Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh
Masa
Tempat

: 6 Februari 2015
: 11.30 pagi
: Dewan Haji Abbas SMK Batu Muda

PERKARA/
PEMBACA

Ketibaan
Tetamu
Siti hajar

BUTIRAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hajah
Noraizah Bt Shaharudin mantan Penolong Kanan
Kokorikulum dan YDP PIBG Datuk Dr. Muhd Nor
Bin Ali Akhbar dengan diiringi Pn Hajah Faridah
bt Salleh, Pengetua SMK Batu Muda
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Lambaian Kasih
sempena persaraan Pn Hajah Noraizah Bt
Shaharudin
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.
Tetamu kehormat dan para hadirin diminta
berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk

Bacaan Doa
Cikgu
shuhaida

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t


dan salam sejahtera
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh imam muda.....................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)

Ucapan

CATATAN

Alu-aluan
Siti hajar

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada imam
muda .............................................................
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati
DATUK DR. MUHD NOR BIN ALI AKHBAR
YDP PIBG SMK BATU MUDA
Yang Diraikan
PN HAJAH NORAIZAH BT SHAHARUDIN
Mantan Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu
Muda
Yang Berusaha
PUAN HAJAH FARIDAH BT SALLEH
Pengetua SMK Batu Muda
Yang dihormati
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Yang
Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan mantan
Penolong Kanan Kokorikulum yang amat kami
kasihi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang

Pencapaianmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala
bakti dan pencapaian yang dilakukan oleh Yang
Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Penolong Kanan
Kokorikulum Smk Batu Muda

Ucapan
Cikgu
shuhaida

Majlis seterusnya menjemput dan


mempersilakan Yang Dihormati Datuk Dr. Muhd
Nor Bin Ali Akhbar,selaku Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SMK Batu
Muda untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP
MGB
&
PPD

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati


Datuk Dr. Mohd Nor Bin Ali Akhbar atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Siti hajar

Persembahan
Multimedia
Cikgu
shuhaida

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Puan Hajah Faridah Bt Salleh, pengetua SMK
Batu Muda untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah
Faridah Bt Salleh atas ucapan beliau sebentar
tadi.
Para Hadirin yang kami muliakan,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Puan
Hajah Noraizah Bt Shaharudin, mantan Penolong
Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda ..
Sebelum itu izinkan saya mengukir sedikit coretan
kasih buat Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.

Ucapan
Yang diraikan Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan. Puan
pn hajah
Hajah Noraizah Binti Shaharudin Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita
Siti hajar
semua.

Persembahan
Khas
Gurindam
Jiwa
Cikgu
shuhaida

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya, tibalah waktu yang kita nantinantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan
Hajah Noraizah Bt Shaharudin,mantan Penolong
Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
***Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Pn Hajah Noraizah atas
ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

.
Penyampaian
Hadiah &
cenderamata
Siti hajar

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Puan Hajah
Faridah Bt Salleh, Pengetua Smk Batu Muda
diiringi YDP PIBG Datuk Dr Muhd Nor Bin Ali
Akhbar untuk menyampaikan cenderamata kepada
Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


kenang kenangan khusus untuk Puan Hajah
Noraizah Bt Shaharudin,

Cikgu
shuhaida
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Dipertuan PIBG bagi mengiringi
Puan Hajah Faridah, pengetua SMk Batu Muda
atas pemberian cenderamata kepada mantan
Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda kita
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu noraizah.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada
hari ini.

Penutup
Siti hajar

Cikgu
shuhaida

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt
Shaharudin kerana sudi untuk bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Puan Hajah Noraizah bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis Lambaian Kasih ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput tetamu terhormat hadirin dan
hadirat untuk menjamu selera ...
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai