1. Sedutan Ucapan Penggulungan YAB Presiden UMNO di
Perhimpunan Agung UMNO 2013
Pengukuhan kuasa UMNO
‘SAYA bagi pihak Majlis Tertinggi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
perwakilan kerana persidangan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-67 i
dalam suasana yang cukup baik, tertib dan penuh bersemangat.
telah berlangsung
Persidangan kita adakala jadi riuh-rendah kerana gelagat Pengerusi Tetap dengan cerita Mak
Long Timah, tak kurang hebat juga beberapa perwakilan yang telah menyampaikan ucapan
yang sangat menarik walaupun ada yang cakap dengan nada serlus tetapi perwakilan tetap
memberi perhatian kepada ucapan-ucapan mereka.
Saya kira ini sikit sebanyak melambangkan kematangan parti kita, bahawa bila kita
berhimpun dalam dewan ini kita sebenarnya membicarakan tentang nasib kita, masa depan
kita kerana tanpa UMNO gelaplah masa depan orang Melayu di buminya sendiri.Saya juga turut rasa amat simpati kepada rakan-rakan kita khususnya mereka di Pantai
Timur termasuk di kawasan saya sendiri Pekan, Kuantan, Rompin, Kemaman dan juga
beberapa kawasan yang lain, Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri dah
‘turun melawat dan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara telah mengeluarkan
arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir bersungguh-
sungguh.
Saya turut juga mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama telah dibuat oleh
Malayan Banking supaya hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan. Saranan Ketua
Pemuda tadi saya terima dan saya sebagai Menteri Kewangan minta semua bank untuk
mengikut langkah menangguhkan pembayaran balik sementara waktu.
Saya faham bila kena banjir sebab saya Ahli Parlimen kawasan yang selalu kena banjir, saya
‘tahu susah payahnya dan penderitaan mereka, jadi sebagal tanda kasih dan keprihatinan
kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RMSOO kepada setiap keluarga yang terlibat
dalam banjir ini.
Saya turut melawat mangsa-mangsa banjir selepas memberi ucapan dasar pada hari
pertama maka sebahagian daripada perbahasan ucapan dasar, saya tidak dapat
mengikutinya dalam dewan ini.
Saya tak dapat mengikuti ucapan wakil Bahagian Gua Musang dari Kelantan yang saya
dengar sangat menarik. Saya tertarik hati kepada ucapan wakil Bahagian Titiwangsa, bila dia
bawa cerita ‘lam sorry two! kepada “I am sorry seven’, sebab bila orang tak faham bahasa
Inggeris itulah akibatnya.
Saya teringat cerita ada seorang daripada kita yang nama tak boleh disebut bila turun di
lapangan terbang di London disambut oleh seorang orang putih. Sebab nama orang kita ini
Panjang, jadi orang putih ini tanya: How do you like to be address?" , dia jawab: Bentong,
Pahang". Itulah akibatnya kalau kita tak mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi saya percaya di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) akan meningkatkan
tahap penguasaan bahasa Inggeris, Insya-Allah
SUMBANGAN ISTERI
Saya juga tertarik hati kepada wakil Sabah yang telah berucap semasa usul agama, bila wakil
Sabah sebut kita ini orang Semenanjung tahu hujung ‘bah' je, ubah mana Sabah tetapi
hujung tu bila sebut jangan tambah, cari musibah, jadi saya setuju 100 peratus. Bukan
kerana tulang belakang saya ada di belakang ini, saya nak sebut di sini bahawa terlanjur dah
sebut orang rumah ini saya nak sebut, nak beritahu sebab kadang-kadang dalam politik ini
kalau peluru tak kena pada saya, dia tembak isteri saya.
Saya nak beritahu pada tuan-tuan dan puan-puan bahawa ada juga peranan dimainkan oleh
isteri saya untuk bantu rakyat Malaysia. Kalau nak terang program Permata, kita semua tahuprogram Permata, terima kasih perwakilan kerana nak tambah program Permata lagi. Tapi
‘ada juga jasa yang isteri saya lakukan yang saya tak pernah terangkan, saya belum
maklumkan sebelum ini.
Yang pertama, waktu Flotila lebih kurang dua tahun yang lalu, seorang pelajar kita telah
disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy dan telah disumbat dalam penjara,
ditahan. Saya minta isteri saya telefon pada masa itu, isteri Presiden Mubarak, Susan
Mubarak, Mubarak berkuasa pada masa itu, merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan,
dalam masa dua jam sahaja pelajar kita telah dibebaskan
Yang kedua, bila Ops Piramid berjalan, nak bawa pelajar-pelajar kita dari Mesir balik kita tak
cukup penerbangan, kita terpaksa minta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar-
pelajar kita menaiki pesawat Charlie yang turun di Jeddah, Dari Jeddah ke Kuala Lumpur
tanpa visa, satu permintaan yang suker diberikan oleh kerajaan Arab tetapi kerana
networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Arab
Saudi membenarkan.
‘Malah bukan setakat itu sahaja, dua penerbangan Jumbo 747 diatur kerajaan Saudi secara
percuma bagi membawa balik pelajar-pelajar kita.
Inilah yang nak saya terangkan, belum pernah saya terangkan sumbangan oleh isteri saya
kepada rakyat Malaysia.
Saya ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong UMNO dan BN tetapi
rasa saya ada dua negeri yang mungkin signifikan dengan kejayaan kita.
Yang pertama, kita berjaya mengembalikan negeri Kedah ke pangkuan BN. Jadi saya nak
ucapkan terima kasih kepada rakyat Kedah kerana memberi sokongan kepada kerajaan
pimpinan Datuk Mukhriz (Mahathir).
Kedua, saya tahu banyak orang rasakan bahawa amat sukar kita menang di negeri Perak.
Saya tahu keadaan di Perak, perasaannya, tetapi saya tahu Datuk Seri Zambry (Abdul Kadir)
dan orang Perak gigih.
MESE) DARIPADA PERHIMPUNAN.
Kalau kita nak menilai kejayaan perhimpunan kita, apa agak ukurannya?
Pada hemat saya, ukurannya semestinya berkisar kepada apa bekalan yang boleh kita bawa
balik. Bekalan dari segi mesej daripada perhimpunan ini, Apakah yang boleh kita jadikan
sebagai ingatan dan panduan kita untuk meneruskan perjuangan kita hasil daripada
Perhimpunan Agung UMNO yang ke-67 ini.
Saya simpulkan tiga perkara.
* Pertama: IslamPerhimpunan kali ini dengan jelas menyatakan sokongan atas kesungguhan kerajaan
‘meninggikan syiar dan syariat Islam di tanah air ini serta mempertahankan kemuliaan dan
kesucian agama Islam ini.
Dalam hal ini kalau ada pihak yang tidak menerima hakikatnya, saya setuju dengan kata-kata
seorang perwakilan, kalau dah buta hati, kita buat baik pun mereka tak terima kebaikan
kita" tetapi percayalah kita tidak akan merasa lemah semangat kerana UMNO berada atas.
landasan betul dan benar.
Dalam perhimpunan ini kita telah menerima beberapa tokoh dari luar negara sama-sama
dengan kita. Ada dua tiga tokoh Islam dan saya nak kongsi dengan perwakilan apa mereka
beritahu saya pada pertemuan tertutup itu.
Pertama, Timbalan Komisioner Perhubungan Antarabangsa Al-Fatah, Palestin, Dr. Abdullah
MA. Abdullah. Dia kata Malaysia under UMNO leadership is an inspiration to the muslim
world." (Malaysia di bawah kepimpinan UMNO member! inspirasi kepada dunia Islam).
Seorang lagi, (pemimpin Hamas) Khaled Meshal yang diletakkan dalam senarai Mosad
sebagai the most wanted man" beberapa tahun lalu dan cuba membunuhnya dengan
menyembur racun kimia melalui telinganya sehingga dia koma.
Kuasa Allah selamatkan dia. King Hussin beri kata kepada PM Israel, kalau Khaled Meshal
mati, maka perjanjian damai antara Jordan dan Israel akan mati jua. Baginda minta antidot
daripada Israel. Israel bagi antidot. Dia selamat.
Pejuang kebebasan Palestin ini datang berjumpa kita dan beliau berkata kepada saya:
Selama ini kami lebih rapat dengan Pas, ka mengenali Pas tetapi hari ini kami akul
perjuangan UMNO yang berada atas landasan betul."
Malah beliau kata, Malaysia boleh bangga kerana menjadi role model kepada dunia Islam.
Dua pemimpin Islam yang bertelagah yang tidak boleh bersama antara satu sama lain.
Kedua-duanya menghormati kita dan dua-dua hendak UMNO bantu usaha damal antara
Fatah dan Hamas.
Imam Masjidil Haram, Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi yang mengimamkan solat Jumaat di
bangunan PWTC kepunyaan UMNO dalam khutbahnya menyebut soal wasatiyyah.
Dia kata itulah prinsip perjuangan yang sangat kena dengan kehendak Islam,
Dia berbangga apabila kita buat penegasan takrif Sunnah Wal Jamaah, Dia kata Malaysia
satu-satunya negara yang menyatakan perkara tersebut dengan jelas dan terang sekali.
Sebab itulah hasil suara wakil-wakil dalam perhimpunan ini, kita akan pinda fasal 3.3 dalam
erlembagaan UMNO, bukan lagi sebut Islam agama rasmi, kita sebut Islam agama
Persekutuan dan kita nak Islam agama Sunnah Wal lamaah dalam perlembagaan parti
UMNO.* Kedua: Agenda bul
Kita ahli UMNO, orang Melayu dan bumiputera amat ingin melihat perjuangan memperkasa
agenda ekonomi bumiputera dilaksana dengan bersungguh-sungguh.
Saya terima, Parti UMNO terima mesej ini dan saya nak nyatakan, saya dan rakan-rakan
komited untuk menzahirkan tuntutan parti kita dalam hal ini,
Malah kita dah mesyuarat dan mengadakan perbincangan dan saya dah jumpa dengan
ketua eksekutif GLC dan katakan kepada mereka agenda pemerkasaan bumiputera adalah
sebahagian agenda nasional dan oleh itu setiap ketua eksekutif dan pengurusan GLC perlu
laksanakan agenda ini dengan sebaik mungkin
Untuk memperlihatkan kesungguhan kita memantau perkara ini dengan teliti maka kita
akan Jadikan ini sebagai KPI kepada setiap CO (ketua eksekutif) GLC. Saya dan rakan-rakan
memantau perkara ini, akhir tahun saya nak tengok report card dan skor kadnya.
Kalau baik, baiklah dan bolehlah sambung agaknya... ini cara kita. Mesti laksanakan sebab
apa? Sebab saya beritahu, we don thave to be apologetic."
Saya ditemu bual oleh CNN. Saya kata bahawa kalau kita kira prinsip keadilan sosial, 67
peratus dalam negara kita terdiri Melayu dan bumiputera, Kalau 67 peratus di setengah
negara soal tindakan afirmatif kepada golongan minoriti, mereka tidak mahu minoriti
terpinggir.
Tetapi dalam negara kita, kalau majoriti terpinggir lagi parah keadaannya
Sebab itu saya kata demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, orang Melayu dan
bumiputera mesti ditingkatkan kedudukan mereka, seimbang kongsi kekayaan.
Itu sebab saya kata jangan apologetik. Ini hak kita. Ini kita mesti laksanakan tapi kita tidak
nafikan hak kaum lain. Bila masa kaum lain terbantut perkembangan kedudukan mereka
dalam negara kita? Bila masa kita laksanakan DEB sehingga mereka ini terpinggir. Adakah
rezeki mereka terputus?
Terbukti bahawa kerajaan di bawah pimpinan UMNO adil kepada semua kaum.
Jangan menuding jari dekat kita mengatakan kita rasis. We are not racist, UMINO has never
been racist, UMNO has always been fair to all (Kita bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis,
UMNO selalu adil kepada semua). Ini saya nak beritahu dan kita hendak mereka sama-sama
dengan kita, orang Cina, India, tban, Kadazan, apa semua sama-sama dengan kita move
forward together (bersama maju ke hadapan) tetapi kepimpinan negara ini terajunya mesti
dipegang oleh parti UMINO kita ini,Ini konsepnya. Ini dia. Sebab apa? Sebab di bawah UMNO, orang lain boleh dapat keadilan!
Di bawah orang lain tak pasti orang Melayu dapat keadilan, Sebab itulah kita mesti jalankan
perkara ini.
We are fair, we are considerate (Kita adil dan bertimbang rasa), ini orang Melayu dan kita
perlu laksana apa yang kita fikirkan akan membangunkan negara kita, akan
memperkukuhkan perpaduan nasional.
kita akan tegakkan prinsip keadilan nasional. Visi kita nak mentransformasikan negara kita
ini, menjadi sebuah negara maju dalam masa terdekat,
Kita tidak mahu bersaing dengan negara tertentu. Kita nak berada di saf hadapan negara
‘maju, bangga di bawah panji UMNO, kita boleh capai status negara maju. Ini dia, advanced
ation progressive nation, Muslim Islamic nation but very progressive nation. Ini dia model
kita untuk masa depan.
Sebab itu bila kita sebut pasal pengukuhan kuasa UMNO, tak lain tak bukan sebab hala tuju
‘negara kita ini jelas, visi untuk masa depan kita terang, Kita akan membawa negara kita ke
pinan UMNO.
puncak kecemerlangan di bawah
EKONOMI
Salah satu dari masalah ekonomi kita kerana bebanan subsidi kita terlalu besar, untuk tahun
ini RM46.64 bilion untuk subsidi saja, kita punya peruntukan untuk pembangunan RM49
bilion, RM46 bilion subsidi berapa lama boleh bertahan? Jawabnya tak lama, orang putih
kata not sustainable, tak boleh, tak payah kita ini pakar ekonomi.
Tuan-tuan pun boleh faham kalau kita peruntukkan pembangunan RM49 bilion, subsidi
RM46 bilion macam mana berapa lama kita boleh bertahan... tak boleh, rating agensi sudah
bagi signal kepada kita, Fitch dah bagi signal dekat kita, tapi bila kita berani ambil ubat, bila
kita naikkan harga minyak, pada bulan September 20 sen, hapuskan subsidi gula 34 sen, kita
juga nak naikkan tarif elektrik sikit, makna apa sekarang ini? Sekarang ini Moody s dah bagi
kita outlook positif, untuk masa depan kita, bererti kalau kita teruskan usaha kita, konsidilasi
fiskal, kita mungkin dapat upgrade A3 kepada A2.
Kalau grading kita, tarif kita menurun, pinjaman pun naik, bila kita nak pinjam, pinjaman
rumah, untuk perniagaan dan kereta naik, kadar faedah nai
Sebab itu penarafan penting pada kita, untuk kesihatan ekonomi kita. Bila ekonomi dah
tegap teguh, kita boleh tambah lagi peruntukan untuk luar bandar sebab orang luar bandar
adalah kekuatan teras parti UMNO dan BN. Saya tak lupa.
Seperti Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebut tadi memang ada sentiasa dalam hati kecil
saya, orang luar bandar. Sebab itu saya terus tambah (peruntukan) tetapi perlu ekonomidikukuhkan. Kurangkan fiskal defisit kita, bila ekonomi kuat, pada masa itu peruntukan
perumahan boleh tambah, peruntukan luar bandar boleh tambah.
Orang kita ini manja, nak jalan dalam kampung, jalan itu nak sampai depan rumah kita,
bukan setakat jalan ke kampung, jalan depan rumeh kita.
ISU BONUS
tak fikir bab-bab lain,
Kalau saya bentang bajet tahunan yang paling dia tunggu...bonus,
Kalau tiada bonus bajet tak baik, itu dia punya calculation mudah.
Tapi kalau sebulan bonus RMS56 bilion, ini dia kena terangkan setengah bulan RM26 bilion,
Jadi ini semua tuntutan pada punca kewangan kita dan kalau kita tak kukuhkan tak mungkin
kita dapat lakukan.
Bila ekonomi kita kukuh kita boleh ber lebih bantuan kepada rakyat pada mesa akan
datang,
Ini dia strategi kita, cakaplah orang kata ini short term aid sikit, bukan sakit sangat tak, sikit
saja, kita jentik sikit saja, tak sakit sangat, sikit saja, tapi kesihatan Insya-Allah kita akan
bertambah lebih sihat, ekonomi negara Malaysia dan Insya-Allah fajar menyinsing tahun
2020 kita akan jadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Inilah harapan kita di bawah
perjuangan UMNO.
* Ketiga: Transformasi UMNO
Seperti Muhyiddin terangkan tadi kita kena buat pindaan kepada cara kita buat kerja dalam
UMNO.
Orang UMNO ini semangatnya kuat. Kadang-kadang semangat dalam dewan ini seronok
saya tengok dia punya gah, hebat tapi bila dia balik ke bahagian, dia balik ke cawangan, apa
cerita dia?
Initah yang kita nak tahu, sebab itu kalau kita nak lakukan perubahan, orang putih kata
business as usual" tak boleh, sebab kita sudah ubah landskap politik negara, sudah
berubah, landskap politik dunia sudah berubah. Sekarang ini kalau kita tak faham the new
environment and the new politics kita akan kecundang, kita tak kebal, parti kongres pun tak
kebal, parti LDP pun tak kebal , parti Golkar pun tak kebal masakan UMNO boleh kebal.
kita tak kebal. Hanya parti yang sanggup berubah ikut tuntutan zaman menjadikannya
relevan, parti itu akan terus memegang tampuk kepimpinan pemerintahan negara.
Kita tahu kita kena ubah cara kita.
KPI ini sudah ada dalam perlembagaan parti cuma kita tidak sedar saja. Saya katakan
demikian sebab bila saya semak perlembagaan parti sudah ada KPI.‘Cawangan mesti mesyuarat dua bulan sekali. Sekali tiap-tiap bulan lama-lama sekali, sekali
lama-lama dua bulan sekali.
Sudah ada dalam perlembagaan kita, jawatankuasa bahagian dua bulan sekali, (Badan)
Perhubungan dua bulan sekali,
Saya boleh beri pengakuan bahawa Majlis Tertinggi tiap-tiap bulan kita mesyuarat. Tetapi
(bagaimana dengan) 21,000 cawangan ini?
Kita sebut nak perkasakan UMNO, kita mesti memperkasakan cawangan. Sebab apa? Di
situlah terletaknya balai tentera kita, di situlah letaknya teras kekuatan kita.
Bila kita tak mesyuarat, siapa nak tengok masalah rakyat? Siapa nak pergi ke masjid dan
surau?
Masjid, surau, siapa keluarkan duit? UMINO keluarkan duit. Siapa control masjid dan surau
sekarang ini? Secara percuma saja, kita buat susah-susah, dia ambil alih tempat itu. Sebab
apa? Sebab kita tidak ambil berat perkara ini, mengimarahkan masjid, surau. Ini mesti
dijadikan sebahagian daripada tanggungjawab parti kita di peringkat akar umbi. Mesti!
Jadi kita akan keluarkan KPI. Kita monitor, bahagian monitor cawangan, Perhubungan
monitor bahagian dan ibu pejabat monitor semua sekali. Kita pantau semua. Kita cuba
betulkan sebelum terlambat. Jangan dekat-dekat pilihan raya ke-14 baru terkial-kial kita nak
betulkan keadaan. Pada masa itu, telah terlambat.
Berapa ramai ahli UMINO yang tak daftar sebagai pengundi? Ramai... Bila dah semput masa
itu barulah kita nak cari Wanita buat kerja.
Patutnya kita buat ini cara tersusun. Inilah parti yang dalam zaman moden. Inilah parti
dalam 21st century.
Parti UMNO mesti menampakkan party of the future bukan party of the past, bukan parti
atas kecemerlangan zaman silam perjuangannya tetapi parti yang berdiri di atas masa depan
yang hebat di bawah parti UMNO kepimpinan kita.
Inilah yang mesti kita lakukan.
Soal pemilihan, saya rasa prinsip pemilihan baik tapi antara syarat bertanding mungkin
terlalu longgar. Kita tak nak terlalu ketat dan terlalu longgar juga, jadi kita bincang perkara
ini, Saya tidak mahu buat keputusan sendiri, MT kena bincang, kita kena minta pendapat
bahagian juga.
Saya fikir jawatan Ketua Bahagian juga terlalu longgar, orang mudah sangat. Kalau dia serius
tak apa tetapi kalau orang kata, maaf cakap... orang putus wayar pun nak lawan, susah juga.
Silap-silap orang putus wayar jadi presiden parti susah juga. Susah...‘Ada juga orang fikir nak cari glamor lawanlah presiden. Presiden pula kena turun bawah
diperkenalkan kepada perwakilan, dah sah malu juga. Di gode-godenya.
Inilah kita tahu 3.4 juta ini, macam-macam manusia ada dalam parti kita ini,
Selain itu, kita perlu lebih banyak ilmuwan dan ulama, agamawan, profesional dan
sebagainya dalam parti. Ini perlu kita lakukan secara terancang.
Sebab itulah bila saya ada kuasa melantik tambahan Majlis Tertinggi, saya lantik dalam
kalangan agamawan, profesional dan sebagainya supaya kepimpinan parti UMINO kita ini
subur lagi dengan pelbagai golongan, di peringkat bahagian pun saya minta perkara ini
dilakukan,
Bila saya semak sudah terlambat sebab semua dah lantik. Hampir semua sudah dilantik
mengikut chai masing-masing, mereka gunakan chai yang sedia ada.
Saya tahu... mesti ikut chai sebab orang putih kata pay back time, mesti lantik.
Jadi kalau lapan tambahan itu, dua tiga lagi bolehlah lantik orang agama ke orang
profesional supaya kepimpinan kita di semua peringkat menjadi lebih teguh dan lebih
berkesan.
NELSON MANDELA
UMNO membuat pendirian kita hantar mesej takziah kepada parti ANC dan penghargaan
kita atas perjuangan seorang tokoh keamanan yang tiada tolok bandingnya.
Kita hantar atas nama UMNO sebab UMNO berjuang dalam prinsip yang sama.
Saya nak bawa satu cerita yang saya dengar ketika saya Menteri Pertahanan.
Rakan sejawat saya, (Masiou) Lekota namanya, Lekota ini masuk penjara dengan Mandela
selama 17 tahun, Mandela masuk penjara 27 tahun.
Dia beritahu saya di (penjara) Robben Island bila musim sejuk, suhu terlalu sejuk. Bila terlalu
sejuk, dia buat dua bulatan, satu bulatan di luar orang lama, satu bulatan di dalam orang
muda.
Saya tanya dia kenapa? Sepatutnya orang muda di luar orang tua di dalam. Dia beritahu
saya kalau orang muda hidup perjuangan masth boleh diteruskan lagi. ini bila orang
berjuang atas semangat menentang aparteid dan sebagainya.
(Orang perjuangan tidak fikir kedudukan, dia tak fikir habuan, dia fikir hendak kebebasan dan
dia tahu perjuangan ini akan makan masa yang agak panjang sebab itulah orang lama
sanggup berkorban untuk orang muda kerana bila orang muda dapat hidup, perjuangan
masih dapat diteruskan.Jadi kalau saya minta yang lama itu bagilah jalan sedikit, bolehkah? Bukan saya kata kita
tolak semua tapi ada ketika kita mesti sediakan pelapis kepimpinan dalam parti dan negara
kita.
Tanggungjawab kita itu, kewajipan kita. Kita nak serah negara kepada siapa? Kita mesti
serahkan negara kita kepada pemimpin, pemimpin yang sudah pun kukuh dengan nilai
perjuangan UMNO yang sejati. Sebab itu kita nak buat pengkaderan dalam parti kita.
Sediakan lebih banyak lagi pelapis -pelapis kita dan kita tidak apalah.
Sampai masanya mereka akan tampil ke hadapan. Tetapi yang penting, perjuangan kita
‘tetap dapat kita teruskan dengan jaya.
Saya harap semangat seperti ini kita tanam dalam parti kita di semua peringkat. Insya-Allah
parti kita akan berjaya.
Tentang pindaan-pindaan yang lain saya serahkan pada Muhyiddin sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan dan saya amat menghargai kenyataan yang dibuat oleh
Muhyiddin tadi untuk sentiasa menyokong bersama-sama dengan saya, memimpin parti kit
kerana inilah sahaje yang ada untuk orang Melayu, Jagalah UMNO, tanpa UMNO, di mana
‘orang Melayu nak menaruh harapan.
Sebagai Presiden UMNO, sebelum mengakhiri ucapan saya ingin berpesan-pesan memberi
pedoman.
Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
‘Ada yang luka ada yang parah,
‘Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
‘Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri.
Kalau UMNO dah tertewas dan mati, kalau UMNO sudah tidak bersenandung lagakhirnya
tersungkur menyembah bumi, segalanya sudah tidak bermakna, semuanya sudah tidak
bererti.
Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah, jika ada pun bakti yang telah disemai,
usahlah sedikit pun berasa kesal, sekali pun ia tidak terpandang di dunia sementara ini.
10Pesan orang cerdik zaman bahari, tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantal, supaya hilang
tersapu ombak, kerana budi kita yang baik, pastinya dikenang kelak.
Sayugialah, dalam gemblengan dan ikhtiar transformasi Melayu dan tanah air yang belum
sudah ini, jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat bahawa kitalah pahlawan-
pahlawan UMNO yang sedang berjuang.
Ya, memang UMNO tidak sempurna.
Ya, memang UMINO tidak lengkap.
Kendati itu, tabahkaniah nurani dan berlapang-lapanglah dada bahawa perjuangan UMNO
secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna.
Pokoknya, janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita, janganlah Melayu memfitnah
sesama bangsa, janganlah Melayu memusneh sesama sendiri.
Bersabarlah dalam menerima cubaan, teguhkanlah iman di dada, perjuangan ini adalah
untuk kita terus hidup, pengorbanan yang dibuat adalah untuk melihat UMNO terus mekar
dan mengharum demi anak cucu.
Janganlah ditangguh-tangguh, usahiah berbasa-basi, janganlah berdolak-dalih lagi
menggalas perjuangan mulia ini.
‘Sesungguhnya, Allah tuhan yang mentadbirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik dan
slapa yang Dia kehendaki untuk turun.
Kita merancang, Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.
Ketahuilah Allah itu tidak tidur, Allah itu tuhan yang nampak segala,
UMINO sedang berbuat sehabis baiknya, redalah atas perjuangan ini, berserahlah segala
kepada-Nya, semoga negara ini menjadi baldatun toyyibatun warabbun ghafur.
Walau pembangkang terus-terusan bermain api, beraja di mata, beraja di hati, tetapi UMNO
dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata, bersultan di hati
Namun, siapa kata UMNO tidak berani, siapa kata UMNO berdiam diri, UMNO lah yang akan
membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dada, semua tusuken-tusukan
Jahat itu demi membela dan mempertahankan Islam untuk nasib Melayu, bumiputera dan
Malaysia tercinta kita ini.
Oleh sebab itulah, selama ini, biar kita dicerca, biar kita diasak sebegitu rupa, UMNO tidak
sesekali akan putus asa, UMNO tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia ini diganggu-
gugat atau dibinasakan walau sezarah pun kepentingannya.
1Wahai ahli UMNO semuanya, wahai pejuang parti sekalian, bingkas dan bangkitlah UMNO
parti menjunjung watan, UMNO lah parti anak jantan.
Jauh ke tengah si pulau pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Berpisah hayat dari badan,
UMNO dan pertiwi diperbenteng jua.
Hidup Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu.
Hidup UMNO, hidup UMNO, hidup UMNO.
Hidup Malaysia, hidup Malaysia, hidup Malaysia!