-mata dalam pengajaran mereka. Keadaan ini membuktikan bahawa
guru pelatih tersebut tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan
akhirnya menjadikan kelas berasa bosan (Isnawati et al., 2020), (Lau et, al, 2022)
dan (Mariyanigsih et al., 2018). Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan
murid-murid kurang mendapat sebarang idea baru. Natijahnya, murid menjadi beku,
bosan, ketandusan idea dan tidak proaktif.

Walau bagaimanapun, wujud penggunaan BBM di dalam P&P namun BBM


yang digunakan lebih konvensional dan bukan berbentuk teknologi maklumat
(Wahab et al., 2017). Teknik pengajaran berpandukan buku teks, buku Latihan
topikal dan nota guru masih menjadi amalan segelintir guru pelatih (Hassan et al,.
2021). Situasi ini menyebabkan kemahiran yang diajar tidak menarik dan murid tidak
menumpukan perhatian kepada pengajaran. Murid akan cepat bosan dan mudah
lupa (Tar et al., 2021). Selain itu, terdapat juga guru pelatih yang masih kurang
mengamalkan kualiti pengajaran yang betul dan berkesan. Hal ini dibuktikan melalui
kajian Noor & Ahmad, (2015) yang mendapati bahawa semasa proses P&P
dilaksanakan, masih terdapat guru-guru pelatih yang menggunakan kaedah atau
teknik membaca buku teks semata-mata dalam pengajarannya. Ini menyebabkan
murid kurang minat untuk aktif dalam bilik darjah.

Akan tetapi, Dapatan kajian Johari (2016), mendapati guru-guru pelatih yang
berwawasan serta mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap hasil pembelajaran
menunjukkan kesungguhan mereka menggunakan segala bentuk kemudahan BBM.
Mereka juga menaruh kepercayaan bahawa penerimaan murid dapat dipertingkatkan
melalui penggunaan BBM yang bersesuaian. Menyedari hakikat ini, kajian perlu
dijalankan bagi mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan
guru pelatih pendidikan islam, jenis-jenis BBM yang digunakan serta kesan dan
masalah penggunaan BBM dalam PdPc di bilik darjah.
1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru pelatih
pendidikan islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI).
Kajian ini difokuskan kepada:

1. Tahap kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan guru pelatih pendidikan


islam IPGKPI sewaktu praktikum.

2. Jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru pelatih IPGKPI dalam mata
pelajaran pendidikan islam sewaktu praktikum.

3. Masalah penggunaan BBM oleh guru pelatih pendidikan islam IPGKPI


sewaktu praktikum.

4. Implikasi penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan Islam sewaktu praktikum.

1.3.1 Objektif Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan.
Antaranya adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan


guru pelatih Pendidikan Islam IPGKPI sewaktu praktikum.

ii. Mengenal pasti jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru pelatih
IPGKPI dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sewaktu praktikum.

iii. Meninjau masalah penggunaan BBM oleh guru pelatih Pendidikan


islam IPGKPI sewaktu praktikum.

iv. Mengkaji implikasi penggunaan BBM dalam PdPc Pendidikan Islam


sewaktu praktikum.
1.3.2 Persoalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis


persoalan yang disenaraikan di bawah ini:

i. Apakah tahap kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan guru


pelatih pendidikan islam IPGKPI sewaktu praktikum?

ii. Apakah jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru pelatih IPGKPI
dalam mata pelajaran pendidikan islam sewaktu praktikum?

iii. Apakah masalah penggunaan BBM yang dihadapi oleh guru pelatih
pendidikan islam IPGKPI sewaktu praktikum?

iv. Apakah implikasi penggunaan BBM dalam PdPc Pendidikan Islam


sewaktu praktikum?

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini adalah mengenai penggunaan BBM oleh guru pelatih IPGKPI sewaktu
praktikum dalam PdPc Pendidikan Islam dari empat aspek iaitu tahap kemahiran
guru pelatih dalam penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan Islam, jenis-jenis BBM
yang digunakan oleh guru pelatih dalam mata pelajaran pendidikan Islam, masalah
yang dihadapi oleh guru pelatih dengan menggunakan BBM dalam PdPc pendidikan
Islam dan kesan penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan Islam.

Kajian ini adalah terhad kepada penggunaan BBM dalam PdPc subjek
pendidikan Islam sewaktu praktikum di sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini terbatas
kepada mata pelajaran bahasa pendidikan islam sahaja dan kebarangkalian hasil ini
tidak dapat digunakan secara khusus bagi subjek lain di sekolah rendah. Di samping
itu, kajian ini cuma dijalankan dalam kalangan guru pelatih yang sedang menjalani
praktikum pada semester ini. Sampel kajian ini pula terdiri daripada guru pelatih
semester 5 opsyen pendidikan Islam sahaja. Sementara itu, sampel kajian ini dipilih
hanya daripada kalangan guru pelatih pendidikan islam di IPGKPI sahaja. Berikutan
itu, dapatan kajian ini tidak berupaya untuk menggambarkan keadaan yang berlaku
kepada guru pelatih pendidikan islam di semua Institut pendidikan guru (IPG).
1.5 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini secara tidak langsung dapat membantu para pendidik memahami
kepakaran mereka dalam memilih dan menggunakan BBM yang sesuai dalam PdPc.
Tanpa disedari, penggunaan BBM dapat membentuk personaliti guru pelatih ke arah
yang lebih positif dalam penyampaian PdPc pendidikan Islam dengan cemerlang.
Kajian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada guru pelatih sahaja, tetapi kajian ini
juga memberi impak kepada pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
(JPNS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara kepentingannya adalah
seperti berikut:

1.5.1 Guru Pelatih

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada para guru pelatih kerana dari
kajian ini guru pelatih dapat mengetahui tahap kemahiran penggunaan BBM
dalam diri mereka serta persepsi guru pelatih terhadap kesan penggunaan
BBM dalam PdPc dan juga kepada murid. Ianya juga dapat membantu guru
pelatih dalam merancang dan membuat persediaan sebelum sesuatu PdPc
bermula. Kajian ini juga membantu guru pelatih dalam mengenal pasti jenis-
jenis BBM yang boleh digunakan dalam PdPc serta masalah yang dihadapi
oleh guru pelatih dalam menggunakan BBM. Dengan menggunakan bahan
bantu mengajar, guru pelatih dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses
PdPc. Kajian ini juga dapat menyedarkan para guru pelatih bahawa
penggunaan BBM yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru pelatih
serta dapat meningkatkan kualiti PdPc. Situasi ini pasti membolehkan mereka
meningkatkan pencapaian akademik dalam subjek pendidikan Islam.

1.5.2 Pihak Sekolah

Kajian ini penting untuk pihak pentadbir sekolah kerana pihak sekolah mudah
untuk memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah pengajaran guru.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan dan
tempat guru pelatih menggunakan BBM supaya PdPc berjalan dengan lancar,
berkualiti dan berkesan. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu
menyediakan bilik khas untuk penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih
peralatan. Selain itu, pihak pentadbir juga perlu memberi perhatian kepada
Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan BBM yang mencukupi dan
sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata pelajaran. Dalam hal
ini, pihak sekolah harus turut bertanggungjawab bagi mengatasi masalah
yang dihadapi oleh guru dengan menyediakan kemudahan untuk memilih dan
membina BBM yang sesuai bagi kegunaan PdPc.

1.5.3 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS)

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor juga merupakan salah satu pihak yang
juga akan menerima kebaikan dengan kajian ini. JPNS perlu mengambil kira
tentang keperluan mengadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara
intensif untuk guru pelatih pendidikan Islam. Bukan itu sahaja, JPNS juga
berperanan untuk membekalkan kemahiran dan pengetahuan kepada guru
pelatih pendidikan Islam untuk mengendalikan serta menggunakan BBM
dalam setiap pengajaran pendidikan Islam.

1.5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Berdasarkan kajian ini, diharapkan KPM memberi perhatian kepada


keperluan dan status penggunaan BBM dalam Pdpc pendidikan islam agar
dapat menarik minat murid. Di samping itu, pihak kementerian juga boleh
menambahkan peruntukan kewangan bagi tujuan membina dan menyediakan
BBM pendidikan islam di sekolah rendah.

1.6 Definisi Operasional

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menyatakan beberapa rangkai kata yang sering
digunakan dalam penulisan laporan ini. Sebenarnya, definisi yang dinyatakan adalah
mengikut konteks kajian ini dan bukannya definisi umum. Definisi operasional ini
penting untuk memudahkan pembaca memahami tentang kajian yang dijalankan.
Antara istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

1.6.1 Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2017), pengaplikasian bermaksud


perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu secara praktikal atau amali dan
menggunakan pada amalan. Dalam kajian ini, pengaplikasian merujuk
kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdPc oleh guru
pelatih pendidikan Islam IPGKPI sewaktu praktikum. Pengaplikasian BBM
dalam kajian ini dinilai melalui 4 aspek iaitu tahap kemahiran guru pelatih
dalam menggunakan BBM, jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru pelatih
dalam PdPc, perspektif guru pelatih terhadap BBM dan masalah penggunaan
BBM. Dalam bahagian seterusnya, pengkaji akan menghuraikan definisi bagi
setiap aspek yang dinyatakan tadi bagi memahami maksud pengaplikasian
BBM dalam kajian ini dengan lebih teliti.

1.6.1.1 Tahap kemahiran Guru Pelatih dalam menggunakan BBM

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2017), mendefinisikan


kemahiran sebagai kecekapan atau kepandaian dalam sesuatu
bidang. Selaras dengan maksud tersebut, guru pelatih perlu
mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam mengendalikan
BBM semasa menjalankan PdPc. Hal ini demikian kerana,
kemahiran yang baik dalam BBM dapat meningkatkan keyakinan
tenaga pengajar semasa mengajar (Jamian, 2021). Dalam kajian
ini, tahap kemahiran guru pelatih merujuk kepada kesanggupan
dan kemampuan guru pelatih menggunakan BBM secara terancang
dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan PdPc. Oleh hal yang demikian, setiap guru pelatih
pendidikan islam patut mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya
pada peringkat asas dalam BBM untuk menghasilkan proses PdPc
yang lebih berkesan.

1.6.1.2 Jenis-jenis bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan


oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam bilik darjah (Ja'apar, 2017). Menurut Lambri et al. (2011),
BBM merupakan pelbagai bahan yang digunakan oleh guru secara
langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Tujuannya untuk mengekalkan tumpuan murid sepanjang
tempoh pembelajaran di samping memudahkan tugas guru untuk
mengajar secara berkesan dan bersistematik.

Jenis-jenis bahan bantu mengajar boleh dibahagikan


kepada dua kategori iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik (Zainal, 2017). Media elektronik merujuk kepada media
yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran elektronik
ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan
menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik
ialah video, audio, pita rakaman, cakera padat, projektor, komputer,
filem tayangan, slaid powerpoint, radio dan sebagainya (Zainal,
2017). Manakala, menurut Mihat & Mufidah (2021), bahan
pengajaran bukan elektronik pula adalah seperti papan hitam atau
papan tulis, buku teks, surat khabar, majalah, poster, carta, peta,
gambar, kad imbasan atau kad cantuman, grafik, papan
pengajaran, boneka, model, bahan bercetak, buku cerita, buku
panduan, nota dan sebagainya.

Dalam kajian ini jenis-jenis BBM merujuk kepada pelbagai


bahan yang digunakan oleh guru pelatih pendidikan islam secara
langsung semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dalam bilik darjah semasa praktikum di sekolah rendah.
Antara jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru pelatih
pendidikan islam melalui kajian ini ialah papan hitam atau papan
tulis, buku teks, surat khabar, majalah, poster, carta, peta, gambar,
kad imbasan atau kad cantuman, grafik, papan pengajaran,
boneka, model, bahan bercetak, buku cerita, buku panduan, nota,
video, audio, pita rakaman, cakera padat, projektor, komputer, filem
tayangan, slaid powerpoint dan radio. Sehubungan dengan itu,
BBM merupakan faktor terpenting dalam menentukan kejayaan
PdPc yang menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk
mengetahui sesuatu aspek pengajaran dengan lebih mendalam di
samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan.

1.6.1.3 Masalah menggunakan BBM

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2017), masalah


didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mesti diselesaikan.
Dalam konteks kajian ini, masalah yang wujud dalam kalangan
guru pelatih pendidikan islam sewaktu praktikum ialah penggunaan
BBM di bilik darjah. Terdapat beberapa kekangan semasa
menggunakan BBM dalam PdPc oleh guru pelatih pendidikan
Islam. Antara masalah yang dianggap utama ialah kekurangan
kewangan, kurang kepercayaan guru pelatih terhadap nilai BBM,
ketidak sesuaian peruntukan BBM yang sedia ada, kurang
kefahaman berkaitan cara BBM dapat memberi kesan kepada
pendidikan dan kekurangan sokongan daripada pentadbir sekolah
(Samsudin et al., 2019). Dengan adanya masalah seperti ini, kajian
ini diperlukan untuk mencari masalah atau kekangan yang dihadapi
oleh guru bagi meningkatkan mutu pendidikan pendidikan Islam.

1.6.1.4 Implikasi penggunaan BBM

Implikasi bermaksud sama ada kebaikan atau keburukan yang


timbul daripada sesuatu keadaan, perbuatan, tindakan (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2017). Dalam kajian ini, implikasi merujuk
kepada kebaikan atau keburukan yang akan timbul semasa
mengaplikasikan BBM dalam bilik darjah. Selaras dengan itu, kesan
penggunaan BBM akan dikaji dari pelbagai aspek seperti adakah
penggunaan BBM membantu guru menyampaikan isi pelajaran
yang sukar, adakah guru dapat mencetuskan suasana belajar yang
ceria dengan menggunakan BBM, adakah penggunaan BBM dapat
mengurangkan beban guru dalam proses PdPc, adakah
penggunaan BBM dapat menjimatkan masa guru, adakah
penggunaan BBM dapat meningkatkan kualiti PdPc guru, adakah
guru berasa berpuas hati dan seronok apabila menggunakan BBM
di dalam kelas, adakah murid berminat dalam pembelajaran apabila
menggunakan BBM dan sebagainya. Dengan ini, pengkaji ingin
meninjau kesan penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan islam
dan khususnya kepada kalangan guru pelatih pendidikan islam di
IPGKPI.

1.6.2 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Sebelum terlahirnya Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pada tahun


2017, terlebih dahulu ia dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
sahaja. Asbabnya ialah pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi
dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) secara konvensional seperti ‘chalk and talk’ kepada kaedah
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif
dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan
perkembangan semasa (Fauzi et al., 2021) dan (Ishak et al., 2021).

Seterusnya, guru berperanan sebagai pemudahcaraan ialah memberi


bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar
menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran dan memastikan
penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan
belajar. Pada masa yang sama, guru perlu menyedari bahawa dunia
pendidikan kini perlu seiring dengan perkembangan zaman agar tidak
ketinggalan. Seiring dengan itu, kaedah PdPc perlu diubahsuai ke arah
perkembangan teknologi siber dan berpusatkan murid agar menarik minat
murid untuk menghayati mata pelajaran yang dipelajari sekaligus
memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka (Hairia’an, et al.,
2020) dan (Jery et al., 2020).

Oleh hal yang demikian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
telah menyediakan satu standard yang dikenali Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia gelombang 2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan (SKPMg2
S4) membolehkan mengukur kualiti pelaksanaan PdPc dalam bilik darjah
atau luar bilik darjah (Hashim et al., 2020), (Agus et al., 2021) dan
(Ramakrishnan et al., 2021). Sehubungan dengan itu, pembelajaran dan
pemudahcaraan dalam kajian ini merujuk kepada guru pelatih pendidikan
islam sebagai pemudahcaraan menjalankan pembelajaran dengan
menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan BBM yang memberi
kesan positif kepada murid serta diri sendiri.

1.6.3 Guru Pelatih Pendidikan Islam

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2017), guru pelatih bermaksud


pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru. Pendidikan Islam
didefinisikan sebagai upaya mendidikkan agama Islam atau ajaran Islam dan
nilai-nilainya agar menjadi pandangan dan sikap hidup seseorang. Selain itu,
ia juga bertujuan untuk membantu seseorang atau sekelompok anak didik
dalam menanamkan ajaran Islam dan nilai-nilainya untuk dijadikan sebagai
pandangan hidupnya (Mahmudi, 2019). Seterusnya, guru pelatih pendidikan
islam juga dikenal sebagai guru pelatih yang mempunyai kuasa keilmuan,
menguasai matapelajaran yang diajar dan mengambil berat hal pelajarnya
dan seterusnya dapat menghasilkan pelajar yang berkesan dan menghasilkan
keputusan yang baik. Dalam kajian ini guru pelatih pendidikan islam merujuk
kepada guru pelatih yang mengajar mata pelajaran pendidikan islam sebagai
opsyen utama sewaktu praktikum di sekolah rendah.

1.7 Rumusan

Umumnya, bab ini memberi pendedahan terhadap tajuk kajian serta menghuraikan
tentang masalah yang akan dikaji oleh penyelidik. Selain itu, bab ini juga turut
memaparkan tujuan kajian ini dijalankan berpandukan tiga soalan kajian.
Kepentingan kajian ini telah diterangkan dengan jelas bagi memerlukan komitmen
daripada pelbagai pihak agar penggunaan BBM dapat ditingkatkan di sekolah
rendah. Diharapkan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih
pendidikan Islam tentang kepentingan menggunakan BBM sekaligus menggalakkan
mereka mengaplikasikannya dalam proses PdPc harian mereka kelak.
TINJAUAN LITERATURE

Bab ini membincangkan mengenai dapatan kajian lepas dalam dan luar negara.
Segala teori-teori atau model, serta kajian-kajian lepas yang diperolehi akan
digunakan sebagai sokongan dalam kajian ini. Dalam dapatan kajian, pengkaji akan
menerangkan beberapa istilah dan konsep yang diguna pakai dalam kajian ini bagi
tujuan memberi penerangan yang jelas tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan tajuk kajian yang dijalankan agar dapat dijadikan panduan dan perbandingan
dengan tajuk kajian ini. Diharapkan kajian literatur ini dapat membantu pembaca
memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan lebih jelas lagi.

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian

Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar (BBM) bukan terletak pada kecanggihan
bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya
berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan sesuatu
mata pelajaran (Mahat et al., 2020). Oleh itu, menurut Ahmad et al. (2017),
menyatakan bahawa sebagai pendidik, guru juga harus dapat membuat penilaian
mengenai bahan bantu mengajar yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pengajaran. Namun begitu
perkara yang penting ialah guru perlu cekap dalam mengaplikasikan BBM kerana
kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seluruhnya.

Oleh hal yang demikian, dalam bab ini akan membincangkan dengan lebih
lanjut mengenai teori dan model pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
proses pengajaran yang berkesan. Fungsi utama teori-teori atau model-model yang
dibentuk oleh pakar-pakar pendidik ialah untuk memberi panduan kepada perancang
pengajaran yang lebih sempurna dan guru-guru dapat mengendalikan pengajaran
yang berkesan di bilik darjah. Dalam bab ini, pengkaji juga membina kerangka
konseptual yang sesuai dengan kajian ini bagi meningkatkan kefahaman pembaca
tentang tajuk kajian. Tinjauan literatur ini penting untuk dibincangkan dengan jelas,
padat, kritis dan meyakinkan berdasarkan pelbagai sumber ilmiah yang sahih dan
relevan bagi mengukuhkan objektif kajian ini.
2.2 Teori dan Model Kajian

Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincang tentang teori dan model kajian
yang menjadi asas bagi mendasari kajian ini. Pengkaji memilih satu model
pengajaran iaitu model pengajaran Glaser dan satu teori iaitu teori behaviourisme
sebab kedua-dua ini berkait rapat dengan pernyataan masalah yang dikemukakan
oleh pengkaji dalam bab 1. Model Glazer ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962)
dan Teori Behaviourisme dikemukakan oleh Ivan Pavlov (1849-1936).

2.2.1 Model Pengajaran Glazer

Model ini dianggap sebagai model asas yang dapat menggambarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Model ini juga menitikberatkan tentang
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru di bilik darjah serta keberkesanan
kaedah yang digunakan oleh guru semasa melaksanakan PdPc. Model
Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat bahagian seperti
dalam rajah berikut;

Rajah 2.2.1: Model Pengajaran Glaser

Mengikut model Rajah 1 proses pengajaran bermula dengan guru


menentukan objektifnya.
a) Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid


setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan
tentang perlakuan murid yang dapat diperhatikan dan dapat diukur
setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan yang jelas tentang
perlakuan murid yang hendak dicapai membolehkan guru merancang
langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian ke atas
keberkesanan pengajarannya.

b) Pengetahuan Sedia Ada

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran


atau sikap yang sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah
laku sedia murid membolehkan guru menilai sama ada objektif yang
telah dirancang itu sesuai atau tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan
menjadi lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman
sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.

c) Kaedah pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang kaedah mengajar. Kaedah


mengajar berbeza mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai.
Bahan pengajaran dan alat bantu mengajar dipilih supaya sesuai
dengan objektif pengajaran. Kaedah mengajar yang sesuai hendaklah
dirancang supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan, menyoal,
merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid
juga terlibat dengan aktiviti pembelajaran seperti memerhati,
menumpukan perhatian, berbincang dan menyelesaikan masalah.

d) Penilaian

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk


menyemak setakat mana murid telah mencapai objektif pengajaran.
Dengan adanya penilaian, guru mendapat maklum balas tentang hasil
pengajarannya. Sekiranya penilaian menunjukkan bahawa murid tidak
mencapai tahap yang memuaskan, maka guru perlu menyemak
kembali setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika perlu
komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau
diubah suai. Contohnya, kaedah pengajaran kuliah dalam
pembelajaran tidak difahami murid, maka guru perlu menukarnya
kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan murid
menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan
panduan asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun,
model ini boleh menjadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan
unsur interaksi guru-murid dan langkah-langkah pemulihan sekiranya
perlu bagi murid-murid tertentu.

2.2.2 Teori Pengajaran Behaviorisme Ivan Plavov

Menurut Teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.


Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada
rangsangan yang dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994).
Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak
balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain
untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana
perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari
perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik. Contohnya, seorang
guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat
membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim
ini timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga
dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi
pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid
tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.

Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses


pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan,
projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar
dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,
kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi
boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di
dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan
konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di
kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku
jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku
tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus
begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi
muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta
dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid
dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi
meningkatkan semula semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.

Justeru itulah, model dan teori ini telah dijadikan landasan bagi
menjalankan kajian oleh pengkaji. Hal ini dikatakan kerana Model Pengajaran
Glaser dan Teori Behaviourisme saling berkait rapat dengan proses
pengajaran yang dikendalikan oleh guru. Apabila berbincang mengenai
proses pengajaran, ia juga berkait rapat dengan pemilihan bahan bantu
mengajar dalam PdPc. Guru boleh mengambil kira aspek-aspek yang
dibincangkan dalam model dan teori ini bagi meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan mengenai cara-cara untuk melaksanakan PdPc yang berkesan
serta perlu menerusi langkah demi langkah dalam memilih kaedah mengajar
terutamanya semasa memilih BBM yang sesuai dengan PdPc berasakan
model pengajaran Glaser. Berdasarkan teori behaviourisme, pemilihan dan
penggunaan BBM yang sesuai menjadi rangsangan kepada murid manakala
gerak balas pula berkait rapat dengan kesan yang diperolehi melalui
penggunaan BBM. Oleh itu, terdapat perkaitan antara pemilihan BBM dengan
Model Pengajaran Glaser dan Teori Behaviourisme yang boleh diaplikasikan
oleh guru dalam PdPc bagi meningkatkan mutu pengajaran.

2.3 Dapatan Kajian Lalu

Dalam bahagian ini, pengkaji mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu


yang ada kaitan dengan objektif kajian. Aspek-aspek penting yang akan dimasukkan
dalam bahagian ini merangkumi perkara yang menggambarkan penggunaan BBM
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Dalam dapatan kajian ini juga turut
membincangkan definisi BBM, perspektif guru terhadap BBM, kepentingan dan
keberkesanan BBM dan pemilihan BBM. Di samping itu, kajian tentang halangan-
halangan yang dihadapi dalam penggunaan bahan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah juga dimuatkan dalam bab ini. Kesemua
kajian berkaitan penggunaan BBM telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik
tempatan dan luar negara.
2.3.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Menurut Ja’apar (2017), bahan bantu mengajar (BBM) merupakan


segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.
Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan
tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami
oleh para pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu guru
dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (Fauzi et al., 2021).

Manakala, Mahat et al. (2020) pula menyatakan bahawa


Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar boleh dibahagikan kepada dua
iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Berikutnya,
Nurjannah (2020), pula menyatakan bahawa hanya alat bantu
mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial, kemantapan emosi serta
daya pendengaran.

Kesemua takrifan yang diberikan oleh sarjana terhadap BBM


menekankan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) merupakan
benda, alat atau bahan yang digunakan bagi memudahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan bahawa BBM adalah satu alat sokongan guru yang amat
penting dalam membantu mereka menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan ianya melibatkan
penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.

2.3.1.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan topik yang


hendak dipelajari adalah amat penting dalam proses P&P.
hal ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap proses
P&P dan sekaligus pelajar akan memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap sesuatu topik yang akan mereka
pelajari (Khalid et al., 2021) dan (Nurjannah, 2020). Setiap
guru adalah sebagai fasilitator yang mana mereka harus
ketahui dan memahami bagaimana sesuatu kaedah atau
teknik itu dapat membantu dalam proses P&P serta
merancang proses P&P berorientasikan pelajar (Jawi et al,
2021).

Sehubungan itu, menurut kajian Abdullah & Nahi


(2018), menyatakan bahawa BBM dapat diklasifikasikan
kepada dua jenis pola iaitu BBM berbentuk pola dan BBM
berbentuk bukan pola. Terdapat enam jenis BBM iaitu buku
teks, komputer dan LCD merupakan pola yang utama.
Manakala, kertas edaran dan modul, buku rujukan, kertas
mahjong dan gambar adalah BBM yang berbentuk pola
sampingan.

Walau bagaimanapun, menurut Abdullah et al. (2021),


Ru et al. (2021) dan Yusoff et al. (2021), menyatakan
bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu
elektronik dan bukan elektronik. Di antara BBM seperti
radio, projektor dan salaid, televisyen, video dan alat yang
berbantukan komputer adalah BBM berbentuk elektronik.
Manakala majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar
yang berkaitan dengan P&P merupakan BBM jenis bukan
elektronik. Penggunaan BBM dalam proses P&P adalah
untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang
akan mereka pelajari dengan menimba pengalaman yang
menyeronokkan.

2.3.2 Penggunaan BBM dalam Kalangan Guru Pelatih

Desawarsa ini, mempelbagaikan BBM dalam PdPc adalah amat


penting bagi mewujudkan pengajaran yang menarik minat pelajar
terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, kajian Agus & Ain
(2021), menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru adalah
lebih penting daripada persiapan guru untuk mengajar. Hal ini
disebabkan guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar dengan menggunakan
kaedah yang pelbagai. Oleh itu, sebelum menjalankan PdPc, guru-
guru pelatih perlu mempunyai kemahiran mengajar seperti aktiviti
penyampaian,perancangan, pengelolaan dan bimbingan (Radzi et al.,
2021) & (Ahmad et al., 2019). Tujuan kemahiran mengajar ini
digunakan adalah untuk menyebarkan kemahiran dan ilmu
pengetahuan kepada pelajar-pelajar secara berkesan dengan
menggunakan pendekatan, teknik, strategi dan kaedah mengajar yang
berlandaskan teori P&P dalam bilik darjah (Tali, 2018) dan (Sabilan et
al., 2018).

Selain itu, Hassan dan Syafiqah (2019), pula menyatakan guru


pelatih seharusnya menggunakan kemahiran yang sesuai untuk
membangkitkan minat murid dalam proses P&P. Tanpa kemahiran
agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga
dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti
kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar
(BBM) yang telah dipilih. Menurut Nazihah dan Fauzi (2018), dalam
memilih alat bantu mengajar (BBM), guru pelatih seharusnya
berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau
sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua
aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran
(Kamaruddin et al. 2022).

2.3.3 Kesan Penggunaan BBM

Kajian jaafar, hamir dan hilmi iaitu pembangunan inovasi tajwid yadun
untuk pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid pada tahun 2021
mendapati guru-guru pendidikan islam memberikan tanggapan yang
positif terhadap penggunaan BBM dalam proses PdPc. Sungguhpun
persediaan bakal-bakal pendidik berkaitan penggunaannya berada
pada tahap minima. Guru dan buku teks tidak lagi merupakan pemberi
informasi dan pengetahuan. Kini, guru merupakan pendorong dalam
proses menyebarkan maklumat dan mampu mengintegrasikan BBM
sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah. Malahan, BBM dapat
merangsang program pengalaman pembelajaran yang berstruktur
kepada individu ataupun kumpulan murid melalui penekanan kepada
penglibatan pelbagai fungsi seperti persembahan informasi,
pemerolehan sumber dan kuiz (Abdullah et al., 2021) dan (Bakar et
al., 2020).

Kewujudan BBM dalam pengajaran dapat memperkaya teknik


pengajaran yang sedia ada, malahan menjadikan sukatan lebih
menarik kerana meliputi paparan grafik dan kesan bunyi yang menarik
(Shapii et al., 2020). Edeh dan Norimah (2020), menyatakan bahawa
teknik pengajaran dengan menggunakan berbagai-bagai media
memudahkan pembelajaran yang mengambil kira penggunaan
pelbagai deria. Begitu juga dengan kajian yang dibuat oleh Salleh et
al. (2019), mendapati proses P&P akan menjadi lebih menarik dan
berkesan jika disokong dengan penggunaan pelbagai media. Namun,
perisian bagi topik-topik yang diajar boleh disediakan oleh pengajar
dan perisian yang dibina itu dapat digunakan oleh murid. Mereka juga
boleh mengulangkaji bahagian yang sukar difahami berulang kali.
Situasi ini dapat membantu pengajar mengajar murid-murid yang
mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza (Salleh & Salmiza,
2018).

Kajian Syafie dan Khairi (2018), yang bertajuk Keberkesanan


Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah
Solat ada menjelaskan bahawa keberkesanan media elektronik dan
media bukan elektronik dalam pengajaran pendidikan islam dalam
aspek ibadah, mendapati media elektronik diterima sebagai media
pengajaran yang lebih berkesan berbanding media bukan elektronik
khususnya bagi murid-murid di kelas pemulihan. Media pengajaran
bukan sahaja mampu merangsang minat murid tetapi juga
mempunyai daya tarikan, memudahkan pengajaran guru serta
menggalakkan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru
mengajar (Muhammad et al., 2020).
2.3.4 Kelebihan Menggunakan BBM

Menurut Yee et al. (2021), penggunaan BBM telah memberi


sumbangan yang amat besar dalam meningkatkan kualiti PdPc.
Dalam konteks ini, penggunaannya juga dapat mengatasi beberapa
halangan dan masalah yang dihadapi dalam dunia pendidikan yang
berkembang maju dan pesat (Edeh & Norimah, 2020). BBM juga
merupakan alat-alat yang dapat memberi kemahiran kepada murid-
murid dalam proses pembelajaran. Malahan, BBM boleh menyediakan
banyak peranan dalam PdPc (Salleh & Salmiza, 2018).

Bukan itu sahaja, dalam buku hasil ciptaan Purba et al. (2020),
yang bernama Pengantar Media Pembelajaran mendapati hubungan
bahan media dengan P&P adalah saling lengkap melengkapi.
Didapati, keberkesanan penggunaan bahan media dalam P&P
mempercepat kemampuan kefahaman murid dengan manipulasikan
input deria secara terus atau simbolik seperti lisan, audio-visual dan
komunikasi.

Seterusnya, adalah disarankan tumpuan penggunaan bahan


media dalam P&P seharusnya dapat memberi motivasi kepada murid
dalam proses memenuhi keperluan pembelajaran mereka (Siong et al.
2018). Memahami sifat-sifat khusus keperluan murid bermasalah
dalam pembelajaran amat penting dalam usaha menyampaikan
pengajaran yang berkesan. Selain itu, pemilihan dan penggunaan
bahan media yang tepat merupakan satu bentuk motivasi ke arah
pencapaian objektif P&P (Hushaini et al., 2022).

2.3.5 Masalah dalam menggunakan BBM

Penggunaan BBM telah diperkatakan dapat memberi kesan yang


positif kepada PdPc. Biarpun demikian, kajian sama ada di dalam atau
di luar negara memperakui terdapatnya beberapa aspek yang menjadi
masalah dalam usaha merealisasikannya. Di sini dipetik beberapa
dapatan kajian dalam dan luar negara yang menunjukkan terdapat
halangan atau masalah dalam melaksanakannya di peringkat sekolah.

Kajian Ilias et al. (2022) merumuskan bahawa terdapat dua


faktor penghalang kepada penggunaan media pendidikan dalam
kalangan guru pelatih iaitu masa dan persediaan. Kajian ini juga
mendapati, faktor masa adalah halangan yang tertinggi dicatatkan
memandangkan GPI sangat sibuk. Walaupun masa PdP GPI yang
diperuntukkan untuk mengajar adalah berkurangan iaitu enam hingga
lapan waktu seminggu, namun terdapat tugasan lain yangperlu
mereka laksanakan. Selain itu, dapatan kajian ini turut membuktikan
bahawa halangan GPI dalam melaksanakan penggunaan BBM ketika
PdP adalah kurangnya masa bagi proses menyediakan bahan bantu
mengajar. Proses penyediaan bahan ini melibatkan persediaan bahan,
diri, budaya, dan tempat bagi membantu proses pengajaran dan ini
mengambil banyak masa persediaan yang merupakan satu cabaran
kepada para guru.

Manakala dalam kajian Ambikapathy et al. (2020),


berpendapat terdapat sebilangan guru dari beberapa buah sekolah
menyatakan rasa sukar untuk mencari media elektronik yang sesuai
dengan tahap pencapaian dan mental pelajar. Mereka juga didapati
tidak pernah mengikuti kursus atau bengkel P&P tentang penggunaan
bahan media ini serta kurang pendedahan tentang penggunaan bahan
tersebut. Justeru, beberapa orang guru mencadangkan agar diadakan
bengkel atau kursus pendedahan mengenai penyediaan, penggunaan
dan penyampaian bahan media elektronik di dalam P&P di KKBP
rendah dan menengah

2.4 Kerangka Konseptual

Sebuah kerangka kajian telah dibina bagi memastikan kajian yang dilaksanakan
tersusun dan bersistematik seterusnya memudahkan penyelidik merancang proses-
proses yang bakal dilalui sepanjang kajian ini. Kerangka ini memberi gambaran yang
jelas tentang kajian ini kepada pembaca dengan mengaitkan teori yang telah
dijelaskan di bahagian atas (2.2). Kerangka ini dapat dilihat seperti pada rajah di
bawah:
Guru Pelatih Pendidikan Islam

IPGKPI

KPI

Bahan Bantu Mengajar (BBM)


❖ Tahap Kemahiran Guru

❖ Jenis-Jenis BBM

❖ Masalah yang Dihadapi Guru

Pengajaran Berkesan
(Kesan Penggunaan BBM)

Rajah 2.3: Kerangka Konseptual

2.5 Rumusan

Banyak kajian telah dan sedang dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan
BBM dalam kalangan guru. Kesemua kajian di atas jelas menggambarkan
penggunaan BBM masih menghadapi halangan-halangan tertentu dalam
pelaksanaan dalam kalangan guru. Keadaan kekurangan kemahiran, pengalaman
dan penggunaan BBM dalam kalangan guru sebagaimana yang telah dikaji oleh
kesemua penyelidik tidak boleh dipandang ringan. Walaupun guru memperoleh
pengetahuan profesional di peringkat latihan namun di peringkat sekolah terdapat
pelbagai kekangan tertentu dalam penggunaan BBM. Oleh itu, pelbagai langkah
drastik patut diambil dengan mengharapkan masalah penggunaan BBM dalam PdPc
dibendung secara serta-merta untuk melahirkan warga pendidik yang berkebolehan,
berkeyakinan, berkecenderungan serta berkemahiran menggunakan BBM pada
tahap yang tinggi.

Daripada dapatan kajian-kajian yang ditinjau, pengkaji mendapati


penggunaan BBM dalam PdPc memang mendatangkan kesan positif dan berupaya
mencapai objektif pada akhir pengajaran. Oleh sebab itu, kajian membuktikan
penggunaan BBM amat digalakkan dalam PdPc, maka pengkaji berpendapat
bahawa semua pihak yang terlibat khususnya para guru pelatih pendidikan islam
wajar membiasakan diri dengan penggunaan BBM dalam PdPc sewaktu praktikum
mereka. Hal ini demikian kerana, sesi pengajaran akan menjadi lebih berkesan
disamping menarik minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa
berasa bosan.
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi berasal daripada bahasa Yunani “methodos” yang bermaksud cara atau
jalan. Justeru, dapat difahami bahawa metodologi kajian adalah pengetahuan
tentang cara menjalankan kajian. Bab ini akan membincangkan tentang kaedah yang
digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul dan menganalisis data. Metodologi kajian
menjadi panduan utama bagi pengkaji untuk menjawab persoalan kajian dan
seterusnya mencapai objektif kajian. Bab ini menjelaskan tentang kaedah
menjalankan kajian iaitu reka bentuk kajian, pensampelan kajian, instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Kajian yang
dijalankan ini adalah untuk meneroka dan menghuraikan amalan penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru pelatih terhadap pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) pendidikan islam sewaktu praktikum.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal. Kajian
yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan
kuantitatif. Chua Yan Piaw (2012) mengatakan bahawa kajian tinjauan adalah satu
kaedah untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan soalan yang sama untuk
setiap individu dan bilangan yang besar iaitu populasi. Kajian ini menggunakan soal
selidik untuk memungut data. Mohd Najib (1999) menyatakan penggunaan soal
selidik adalah kaedah yang paling popular di kalangan penyelidik. Data yang
diperolehi ialah statistik deskriptif.

3.3 Pensampelan

Populasi didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada


siapa hasil kajian akan digeneralisasikan (Nasution & Lenni, 2017). Manakala,
sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili
sesuatu populasi. Dalam kajian ini, populasi kajian ini difokuskan kepada guru pelatih
pendidikan islam semester 5 di IPGKPI yang mengajar di sekolah rendah sewaktu
praktikum iaitu seramai 97 orang. Pengkaji telah memilih seramai 76 orang guru
sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan
(1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz
populasi kajian.

Seterusnya, guru pelatih yang dipilih oleh penyelidik ialah guru pelatih yang
mengajar mata pelajaran pendidikan islam di semester 5 yang menjalankan
praktikum di sekolah rendah. Ini adalah berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan
atau purposive sampling bagi mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki.
Pengumpulan sampel kajian dijalankan dari bulan September hingga awal bulan
Oktober. Seterusnya, Sampel kajian ini adalah terdiri daripada kalangan guru pelatih
Pendidikan Islam ambilan Jun 2020 di IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Guru pelatih pendidikan islam ini di IPG Kampus Pendidikan Islam ini dipilih
kerana, IPG tersebut merupakan kampus utama yang yang mengeluarkan guru-guru
terlatih di dalam bidang pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah. Selain itu,
IPGKPI ini juga dipilih kerana ia adalah sebuah institusi pendidikan yang dibina
menggunakan reka bentuk yang berunsur islam serta pembudayaan serta
penghayatan pendidikan agamanya adalah lebih tinggi berbanding IPG yang lain
(Nurhanan, 2022). Oleh itu, adalah wajar pengkaji memilih Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam sebagai lokasi penyelidikan.

Selain itu, guru pelatih pendidikan islam ini dipilih dikalangan ambilan jun
2020 adalah kerana mereka merupakan guru pelatih pengkhususan Pendidikan
Islam kohort keempat yang terlibat dalam Transformasi IPG 2016-2025. Oleh yang
demikian, mereka antara kumpulan yang telah banyak didedahkan dan terlibat
dengan transformasi ini secara bersemuka selepas fasa endemik diisytiharkan. Oleh
hal yang demikian, mereka sepatutnya telah banyak memanfaatkan program yang
yang diadakan seperti memantapkan kualiti pelajar (kluster 6) serta pemantapan
profesionalisme keguruan (kluster 8) dilaksanakan di IPG untuk meningkatkan kualiti
diri sekaligus menjadikannya sebagai bekalan apabila sudah berkhidmat sebagai
seorang guru.

3.4 Instrumen Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Ini kerana menurut dalam buku Panduan Amali Untuk Penyelidikan
Pendidikan, kaedah soal selidik adalah teknik yang paling sesuai untuk
mengumpulkan data berbentuk melihat pola seperti ini. Menurut Majid Konting
(1990), soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang
diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik.

Seterusnya, terdapat beberapa kelebihan dalam menggunakan soal selidik


sebagai alat kajian. Misalnya, arahan dan soalan-soalan yang dikemukakan dalam
soal selidik adalah piawai dan seragam untuk semua responden. Selain itu, jawapan
yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi oleh pengkaji. Pemilihan instrumen
ini bertepatan dengan pandangan Piaw (2012) yang mengatakan bahawa borang
soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik
dalam kajian deskriptif. Selain itu, pengkaji juga telah mengadaptasi instrumen kajian
Zainuddin Abu Bakar (200&) yang berkaitan dengan perihal kajian yang dijalankan.
Menurut Azizi Yahaya et. al (2006), terdapat beberapa kelebihan soal selidik
antaranya ialah soal selidik menjamin kerahsiaan dan dapat menghasilkan respons
yang lebih jujur berbanding dengan maklumat yang diperoleh melalui temu bual.

Bagi mengumpul data daripada guru pelatih pendidikan islam, penyelidik


telah menggunakan skala Likert lima mata. Skala Likert digunakan kerana menurut
Wiersma (2000), skala ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu
antara 80% hingga 85%. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada
nombor yang mengandungi 5 skor nilai. Kaedah ini dipilih kerana mengambil masa
yang singkat untuk menjawab soalan serta ia merupakan satu kebarangkalian yang
menarik dalam memberi pendapat kajian oleh penyelidik. Skala dan skor nilai seperti
di jadual berikut:

Jadual 1.1: Skala Likert

Seterusnya, Soal selidik ini akan terbahagi kepada lima bahagian iaitu
Bahagian A, B, C, D bahagian E. Seperti yang dinyatakan dalam lampiran A,
bahagian A terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan demografi responden.
Bahagian B pula mengandungi item berkaitan tahap kemahiran penggunaan BBM
dalam kalangan guru pelatih pendidikan islam sewaktu praktikum. Selanjutnya
bahagian C pula terkandung jenis-jenis BBM yang digunakan sewaktu praktikum.
Manakala bahagian D pula, mengenai masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam menggunakan BBM serta akhir sekali ialah bahagian E iaitu berkaitan kesan
penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan Islam sewaktu praktikum.

3.4.1 Kesahan

Kesahan merupakan antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengkaji


dalam sesebuah penyelidikan. Hal ini adalah kerana kesahan dapat
menjadikan data-data yang dikumpul sebagai maklumat dan pengukuran
yang tepat dan bermakna dalam penyelidikan yang dijalankan. Justeru,
antara tindakan yang akan diambil oleh pengkaji ialah mendapatkan kesahan
daripada pakar yang berkaitan untuk memastikan instrumen yang dihasilkan
benar-benar dapat mengukur pola kajian yang ditetapkan. Sehubungan
dengan itu, pengkaji akan mendapatkan kesahan daripada mana-mana
pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam yang berpengalaman dalam bidang
penyelidikan untuk melihat item-item yang dibina menjurus kepada konstruk.
Selain itu, pengkaji juga akan meminta seorang pensyarah IPG Kampus
Pendidikan Islam untuk menilai dari aspek struktur ayat dan laras bahasa
yang digunakan.

3.4.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan


pentaksiran (Ahmad, 2010). Ini bermakna seseorang individu itu akan
mendapat skor yang sama daripada sesuatu instrumen seandainya
kebolehan individu itu adalah tekal atau perkara yang hendak diukur itu tidak
berubah walaupun diukur berkali-kali dengan instrumen yang sama (Faizal &
Wei, 2017). Dalam menentukan tahap kebolehpercayaan, pengkaji akan
memilih kaedah ketekalan dalaman iaitu dengan mendapatkan nilai Alpha
Cronbach bagi setiap konstruk dan instrumen yang akan dijalankan oleh
pengkaji. Nilai Alpha Cronbach ini akan diperoleh selepas kajian rintis
dilaksanakan menggunakan perisian SPSS.
3.5 Kajian Rintis

Selepas penetapan kaedah untuk mengumpul data dan pemilihan sampel telah
dibuat, kajian rintis akan dijalankan. Kajian rintis ialah satu kajian kecil yang perlu
dilaksanakan untuk menguji kebolehlaksanaan, masa, kos, kesan berbalik dan saiz
kesannya supaya reka bentuk kajian dapat diperbaiki sebelum penyelidikan sebenar
dijalankan (Hua, 2016). Maka, dapat difahami bahawa kajian rintis merupakan
elemen penting yang perlu dilakukan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian
sebenar untuk memastikan kajian yang dijalankan dapat mencapai objektif yang
telah dinyatakan. Pengkaji akan menjalankan satu kajian rintis di satu IPG terpilih
iaitu IPG Kampus Dato Razali Ismail. Kajian rintis ini melibatkan seramai 30 orang
pelajar. Responden yang dipilih merupakan bukan sampel sebenar tetapi menepati
ciri-ciri populasi kajian untuk memastikan kesesuaian dan maklumat yang tepat bagi
membantu mencapai objektif kajian. Seterusnya, pengkaji akan mengedarkan borang
selidik kepada responden secara di atas talian.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji akan menyediakan beberapa soalan mengikut lima bahagian item yang
telah ditetapkan. Soal selidik ini akan terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian
A, B, C, D bahagian E. Bahagian A terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan
demografi responden. Bahagian B pula mengandungi item berkaitan tahap
kemahiran penggunaan BBM dalam kalangan guru pelatih pendidikan islam sewaktu
praktikum. Selanjutnya bahagian C pula terkandung jenis-jenis BBM yang digunakan
sewaktu praktikum. Manakala bahagian D pula, mengenai masalah yang dihadapi
oleh guru pelatih dalam menggunakan BBM serta akhir sekali ialah bahagian E iaitu
berkaitan kesan penggunaan BBM dalam PdPc pendidikan Islam sewaktu praktikum.

Seterusnya, soalan-soalan ini pula terkandung di dalam borang soal selidik


yang akan diagih-agihkan kepada responden kajian, iaitu guru pelatih pendidikan
islam semester 5 di (IPGKPI). Penyelidik juga akan memberikan ruang masa yang
mencukupi kepada responden kajian dalam mendapatkan semula respon-respon
dan maklum balas daripada mereka untuk mengisi maklumat-maklumat serta
melengkapkan butiran-butiran yang seharusnya mereka isi di dalam borang soal
selidik.
Di sini, penyelidik akan cuba untuk mengelakkan daripada memberikan
tekanan kepada responden kajian dalam mendapatkan maklumat dan data kajian.
Penyelidik juga memastikan maklumat yang diperolehi daripada responden kajian
adalah genuin atau asli. Maka oleh kerana itulah, penyelidik memberikan ruang dan
masa yang luas untuk responden mengisikan maklumat-maklumat yang dikehendaki
oleh penyelidik.

3.7 Penganalisisan Data

Langkah pertama dalam menganalisis data adalah untuk memastikan kesemua item
telah ditanda oleh responden mengikut arahan yang diberikan. Seterusnya, kesemua
data yang telah dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences Versi 25 (SPSS).

Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis


soal selidik penggunaan BBM dalam pengajaran. Pada masa yang sama, statistik
deskriptif pula digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Kaedah ini digunakan kerana merupakan ringkasan data dan maklumat
dalam bentuk yang boleh menerangkan data dengan lebih jelas dan mudah (Majid,
Konting, 1990). Operasinya boleh dalam bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah
atau graf tentang data atau maklumat.

Nilai min yang diperoleh digunakan untuk merumuskan tindak balas


responden terhadap semua kenyataan yang diberi dalam borang soal selidik.
Manakala interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Jamil
Ahmad (2002). Pemeringkatan skala skor min seperti dalam Jadual 3 di bawah.
Pengkaji menggunakan sisihan piawai untuk mengenal pasti data tersebut bertumpu
atau terserak kepada pusat ukuran.

Jadual 3.2: Skor Min


Item yang menggunakan respon aneka pilihan jawapan adalah dalam bahagian A
berkaitan aspek demografi dan bahagian C mengenai jenis-jenis BBM yang
digunakan oleh guru pelatih pendidikan islam, manakala item respon skala likert
digunakan dalam bahagian B, D dan E adalah bagi merumuskan pengaplikasian
BBM dalam kalangan guru pelatih terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) pendidikan islam di sekolah rendah sewaktu praktikum dari aspek tahap
kemahiran, perspektif guru pelatih terhadap penggunaan BBM dan masalah yang
dihadapi oleh guru pelatih dengan menggunakan BBM.

3.8 Rumusan

Secara umumnya dalam bab ini menerangkan metadologi kajian yang merangkumi
aspek reka bentuk kajian, pensampelan, instrument kajian, kajian ritis, prosedur
pengumpulan data serta prosedur penganalisian data. Kaedah kajian yang dirangka
ini diharapakan akan memudahkan pelaksanaan kajian dan dapat mengenal pasti
sebarang masalah yang mungkin timbul sepanjang kajian dilakukan. Secara
keseluruhannya Bab 3 ini adalah kaedah yang akan digunakan penyelidik untuk
menjalankan kajian dan segala hasil dapatan yang diperoleh akan dinyatakan pada
bab seterusnya.
Rujukan

Hassan, C. Z. C., & Rahman, F. A. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67-87.

Tar, D. J. A., & Mahmud, M. I. (2021). Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid
Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 49-64.

Jamian, A. R. (2021). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid
sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12

Ja'apar, F. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) Di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dearah Pontian (Doctoral dissertation, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia).

Lambri, A., & Mahamood, Z. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa
Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78-94.

MIHAT, M. D. (2022). Tahap Penggunaan Multimedia Bagi PdPc Kemahiran Membaca dalam
Kalangan Guru Pemulihan Khas. Akademika, 92(1), 45-57.

Samsudin, N. H., Wahid, P. R. A., & Bukhari, N. A. M. (2019). Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak
Pemulihan Khas: Siri Ilmiah APM-ITBM. Malaysian Institute of Translation & Books.

Mahmudi, M. (2019). Pendidikan Agama Islam Dan Pendidikan Islam Tinjauan Epistemologi, Isi, Dan
Materi. TA'DIBUNA: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 2(1), 89-105.

Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa
perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

Ching, N. L., Rahim, H. B. A., & Salamat, Z. B. (2020). Tahap Amalan Pembelajaran Abad Ke-21
(Pak21): Satu Kajian Kes. Institut Aminuddin Baki

Wan Mohd Zuhairi, W. A. (2017). Evidens pentaksiran sekolah dalam pengajaran Bahasa Arab
Sekolah Rendah/Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Farhan, M., Hamil, S. M., Azmi, N. N., Roslid, N. U. J., Zainal, N. N., Kamaruddin, N. B., ... & Husin,
M. R. (2020). Masalah Pembelajaran untuk Pelajar Pendidikan Khas: Dana dan
Prasarana. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 3(1), 1-10.

Mamat, S. (2020). Aplikasi google meet dalam program 3C bagi meningkatkan motivasi pelajar
tingkatan 5. In Proceedings of International Conference on Global Education VIII, hlm (pp. 140-150).

Zahri, R. (2017). Reka bentuk modul latihan perkembangan profesional guru dalam persekitaran
pembelajaran maya/Zahri Ramlan (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Ja'apar, F. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) Di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dearah Pontian (Doctoral dissertation, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia).

Magesvaran, U. (2021). TAHAP PENGETAHUAN DAN KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU
BAHASA MELAYU KETIKA MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (The level of Knowledge and Constraint among Malay
Language Teachers into Implementation Online Teaching and Learning Using Google Meet
Application). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 39-53.

Abd Samad, N., Ahmad, W. M. R. W., Harun, H., Amiruddin, M. H., Hashim, S., & Jaâ, F. (2018).
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN. Online Journal for TVET
Practitioners.

Akbar, P., Hamid, A., Bernard, M., & Sugandi, A. I. (2018). Analisis kemampuan pemecahan masalah
dan disposisi matematik siswa kelas xi sma putra juang dalam materi peluang. Jurnal Cendekia:
Jurnal Pendidikan Matematika, 2(1), 144-153.

Ali, A., & Erihadiana, E. (2021). Peningkatan Kinerja Teknologi Pendidikan dan Penerapannya pada
Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Jurnal Dirosah Islamiyah, 3(3), 332-341.

Aziz, N. A. A., & Jaafar, N. (2018). Penguasaan pembelajaran al-quran berbantukan aplikasi
multimedia interaktif smart iqra’: kajian di sekolah kebangsaan pendidikan khas alma, Pulau
Pinang. Journal Of Quran Sunnah Education & Special Needs, 2(2), 24-36.

Isnawati, R., & Psi, S. (2020). CARA KREATIF DALAM PROSES BELAJAR (Konsentrasi Belajar
pada Anak GejalaGangguan Pemusatan Perhatian (ADD)). Jakad Media Publishing.

Lau, B. L. (2022). Enjoy Learning: Kunci Membuka Kesukaan Anak Untuk Belajar Dengan Gembira.
CV. Edu Litera.

Mariyaningsih, N., & Hidayati, M. (2018). Bukan Kelas Biasa: Teori dan Praktik Berbagai Model dan
Metode Pembelajaran menerapkan inovasi pembelajaran di kelas-kelas inspiratif. CV Kekata Group.
Fauzi, A. F., & Abdullah, M. F. N. L. (2021). Construction of a Polygon Kit as a Teaching Aid in the
Topic of Basic Polygons Form One. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 88-94.

Ishak, N. S., & Khalid, F. B. (2021). Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan
Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 228-240.

Malaysia, K. P. (2017). Standard kualiti pendidikan Malaysia gelombang 2.

Malaysia, S. K. P. (2010). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hashim, F., Rosli, F. F., Elias, F., Mat, M. R. L., & Yusof, C. N. M. (2020). Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam [Online Teaching
and Learning by Novice Teachers of Islamic Education and Its Impact]. BITARA International Journal
of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 3(4), 151-162.

Agus, A. N. A. (2021). TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU


DALAM MELAKSANAKAN PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (The Level
of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in
Home Teaching and Learning during Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 11(1), 75-87.

Ramakrishnan, R., Salleh, N. M., & Alias, A. (2020). The Level of Special Education Teachers'
Technological Pedagogy and Content Knowledge, Teaching Style, Self-efficacy and
Competency. Universal Journal of Educational Research, 8(11A), 89-96.

Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa
perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

Jerry, F. C., & Jamaludin, K. A. (2021). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam
Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 386-400.

Mustari, M., & Rahman, M. T. (2012). Pengantar metode penelitian.

Nasution, L. M. (2017). Statistik deskriptif. Hikmah, 14(1), 49-55.

Ahmad, A., & Jinggan, N. (2017). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap
pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Mahat, H., Arshad, S., Salleh, Y., Aiyub, K., Hashim, M., & Nayan, N. (2020). Penggunaan dan
penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran
geografi. GEOGRAFIA Onlineᵀᴹ Malaysian Jpurnal of Society and Space, 16(3), 219-234.
Nurjannah, A. (2020). Upaya Meningkatkan Kemampuan Hafalan Doa Sehari-Hari Melalui Metode
Reading Aloud di RA An-Nur Kelurahan Nangka Kecamatan Binjai Utara (Doctoral dissertation,
UMSU).

Khalid, M. S. S., & Rasli, R. M. (2021). MYSIMBA: Koswer Pembelajaran Multimedia Interaktif Bagi
Pembelajaran Simpulan Bahasa Pelajar Darjah 6. Journal of Engineering, Technology, and Applied
Science, 3(3), 102-113.

Jawi, E. B., No, S. K., & Mohammad, W. M. R. W. (2021). Keberkesanan Penggunaan Kaedah
Pembelajaran Think-Pair-Share dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Sekolah Menengah. SKEPEN 2021, 157.

Abdullah, M. N. (2018). Amalan pengajaran tilawah al-Quran berkesan dalam kalangan guru
pendidikan Islam (Doctoral dissertation, Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Tamadun Islam. Universiti
Teknologi Malaysia).

Yusof, Y. M., Ayob, A., & Saad, M. H. M. (2021). Penggunaan Teknologi Kejuruteraan dalam
Pendidikan STEM Bersepadu. Jurnal Kejuruteraan, 33(1), 1-11.

Ru, R. L. Y. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA


ELEKTRONIK. PROSIDING KOLOKIUM BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU 2021, 172.

Abdullah, A., Abdullah, N. S. Y., & Yaacob, M. I. H. (2021). ANALISIS KEPERLUAN


PEMBANGUNAN AMALI BERASASKAN RASPBERRY PI TOPIK ELEKTRIK PROGRAM
MATRIKULASI. Practitioner Research, 3, 213-231.

Agus, A. N. A. (2021). TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU


DALAM MELAKSANAKAN PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (The Level
of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in
Home Teaching and Learning during Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 11(1), 75-87.

Radzi, N. I. A., Baharudin, H., & Nasir, M. K. M. (2021). Strategi Kemahiran Komunikasi Dalam
Pengajaran Bahasa Arab [Communication Skills Strategies in Arabic Language
Teaching]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(3), 48-56.

Ahmad, N. L., Sho, S. L., Wahid, H. A., & Yusof, R. (2019). Kepentingan amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar. International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 4(28), 28-51.

Sabilan, S., Ishak, M. F., Lip, S. M., & Sulaiman, S. H. (2018). Konsep Modul Intergrasi Latihan
Perguruan Pendidikan Islam. In 5th International Research Management & Innovation Conference
(5th IRMIC 2018) di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Talin, R. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 137-145.

Hasan, S. M. (2019). Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran. Asian Education Action
Research Journal, 8, 1-8.

Nazihah, M. F. (2018). Persepsi dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam, sekolah rendah
daerah Hulu Langat, Selangor/Nazihah Mohd Fauzi (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Kamarudin, N. H., Khairuddin, K. F., & Mansor, A. Z. (2022). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Guru Pendidikan Khas dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Operasi Darab. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 175-183.

Jaafar, H. H., & Said, M. H. M. (2021). PEMBANGUNAN INOVASI TAJWID YADUN UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU TAJWID. ASEAN COMPARATIVE EDUCATION
RESEARCH JOURNAL ON ISLAM AND CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, 4(2), 32-44.

Abdullah, R., Ali, W. N. W. M., & Jusoh, A. (2021). The Use of Teaching Aids (BBM) in the Subject
Theme of “Colonization in Southeast Asia in the 19th Century”. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, 13(1), 1-13.

Bakar, N. H. A., Yusof, F. H. M., & Abd Hamid, M. (2020, March). Implementation of Teach Programs
in The Mathematical Pedagogy to The Students with Autism. In International Conference on Special
Education In South East Asia Region 10th Series 2020 (pp. 306-316). Redwhite Press.

Shapii, A., Mahayuddin, Z. R., & Othman, S. (2020). Jom Jawi: Meningkat penguasaan bahasa Jawi
di kalangan murid sekolah rendah mengguna media interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 212-230

Edeh, N. (2020, July). Game Cards Helps Dyscalculia To Understand The Addition Concepts.
In International Conference on Special Education In South East Asia Region 10th Series 2020 (pp.
524-531). Redwhite Press.

Salleh, F., & Salleh, S. M. (2019). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran 3D Maths Untuk Topik
Bentuk Geometri 3 Dimensi Berasaskan Android (Development of 3D Maths Learning Application for
Android-Based 3-Dimensional Geometry Topics). Innovative Teaching and Learning Journal
(ITLJ), 3(2), 80-91.

Saleh, S. (2018). ABC Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak (Penerbit USM). Penerbit USM.

Ibrahim, R., Embong, R., Kadir, F. K. A., & Hashim, H. A. (2019). Pemerkasaan tulisan Jawi dahulu
dan kini. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-
9080), 2(1), 29-37.

Shafie, M. K. (2018). Keberkesanan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Ibadah Solat. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN:
2600-9080), 1(4), 50-60.
Muhammad, N., & Ismail, M. S. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ict dalam mendepani
gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian
People Journal (APJ), 3(1), 101-109.

Le Yee, C., & Mohamed, S. (2021). Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 44-53.

Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam pendidikan STEM
dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(1), 121-135.

Hushaini, N. H., Osman, Z., Sarudin, A., & Redzwan, H. F. M. (2022). TAHAP MINAT DAN
PENERIMAAN MURID TERHADAP BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GAMIFIKASI
DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (Level of Interest and Acceptance of
Students Toward Gamification Teaching and Learning Material Malay Language Subjects in Primary
School). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(2), 72-81.

Ambikapathy, A., Halili, S. H., & Ramasamy, M. D. (2020). Kemahiran TMK dalam kalangan guru-
guru bahasa Tamil sekolah menengah [ICT skills among secondary school Tamil language
teachers]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 99-114.

Anda mungkin juga menyukai