Anda di halaman 1dari 1

Sekadar ingin berkongsi.

Sejak kebelakangan ini, kebanjiran pelbagai jenis model Rokok Elektronik/E-Cigarette Vapor (vape) dan
kepelbagaian perisa telah menjadi trend di negara kita.
Harganya bukan murah, untuk satu set sahaja mencecah dua ke tiga ratus ringgit, itu belum termasuk kos untuk
membeli perisa vape yang mencecah puluhan ringgit. Bagi mereka yang ingin memulakan hobi menghisap vape
kos ini amat tinggi.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya vape ini akan dpt menjimatkan kos dan membendung
ketagihan merokok di kalangan perokok tegar. Ada rakan yang mempunyai hobi menghisap vape berkata, vape
adalah amat menjimatkan, bayangkan jika dua botol flavor vape untuk sebulan sekitar RM20, maka ianya
sangat berbaloi. Kebiasaan perokok akan menghabiskan sekotak atau dua kotak rokok dalam sehari, yang mana
rokok putih berjenama dijual RM13.80 sekotak. Bayangkan, untuk sebulan, berapakah jumlah wang yang akan
dibelanjakan?
Untuk rekod, harga siling bagi rokok putih adalah RM7 dan bakal naik kepada RM9 sekotak menjelang tengah
malam ini, dan menjadikan harga rokok minima / rokok tiada jenama kepada RM9. bermakna rokok berjenama
akan menjadi sekitar RM16 lebih kurang.
Dalam hal ini, tentu sekali, menghisap vape menjadi alternatif yang bagus kepada perokok. Namun begitu,
adakah vape ini selamat digunakan? Selamat atau tidak bukanlah menjadi isu yang ingin saya sampaikan disini,
kerana setakat ini masih belum ada keputusan dan kajian secara rasmi dan masih ramai lagi yang
membahaskannya.
Apa yang ingin saya perkatakan di sini, alah tentang penjualan vape secara terbuka dan pakah kesannya
kepada sosio budaya masyarakat Malaysia? Secara umumnya kita ketahui bahawa merokok adalah menjadi
larangan bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun, namun begitu, larangan menjual rokok kepada mereka di
bawah umur ini masih lagi boleh dikatan tidak ketat dan terdapat juga pekedai yang menjual rokok kepada
mereka yang masih di bawah umur. Lebih malang lagi, terdapat juga segelintir peniaga yang menjual rokok
kepada remaja dan juga pelajar yang berpakaian sekolah samada secara terang-terangan atau secar sembunyisembunyi.
Jadi kita sememangnya sedia maklum dan memandang serong kepada pelajar atau remaja bawah 18 tahun
yang menghisap rokok samada dihadapan atau dibelakang kita. Namun begitu, bagaimana pula tanggapan kita
terhadap pelajar sekolah dan remaja bawah umur 18 tahun yang menghisap vape? Setakat hari ini, tidak ada
larangan atau undang-undang yg bersabit tentang penjualan Rokok Elektronik/E-Cigarette Vapor ini kepada
pelajar atau remaja berusia bawah 18 tahun di negara ini. Melainkan ianya pernah diharamkan satu ketika
dahulu kerana dikategorikan sebagai racun.
Namun begitu, beberapa tahun lalu, akhbar ada menyiarkan laporan Isu rokok elektronik diperjelaskan,
penjualan tidak haram tetapi cecair mengandungi nikotin perlu daftar. Perkara ini merupakan titik tolak akan
kebangkitan semula penjualan vape di negara ini. Perkara ini perlu dipandang serius, kerana mentality dan
pandangan kita terhadap gejala merokok sudah mula berubah, pelajar dan remaja bawah umur dengan mudah
membeli dan menghisap vape, ini adalah suatu fenomena yang dan gejala yang sepatutnya kita bendung sedari
awal lagi. Seandainya perkara ini tidak diatasi maka tidak mustahil jika kita akan melihat anak-kita, sepupu, anak
saudara, pelajar atau anak-anak kenalan kita yang menghisap vape dihadapan kita tanpa ada rasa segan silu
kerana tidak ada satu mekanisme atau undang-undang yang menyekat kebebasan mereka dari melakukan
perkara sedemikian.
Sememangnya saya agak terkejut bila melihat di kedai mamak, ada sekumpulan remaja yang berbaju sukan
sekolah dalam lingkungan 15-17 tahun lelaki dan perempuan, dikalangan mereka ada tiga empat orang yang
menghisap vape dan mereka berkongsi serta bertukar perasa tanpa segan silu. Yang lebih mencolok mata
adalah apabila remaja perempuan dalam perkumpulan berkenaan turut mencuba untuk menghisap vape
tersebut. Adakah ini akan menjadi gejala yang akan diangkat menjadi budaya kita kelak? Sebelum ianya menjadi
duri dalam daging sesuatu harus dilakukan agar perkara yang lebih teruk tidak akan berlaku kelak.
P/s: Artikel ini bukan bertujuan untuk menghina penghisap Rokok Elektronik/E-Cigarette Vapor (vape).
#Sekadar_pandangan #buat_renungan #vape #vapor_malaysia #ecigarettes #SMOK_M80 #vapelife #vapor

Anda mungkin juga menyukai