Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM SISWA @ KAMPUNG 2016 UPM DAN SK BUKIT LINTANG

Kata aluan Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera , salam 1 Malaysia dan salam
muafakat Johor.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha Puan Samsiah binti Hussein, Guru Besar SK Bukit


Lintang,
Yang Dihormati Encik Jumat bin Aman. YDP PIBG SK Bukit Lintang
Tuan Haji Md Noor bin Lawang Ketua Kampung Lukut
Tuan Haji Rahmat bin Ibrahim Ketua Kampung Temenin,
Yang Berusaha, Guru-guru penolong kanan
Yang dihormati para mahasiswa UPM,
Guru-guru Serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz
Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

• Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis mengucapkan selamat datang kepada Mahasiwa dan mahasiswi


UPM ke SK Bukit Lintang. Semoga program yang dilaksanakan ini
berjalan dengan baik dan lancar.
Ucapan guru besar
Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha Puan Samsiah binti Hussein
Guru Besar Sekolah kebangsaan Bukit Lintang untuk menyampaikan
ucapan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Samsiah binti Hussein


atas ucapan sebentar tadi.
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan Bicara Berirama
daripada kumpulan bicara berirama sk bukit lintang. Dengan itu, majlis
menjemput dan mempersilakan.

(tamat persembahan)

Sungguh menarik persembahan mereka sebentar tadi. Untuk


makluman para hadirin, persembahan itu tadi adalah di bawah
bimbingan
Majlis mengucapkan terima kasih.

Dengan berakhirnya …………………………sebentar tadi, maka tibalah


masanya untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan
diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang saya
mengendalikan majlis ini.

Sekarang dijemput semua tetamu untuk meneruskan agenda lawatan


ke bilik-bilik khas SK Bukit Lintang. Majlis mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai