Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis Program Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Daerah Tampin Tahun 2018


Sebelum majlis Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin sekalian,

Majlis akan bermula sebentar lagi. Mohon kerjasama kepada para hadirin
untuk mengambil tempat duduk masing-masing serta mematikan telefon
bimbit atau diubah ke mod senyap.

Mohon juga kerjasama para hadirin untuk berdiri sebaik sahaja


pengumuman ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin
Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan Tunku isteri

Mengumumkan keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku
Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan tunku isteri diiringi dif-dif jemputan masuk
ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu
Negaraku Para hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan
Selamat Datang Demikianlah tadi persembahan selamat datang dari kumpulan cak
lempong dari SMK Tunku Syed Idrus.

Ucapan aluan Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang dirumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Ampun Tuanku,
Patik dengan takzimnya merafak sembah mengalu-alukan keberangkatan
tiba ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku
Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan Tunku isteri pada petang ini.

Ampun tuanku,
Patik merafak sembah memohon izin untuk menyampaikan ucapan
kepada hadirin dan hadirat yang berkesempatan hadir pada petang ini.

Ampun tuanku,
Patik mohon izin.

1
Ke bawah kaus, Yang Teramat Mulia
Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin
dan Tunku isteri

Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom
Ahli Parlimen Tampin

Yang berusaha Pn. Maznah Bt Abu Bakar


Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Yang berusaha Pn.Norazila Bt Shahriman


Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin

Yang berusaha pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,


pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, ketua-ketua wakil
Jabatan Kerajaan Daerah Tampin, ketua-ketua wakil agensi-agensi luar,
pengetua-pengetua dan guru-guru besar.

Yang dihormati guru-guru serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Alu-aluan Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun,

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjat setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya
kita diberikan kesempatan untuk berhimpun dalam Program Sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Tampin 2018 yang bertemakan Guru
Pemacu Transformasi Pendidikan.

Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan


membawa seribu makna kepada kita semua.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

Majlis ini merupakan satu usaha simbolik untuk mengiktiraf dan


menghargai jasa, komitmen serta pengorbanan guru yang sentiasa
bersedia merealisasikan agenda pendidikan negara.

Seiring dengan tema tahun ini, pengupayaan guru sebagai nadi utama,
kita diberi pengharapan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara
dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.

Guru merupakan agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui

2
peringkat akar umbi pendidikan dan memainkan peranan yang penting
sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai
dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan menterjemahkan
semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Bacaan doa Yang teramat Mulia dan para hadirin yg dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis senantiasa selamat

Bagi memberkati majlis kita pd petang ini, majlis mempersilakan al fadhil


Ustaz Nor Khairul Nizam Bin Nordin utk memimpin bacaan doa manakala
yg bukan beragama Islam diminta bertafakkur seketika. Majlis dengan
penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadhil Ustaz Nor


Khairul Nizam Bin Nordin atas bacaan doa sebentar tadi

Ucapan Aluan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Tn PPD
Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Memulakan bingkisan ucapan,  majlis  dengan ini mempersilakan yang


berusaha Tn. Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Tampin.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj Hamzah Bin Abu
diatas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan YB Ahli Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Parlimen
Tampin Meneruskan bingkisan, majlis mempersilakan Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Demikianlah kata, demikianlah ucapan


Daripada Yang berhormat insan budiman
Sekalung penghargaan kami ucapkan
Kata nasihat tidak dilupakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berhormat Dr.


Hasan Bin Bahrom diatas ucapan beliau sebentar tadi.

3
Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,
Perasmian
Tak lengkap gong tanpa palunya,
Tak lengkap keris tanpa ulunya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan yang terutama.

Meneruskan bingkisan, majlis kini dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku
Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin diiringi oleh Yang berusaha Tn.
Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai PPD Tampin untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Program Hari Guru Peringkat Daerah
Tampin 2018. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia


Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin
diatas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

YTM masih di atas pentas


Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

**Penyerahan Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan Mok Cek daripada para
Mok Cek dan penyumbang kepada PPD Tampin dan penyampaian sijil penghargaan dari
Sijil pihak PPD Tampin kepada para penyumbang.

Dengan ini, dipersilakan

1. Yang berbahagia Dato’ M Tahir Sharif


2. Hj Fadzil dari Fadzil Enterprise
3. En. Imran dari Bank Rakyat
4. Pn. Yati dari bank Islam
5. Wakil dari perodua

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia


Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri atas kesudian
menyempurnakan upacara itu tadi.

**Upacara Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Menaikkan Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera dan lafaz ikrar hari
Bendera Hari guru. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan kumpulan ikrar yang
Guru diketuai oleh Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu naik ke pentas.
Tunggu sampai PPD naik pentas
**Lafaz ikrar Dipersilakan juga ahli pengakap dari Sekolah Menengah Kebangsaan
hari guru Tunku Besar Tampin bagi menyempurnakan upacara menaikkan bendera
hari guru. Dipersilakan.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin dipersilakan berdiri.

4
*** Upacara menaikan bendera ***

Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan pembaca ikrar


serta sekalian warga dewan yang telah bersama-sama membacakan ikrar
dengan penuh bersemangat.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang budiman,


Nyanyian koir
Hari Guru Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan oleh pasukan koir
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.
Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah :
1. Guru Malaysia
2.Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

****Persembahan****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Koir SMK Tunku
Besar Tampin diatas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

Penyampaian Acara pada petang ini diteruskan dengan acara penyampaian sijil pesara.
Sijil Pesara Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Tn. Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Tampin diiringi oleh,Tn Hj Azali Bin Hj Hashim
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin naik ke pentas bagi
menyampaikan sijil.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang budiman,


Bersama-sama kita pada petang yang permai ini adalah sekumpulan
warga pendidik yang telah bersara. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan
guru-guru ini bukan sedikit.

Dari usia muda sehinggalah ke usia sekarang, mereka memberi pelbagai


sumbangan, menabur jasa dan bakti memartabatkan profesion walaupun
penuh dengan cabaran dan halangan.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan penerima sijil pesara


naik ke pentas

1. _________________________
2. _________________________
3. _________________________
4. _________________________
5. _________________________

5
.
.
35. _________________________

Persembahan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


multimedia
Majlis diteruskan dengan Persembahan multimedia Ikon Guru yang
terdiri daripada Ikon Guru Akademik, Ikon guru Hal Ehwal Murid, Ikon
guru Kokurikulum, dan Ikon guru ICT.

Begitulah tadi tayangan multimedia yang cukup menarik.

Penyampaian Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dimuliakan


Anugerah Ikon
Guru Sebagai tanda ingatan kita
Untuk guru yang tercinta
Anugerah dan penghargaan terus dicipta
Mengangkat memartabat insan mulia.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah ikon guru.


Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin diiringi oleh Tn Hj Hamzah
Bin Abu untuk menyampaikan sijil dan cenderamata.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian Yang berhormat


Dr Hasan Bin Bahrom menyampaiakan sijil dan cenderamata sebentar
tadi.

***bergambar***

Persembahan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Multimedia
Majlis diteruskan dengan Persembahan multimedia Tokoh Guru.
Mari kita saksikan.

Begitulah tadi tayangan multimedia yang cukup istimewa.

Penyampaian Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Anugerah

6
Tokoh Guru Curahan jasa pendidik sentiasa diberkati
Gelaran Tokoh Guru pengiktirafan tertinggi

Sebagai tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh guru, majlis


mempersilakan Yang Teramat Mulia, Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed
Idrus al-Qadri diiringi oleh Yang berhormat Dr. Hasan Bin Bahrom,Ahli
Parlimen Tampin, Yang berusaha Pn. Maznah Bt Abu Bakar, Timbalan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Yang berusaha Tn Hj
Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin naik ke
pentas utama bagi menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah
Tokoh Kepimpinan dan Anugerah Tokoh Guru bagi Tahun 2018.

Untuk makluman semua, penerima anugerah tokoh guru ini akan


menerima sepersalinan, wang tunai bernilai RM500 sumbangan Bank
Islam & PPD Tampin, sijil penghargaan dan plak.

Dengan ini diumumkan.

Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan 2018 dinobatkan kepada


_________________________________

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2018 dinobatkan kepada


_________________________________

Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah tokoh kepimpinan dan


anugerah tokoh guru 2018. Semoga anugerah yang diterima akan
menjadi pembakar semangat untuk menabur bakti dan jasa dalam
memperkasa negara bangsa.

***bergambar***
Cenderahati Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Tn Hj Hamzah Bin Abu untuk
kpd YTM menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada Yang Teramat
Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar
Tampin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada Yang Teramat Mulia
Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Tn Hj Hamzah Bin
Abu diatas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan
cenderahati sebentar tadi.

Penutup Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

Tamatlah sudah majlis kita pada petang ini. Sekianlah sahaja


persembahan ucapan patik yang tidak sepertinya pada petang ini. Patik
merafak sembah memohon ampun dan maaf jika ada sebarang
kekurangan di dalam penganjuran majlis pada petang ini dan jika
terdapat kesilapan tutur bicara dalam mengendarai majlis ini.

7
Ampun Tuanku,

Dengan kesudian Yang Teramat Mulia Tunku hadir dan menyempurnakan


Program Hari Guru Peringkat Daerah Tampin 2018, insyaAllah akan dapat
menyuntik dan memberi rangsangan kepada warga pendidik kea rah
meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah dari masa ke semasa.
Akhir kata patik dan semua jawatankuasa sekali lagi mengucapkan terima
kasih atas kesudian Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku
Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan Tunku isteri bersama di
majlis ini.

Ampun Tuanku,
Bukan lembah sebarang lembah
Lembah mengalir di tepi kota
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah patik menutup kata.

Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Jamuan Majlis dengan ini mempersilakan Yang Teramat Mulia


Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri dan tetamu-tetamu
kehormat menikmati hidangan yang telah disediakan.

Kepada semua hadirin, anda dijemput untuk menjamu selera.

Hadirin juga akan dihidangkan dengan persembahan kumpulan Kugiran


yanng didatangkan khas dari _____________________.

Selamat menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai