Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI HUD ALAIHISSALAM Al-Ahqaf tempat Hud dilahirkan Lembah subur penuh kemewahan syair Untuk Ad baginda

diutuskan Menyeru kaumnya ke jalan kebenaran Nabi Hud berasal dari kabilah Ad dan merupakan anak kepada Sham .bin Nuh Baginda tinggal di utara Hadralmaut di Negeri Yaman Kawan-kawan ambillah yang baik jadikan panduan manakala yang jahat jadikan sempadan Contohilah imam muda Asyraf yang menggunakan kelebihannya ke jalan kebaikan Kaum Ad dikenali dengan sifat keras hati,bengis dan terlalu taksub dengan penyembahan berhala Mereka juga terkenal dengan kemahiran senibina Mereka mahir membina bangunan yang besar dan serba indah Malangnya mereka jugalah masyarakat yang pertama yang kembali menyembah berhala selepas banjir besar yang melanda kaum Nuh Mereka juga sanggup mendustakan kata-kata Nabi Hud malah menuduhnya sebagai seorang ahli sihir. Berkatalah Hud kepada kaumnya seperti Firman Allah

Hai kaumku,mohonlah ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadanya Hud:52 Kawan-kawan Marilah kita bersama menyokong usaha YADIM dan ABIM dalam berdakwah. agar Islam terus terpelihara. Hadirin yang dihormati Degilnya kaum Ad tidak terkira Azab Allah tidak dipercaya Dakwah Nabi Hud di cabar di cerca

pantun

Minta dibuktikan Allah itu ada Benarlah ungkapan pepatah Melayu seperti mencurahkan air ke daun keladi Ya kawan-kawan Percaya kepada Rasul merupakan salah satu daripada rukun iman, Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir yang diutuskan


Surah Al-Araf :66 Berkata bangsawan yang kafir sesungguhnya kami melihat engkau dalam kebodohan.Menurut sangkaan kami engkau seorang pendusta. Dakwaan Ayah Pin sebagai Rasul melayu adalah sesat sama sekali Nauzubillah...janganlah ajaran Ayah Pin dihidupkan semula Kawan-kawan Janganlah kita bersifat angkuh dan riak Kerana sifat itu amat dibenci oleh Allah Nabi Hud terus memujuk kaumnya Supaya bertaubat kepada Allah Kerana bala akan diturunkan Betapa hebatnya kuasamu Tuhan Cuaca Panas memuncak Tanah gersang kering kontang pepohon menghijau layu menguning kemarau oh kemarau Surah AL Mukminun :40

- sajak


Dalam sedikit masa lagi pasti mereka akan menjadi orang yang menyesal Sifat sombong dan bongkak memang merugikan diri sendiri,seperti kaum Israel yang terus menerus menindas dan menzalimi orang Islam seperti yang berlaku pada rakyat Palestine.

Awan hitam berarak sedang mereka bersorak mendung disangka hujan rupanya ribut taufan Tolong!Tolong!Tolong!

nasyid

Mereka berlari ke sana sini.....masing-masing mahu menyelamatkan diri Saudara sendiri tidak dipedulikan lagi Tahukah kawan-kawan Ribut taufan itu berlarutan selama 8 hari 7 malam Hanya mereka yang beriman dan mengikut Nabi Hud sahaja yang terselamat daripada angin kencang itu. Sebaliknya kawan-kawan,mereka yang tidak beriman mati bergelimpangan seperti pokok kurma yang tumbang. Musnahlah segala kemegahan mereka,tiada apa lagi yang tinggal,ibarat padang jarak padang tekukur Ingatlah kawan-kawan Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa Masih segar di ingatan kita kejadian gempa bumi yang berlaku di Padang ,Indonesia seperti Firman Allah

Apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia. Surah Yaasin Ayat 82

Anda mungkin juga menyukai