Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2017

LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS


PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2017
Pada 23 Februari 2017 yang lalu, Unit Pendidikan Khas Daerah Tampin telah

menganjurkan Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Daerah Tampin

2017. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ole-Ole Super Bowl, Mydin

Seremban 2, N. Sembilan. Objektif kejohanan ini diadakan adalah bagi membina

keyakinan diri murid-murid Pendidikan Khas dan juga sebagai langkah persediaan

untuk memilih murid-murid Pendidikan Khas yang berbakat bagi mewakili sekolah ke

pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri yang bakal dianjurkan oleh

JPNS.

Justeru itu, SK Bukit Rokan(LKTP) telah menghantar empat orang murid Pendidikan

Khas untuk mewakili sekolah ke kejohanan tersebut iaitu Muhammad Farid Iskandar

B. Faddli (11 tahun), Muhammad Alif Iskandar B. Abdullah (10 tahun), Nurul Ashikin

Bt Mohd Zairi (11 tahun), dan Nor Syakirah Bt. Sharizan (12 tahun). Pn. Yuslizawati

Bt Yahya dan Cik Norhapizah ditugaskan sebagai AJK Pendaftaran manakala Pn.

Norazizah Bt Mohamed Norok ditugaskan sebagai guru pengiring. Para peserta

bertolak dari SK Bukit Rokan(LKTP) pada jam 7.30 pagi dan tiba di tempat

kejohanan pada jam 9.30 pagi. Kejohanan dimulakan dengan pendaftaran para

peserta.

Para peserta terlebih dahulu diberi masa untuk bersarapan pagi. Kemudian, sedikit

taklimat diberikan kepada semua guru pengiring yang hadir. Kejohanan bermula

pada jam 10.30 pagi. Para peserta perlu menghabiskan dua pusingan perlawanan.

Markah hendaklah dicatat pada borang markah yang telah diedarkan dan perlu

diserahkan kepada jawatankuasa statistik setelah permainan tamat bagi setiap

1
LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2017

pusingan perlawanan. Jadual 1 menunjukkan markah perlawanan bagi peserta dari

SK Bukit Rokan(LKTP). Semua peserta kelihatan bersemangat dan gembira

sepanjang kejohanan berlangsung.

Semua peserta dan guru pengiring berkumpul di hadapan pusat boling bagi acara

penutup. Acara penutup dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, acara

perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Azhar B. Arshad (Penolong PPD

Pendidikan Khas & Swasta/PERMATA). Majlis berakhir dengan penyampaian

hadiah dan cenderamata. Hadiah diberikan kepada peserta yang mendapat tempat

pertama hingga keenam sahaja. SK Bukit Rokan(LKTP) telah mendapat tempat

kelima kategori perempuan junior sekolah rendah. Semua peserta menikmati

makanan tengahari sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Kesimpulannya, objektif kejohanan pada kali ini tercapai. Jadual 2 menunjukkan

keputusan penuh bagi Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Tampin 2017. Lampiran 1 menunjukkan gambar sepanjang kejohanan berlangsung.

Nama Peserta Pusingan 1 Pusingan 2 Jumlah


M. Farid Iskandar 32 63 95

Nor Syakirah 72 68 140


M. Alif Haikal 39 55 94
Nuruk Ashikin 33 44 77
Jadual 1 : Markah perlawanan peserta PPKI SK Bukit Rokan(LKTP)

2
LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2017

Kategori Kategori Sekolah Rendah Kategori Sekolah Menengah


Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Johan SMK Jelai (F) SMK Taman SMK Jelai (F) SMK Tuanku Abd
Kedudukan Indah Rahman
Naib johan SMK Syed Idrus SK Pasir Besar SMK Syed Idrus SMK Dato Mohd
Taha
Ketiga SMK Bukit Jalor SK Pasir Besar SMK Bukit Rokan SMK Dato Mohd
Taha
Keempat SK Tunku Zainon SK Tunku Zainun SMK Tuanku SMK Tuanku
Abdul Rahman Abdul Rahman
Kelima SK Jelai 1(F) SK Bukit Rokan SMK Jelai (F) SMK Bukit Rokan
Keenam SMK Pasir Besar SMK Tunku SMK Pasir Besar SMK Pasir Besar
Abdul Rahman
Jadual 2 : Keputusan keseluruhan kategori sekolah rendah dan menengah

Disediakan oleh : 24 Februari


2017

Jawatankuasa
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bukit Rokan (LKTP)

Anda mungkin juga menyukai