Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN MEMBACA DOA DALAM MAJLIS-MAJLIS RASMI

DAN SEPARUH RASMI

PENDAHULUAN

Doa merupakan satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap

Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu

hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk. Dengan

demikian ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini

bermakna doa bukan boleh dilakukan sebagai satu acara kebudayaan atau adat yang

kosong dari roh ibadat atau rasa tawaduk kepada Allah. Doa merupakan salah satu

cara hidup orang Islam yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Sebagai satu ibadat, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, pada masa yang

sesuai, pada suasana yang baik. Garis panduan doa dibawah adalah bagi bacaan doa

secara berkumpulan yang harus dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara

rasmi atau separuh rasmi di negara ini.

Tujuan majlis yang akan menentukan sama ada doa itu harus dilakukan atau

sebaliknya.

TAKRIF DOA

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba kepada Allah dari hati yang ikhlas bagi

mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolak bala dan bencana

dengan cara dan adab yang tertentu.


TEMPAT BERDOA

Tempat berdoa yang diharuskan antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang

bertujuan untuk kebaikan seperti perhimpunan di masjid-masjid, dewan, madrasah,

rumah kediaman dan ruang terbuka (seperti padang).

Tempat berdoa yang tidak diharuskan ialah tempat yang terdapat perkara-perkara yang

boleh mencemarkan kesucian Islam. Di antara tampat-tempat tersebut ialah tugu,

tempat yang terdapat patung-patung manusia, atau patung-patung haiwan, gambar-

gambar atau lukisan-lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.

Begitu juga tempat-tempat yang mengandungi acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang

ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang

menghidang minuman keras dan sebagainya.

MASA BERDOA

Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaik-baiknya pada permulaan

majlis berkenaan.

SUASANA KETIKA BERDOA

Suasana semasa berdoa hendaklah dalam keadaan majlis yang tenang dan khusyuk.

TUJUAN DAN CARA BERDOA

Setiap doa hendaklah mempunyai tujuan yang baik yang dibenarkan oleh syarak.

Doa yang diucapkan hendaklah diadakan dalam keadaandan cara berikut:


a. Diketahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah;

b. Dibaca dengan betul mengikut adab-adab doa;

c. Dibaca dengan suara yang sederhana;

d. Dibaca dengan nada dan rasa yang khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T.;

dan

e. Dibaca dengan penuh yakin dan ikhlas agar ia dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

SYARAT-SYARAT PEMBACA DOA

(a) Ia seorang yang berkemampuan dalam bacaan doa

(b) Ia mengetahui kesesuaian doa yang dibaca bagi sesuatu majlis yang diadakan.

PENUTUP

Adalah diharapkan garis panduan ini dapat digunapakai oleh Jabatan-jabatan Kerajaan,

pihak swasta serta seluruh umat Islam di Negara ini demi menjamin semua amalan

agama yang dilakukan mengikut kehendak syarak yang sebenar dan suci dari sebarang

pencemaran dan seterusnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

NOTA

Panduan bacaan doa ini telah diluluskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 bersamaan 21 Syawal

1415 Hijrah.
CONTOH DOA

Dibawah adalah contoh doa yang boleh dibaca dalam majlis rasmi atau separuh rasmi.

Contoh doa ini mengandungi:

a. Pendahuluan Doa (P.D.)

b. Permohonan Umum (P.U.)

c. Permohonan Khusus (P.K.)

d. Pra Penutup Doa (P.P.D.), dan

e. Khitam Doa (K.D)

Pendahuluan Doa (P.D.) adalah wajar digunakan sebagai ‘introduction’ dalam mana-

mana doa. Manakala Permohonan Umum (P.U.) wajar digunakan dalam mana-mana

doa. Permohonan Khusus (P.K.) pula adalah terserah kepada pembaca doa untuk

menggunakannya sesuai dengan keadaan, masa dan tempat majlis diadakan. Pra

Penutup Doa (P.P.D.) dan Khitam Doa (K.D.) adalah wajar digunakan dalam sebarang

doa.
PENDAHULUAN DOA DAN TERJEMAHANNYA

Terjemahannya:

“Segala pujian hanya tertentu bagi Allah pemilik sekalian alam, pujian yang
penyempurna segala nikmat serta menjamin penambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi
Engkau segala pujian yang sewajarnya bagi kebesaran zat-Mu dan kebesaran
kekuasaan-Mu. Ya Allah berilah kerahmatan pada penghulu kami Nabi Muhammad
sebagai rahmat yang menyelamatkan kami daripada segala kesengsaraan dan
kemusnahan hidup dan dapat menunaikan segala hajat kami dan dapat membersihkan
kami daripada segala keburukan dan mengangkat setinggi-tinggi darjat kami di sisi Mu
dan menyampaikan segala tujuan kebaikan kami semasa hidup dan selepas mati dan
kerahmatan ke atas seluruh keluarga dan sahabatnya”.
PERMOHONAN UMUM DAN TERJEMAHANNYA

Terjemahan:

“Ya Allah sesungguhnya, kami memohon kepada-Mu segala kebaikan masa sekarang
dan akan datang samada kami ketahui ataupun kami tidak ketahui dan kami memohon
perlindungan-Mu dari segala keburukan sekarang dan akan datang sama ada perkara
yang kami ketahui atau kami tidak ketahui. Kami memohon kepada-Mu syurga dan
segala perkara yang boleh mendekat kepadamu sama ada melalui perkataan, amalan,
niat dan i’tiqad. Engkau jadikanlah kesudahan segala apa yang telah Engkau tetapkan
daripada Qada’ Qadar-Mu sebagai petunjuk”.

Terjemahan:

“Wahai Tuhan kami terimalah segala taubat kami dan ampunkanlah segala dosa dan
kesalahan kami, tetapkanlah segala hujjah kami dan berilah hidayah kepada hati kami,
perkuatkanlah lidah kami dan hapuskan segala dendam kesumat yang bersarang di hati
kami dan pimpinlah kami kepada akhlak yang baik”.

Terjemahan:

“Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara”.

PERMOHONAN KHUSUS DAN TERJEMAHANNYA

Terjemahan:

“Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dan
bersatu untuk mengasihi-Mu dan bersumpah setia untuk menegakkan syariat-Mu. Ya
Allah kukuhkanlah perhubungan dan ikatan hati-hati kami dan kekalkan perasaan kasih
sayang yang berpanjangan. Dorongkanlah hati kami untuk melaksanakannya. Sinarilah
hati-hati kami dengan cahaya yang tak kunjung padam. Ya Allah lapangkanlah dada
kami dengan limpahan iman dan kesungguhan tawakkal kepada-Mu. Hidupkanlah hati
kami dengan mengenali-Mu dan matikanlah hati kami dalam kalimah syahadah didalam
agama-Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong”.

Terjemahan:

“Ya Allah jadilah di akhir hayat kami dengan ucapan:

Dan matikanlah kami dalam keadaan Engkau redha dan tidak murka serta jadikanlah
kami ketika berhimpun di Padang Mahsyar dalam keadaan aman bersama dengan
golongan hamba-Mu yang tidak takut dan tidak berdukacita”.
Terjemahan:

“Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa orang-orang mukmin dan mukminat, muslimin
dan muslimat, eratkanlah hubungan silaturahim dan jalinan mesra antara hati-hati
mereka. Bantulah mereka memerangi musuh-Mu dan musuh mereka dan berilah
petunjuk kepada jalan-jalan yang selamat dan sejahtera. Keluarkanlah mereka daripada
kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan. Hindarilah mereka daripada perkara-
perkara keji sama ada yang nyata dan tersembunyi. Jadikanlah mereka itu golongan
yang sentiasa bersyukur dan memuji-muji di atas nikmat-Mu, sempurnakanlah rahmat
ke atas mereka wahai Tuhan yang Maha Penyayang”.

PRA PENUTUP DOA DAN TERJEMAHANNYA


Terjemahan:

“Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan sekiranya
Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami nescaya kami termasuk dari kalangan
orang-orang yang rugi. Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami beriman dengan apa
yang Engkau telah turunkan dan kami tunduk dan patuh kepada Rasul, maka
senaraikanlah kami bersama orang yang mati syahid. Wahai Tuhan kami, kami sentiasa
mendengar dan taat serta mengharap keampunan-Mu, Engkaulah Tuhan tempat kami
semua kembali”.

KHITAM DOA DAN TERJEMAHANNYA

Terjemahan:

“Wahai Tuhan kami anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunai dan kebaikan di
akhirat dan periharalah kami daripada azab sengsara api neraka”.

Anda mungkin juga menyukai