Anda di halaman 1dari 34

AKHLAK REMAJA IDEAL

DISEDIAKAN OLEH:

Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan


Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sesi 2009/2010

Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata, Tidak
Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

1
Isi Kandungan Halaman

1.0 Pendahuluan………………………………………………………………………………………………………………………………..1

1.1 Definisi Akhlak……………….…………………………………………………………………………………………….…..2


1.2 Siapakah Golongan Remaja………………………………….……………………………………………………………4

2.0 Objektif Penulisan……………………………………………………………………………………………………………..………….5

3.0 Ciri-Ciri Remaja yang Berakhlak

3.1 Jujur dan Berterus-Terang…………………………………………………..…………………..……………………….6


3.2 Malu…………………………………………………………………………………………………………….…………………..7
3.3 Sabar…………………………………………………………………………………………………………….……………......7

4.0 Akhlak Remaja Ideal

4.1 Memberi Salam Apabila Bertemu…………………………………………………………………..………………...8


4.2 Menghormati dan Menyayangi……………………………………………………………….……………………...13
4.3 Menjaga Maruah…………………………………………………………………………………………………….………15
4.4 Memberi Teguran yang Membina………………………….………………………………….……………………17
4.5 Bimbingan dan Motivasi………………………………………………………………………………………………….21
4.6 Konsep Berkawan……………………………………………………………………………………………………………23

5.0 Hikmah Remaja Berakhlak

5.1 Matang ……………………………………………………………………………………………………….………………….24


5.2 Taat………………………………………………………………………………………………………………………………..25
5.3 Toleransi…………………………………………………………………………………………………………………………26
5.4 Berdisiplin…………………………………………………………………………………………………….………………..27
5.5 Sabar……………………………………………………………………………………………………………………….……..28
5.6 Istiqamah…………………………………………………………………………………………………………..……………28

6.0 Cadangan……………………………………………………………………………………………………….……………………………29

7.0 Penutup………………………………………………………………………………………………………………………………………30

Bibliografi

2
1.0 Pendahuluan

Pembentukan akhlak yang mulia merupakan satu asas yang utama dalam

melahirkan individu Muslim yang elok budi perketinya. Jati diri seseorang tidak

akan terbentuk tanpa dididik dengan dididikan yang membina itulah

melahirkan seorang manusia. Akhlak, merupakan satu aspek yang penting

bagi menjadikan seseorang itu berguna dan melahirkan kebaikan. Akhlak ini

meliputi semua aspek tingkahlaku kehidupan seharian manusia dan ia tidak

terbatas kepada satu perkara tertentu sahaja. Tidak kira dari segi Ibadah,

Aqidah, Muamalat, Munakahat mahupun sekecil-kecil perbuatan yang

dilakukan. Akhlak yang wujud pada diri perlu diiringi bersama apabila

melakukan sesuatu pekerjaan.

Kerja kursus ini, membincangkan satu bentuk akhlak yang tidak banyak

dipertengahkan dalam mana-mana penulisan ilmiah dan insyaAllah kerja

kursus ini akan menengahkan penulisan ini menjadi satu bentuk pembacaan

umum yang boleh dilihat menjadi satu kaedah untuk mengenali dan

mendekati kehidupan alam remaja. Tajuk yang akan ditengahkan ialah

“Akhlak Terhadap Remaja”. Golongan remaja merupakan golongan yang

paling tinggi peratusnya diperingkat struktur masyarakat. Kebiasaanya

golongan ini berada di alam persekolahan jika dilihat kepada konteks negara

Malaysia.

Pendekatan yang dibawa melalui penulisan ini berbentuk kepada

tindakan orang yang lebih dewasa dari mereka. Contohnya Ibu bapa, pendidik

3
dan orang tua. Di samping itu juga, penulisan ini mengeluarkan dalil-dalil yang

berkaitan dengan topik-topik dibincangkan bagi mengukuhkan lagi hujah yang

diberi.

1.1 Definisi Akhlak

Akhlak berasal dari perkataan Arab iaitu jamak bagi khuluqun (ٌ‫ ٌ ) ُخلٌ ٌق‬yang

bererti budi pekerti, kelakuan, tabiat , pengetahuan bukan kelakuan ( tingkah

laku manusia ).1 Akhlak juga membawa pengertian sebagai perangai (‫)السخصية‬,

tabiat ( ‫) الطبيعية‬, Maruah ( ‫ )المروءة‬dan agama (‫)الدين‬.2 Manakala mengikut kamus

lisan al-Arabi, akhlak bermaksud tingkah laku seseorang yang telah menjadi

tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin

seseorang.

Akhlak dari segi bahasa membawa erti sebagai moral, tabiat, perangai,

budi, adab sopan, sifat semula jadi, tingkah laku, maruah, watak, amalan

agama dan tatasusila.3

Akhlak dari segi istilah pula dapat dibahagikan kepada dua sudut iaitu

batiniah dan suluq azzahariah. Batiniah iaitu suatu bentuk keilmuwan yang

membahaskan masalah-masalah yang timbul dalam diri seseorang manusia

khasnya yang berkaitan dengan kejiwaan. Manakala yang kedua pula ialah

1
Hajah Noresah Bt Baharom ( 2005 ). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2
Muhammad Fuad Abdul Baqi ( 1967 ). Mu’jam Al-Mufharas Al-Alfaz, Al-Mukhit. London:
Percetakan Akhbar Braille.
3
Mashitah Binti Taharin ( 2005 ). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Ampang: Dawana
Sdn.Bhd

4
suluq azzahariah iaitu suatu bentuk jalan atau kaedah untuk memperlihatkan

sesuatu yang dapat dilihat. Mengenali seseorang dengan tingkahlakunya cara

rambang atau secara kasar melalui percakapannya, tingkahlaku dan perangai

yang boleh dijadikan ukuran untuk seseorang mengenalinya.4

Akhlak juga membawa erti tingkah laku dan tabiat yang menjadi amalan

setiap manusia dalam kehidupannya. Akhlak dikaitkan dengan akhlak yang

baik dan tercela. Setiap Muslim mesti berusaha memiliki akhlak yang mulia

sesuai dengan perutusan Rasulullah s.a.w yang membawa contoh akhlak

yang mulia kepada manusia sejagat.5

Manakala menurut ahli falsafah Islam seperti Imam Al-Ghazali juga

mengatakan bahawa ini merupakan suatu sifat yang tertanam dalam jiwa

seseorang yang mana jiwa itulah yang akan menimbulkan perbuatan-

perbuatan dengan mudah tanpa melakukan pertimbangan fikiran.6

Kesimpulannya, akhlak dapat dibentuk dengan jiwa dan usaha diri

sendiri, dan ia akan terbentuk melalui dua cabang. Sama ada akhlak baik atau

buruk. Secara ringkasnya akhlak merupakan perbuatan yang mengarah

kepada melakukan kejahatan atau kebaikan dalam meneruskan kehidupan.

4
Ghazali Darusalam ( 2003 ). Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.Seri Kembangan: Utusan
Punlications & Distributions Sdn. Bhd. Hal.1.
5
Muhammad Firdaus Nurul Huda dan Muhd Ramzi Omar ( 2008). Ensiklopedia Asas Fardhu
Ain. Batu Caves: Crescent News ( KL ) Sdn.Bhd. hal. 15
6
Mohd Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kauseling Islam. . Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hal. 14

5
1.2 Siapakah Golongan Remaja

Remaja bermaksud pra-dewasa,akil baligh, muda, belia, mentah, hijau, dan

cukup umur.7 Dalam menentukan had umur sebagai remaja, terdapat

perbezaan pendapat di kalangan ahli sains sosial. Biasanya, remaja adalah

mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya,

golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun.8

Dari sudut Islam pula, kanak-kanak yang dapat membezakan perkara

baik dan buruk dikenali kanak-kanak yang mumayiz. Iaitu berumur tujuh

tahun. Pada ketika ini, ibu bapa penjaganya patut melatih anak mengerjakan

ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh mereka wajib

melaksanakan semua kewajipan agama dan menjauhkan larangannya.

Manakala menurut Imam As-Syafie, umur baligh bagi kanak-kanak

lelaki adalah apabila mereka sudah bermimpi dan mengeluarkan air mani

ketika berumur antara dua belas hingga lima belas tahun, manakala bagi

kanak-kanak perempuan pula ialah apabila keluarnya haid ketika berumur

antara sembilan hingga lima belas tahun. Walaupun demikian, Imam Syafie

mengatakan bahawa balighnya seseorang adalah bergantung kepada

suasana persekitaran kehidupan mereka,9 sebagaimana dia pernah

mengatakan bahawa:

7
Mashitah Binti Taharin ( 2005 ). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Ampang: Dawana Sdn.Bhd
8
Mohd Ismail Mustari ( 2005 ). Menjadi Belia Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. Hal.3
9
Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha ‘Ali al-Syarbaji ( 2009). Manhaj Fiqh al-Syafi’i. Negeri
Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan. Hal. 174.

6
“Aku melihat kanak-kanak perempuan Yaman kebanyakan mereka baligh

pada umur Sembilan tahun”.

Menurut tokoh barat pula, seperti G. Stanley Haal. Remaja merupakan

tahap umur perkembangan fizikal manusia yang ketika itu dikenali sebagai

tahap ‘ribut dan tekanan’, kesan daripada faktor biologi dan psikologi yang

berubah. Beliau mendapati bahawa remaja rasa kecewa, emosinya tidak stabil

dan tidak dapat menyesuaikan emosinya.

2.0 Objektif Penulisan

Bagi memudahkan pembaca mengenalpasti tujuan penulisan ini dikaji. Penulis

telah menyatakan beberapa tujuan ianya ditulis, antaranya ialah untuk

memudahkan pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seorang remaja yang

berakhlak walaupun ianya tidak terdedah dengan tingkahlaku zahirnya.

Di samping itu, pembaca juga dapat mengaplikasikan tingkahlaku yang

perlu dilakukan apabila berhadapan dengan remaja. Juga perlu diingatkan

situasi remaja adalah berbeza, bukan semua remaja bersifat satu akhlak yang

statik, akan tetapi ianya sangat berbeza antara satu sama lain.

Seterusnya pembaca juga dapat mengenalpasti masalah-masalah yang

terjadi dikalangan remaja pada akhir-akhir ini seperti masalah perhubungan,

kebendaan, kemasyarakatan dan individu itu sendiri.

7
Di samping itu juga, pembaca akan menganalisa hikmah-hikmah yang

terjadi apabila seseorang individu itu berakhlak dengan seseorang individu

yang lain. Malah ianya juga dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca

terhadap pembacaannya ini.

3.0 Ciri-Ciri Remaja yang Berakhlak.

Dalam menentukan sesuatu perkara dengan tepat dan saksama, bentuk-

bentuk sesuatu tersebut akan jelas kelihatan dan tampak tanpa diduga.

Sebagaimana mereka yang mempunyai nilai akhlak, ciri-ciri yang terzahir

akan jelas kelihatan. Antara yang dapat dilihat adalah mereka yang:

3.1 Jujur dan Berterus-Terang

Ciri ini merupakan sikap yang perlu ada pada diri seorang remaja yang

berakhlak, ini kerana dengan adanya sifat sedemikian akan lahirlah insan

yang mulia. Mereka yang sentiasa menjaga diri dari kehancuran dan

kemusnahan disebabkan oleh sikap suka berdusta, Berterus terang kepada

sesiapa sahaja walaupun anda melihat dengan sikap jujur ini akan membawa

kepada kehancuran dan ianya lebih baik dari berdusta ini kerana lambat laun

akan diketahui juga akan halnya yang sebenar.10

10
Muhammad Firdaus Nurul Huda dan Muhd Ramzi Omar ( 2008). Ensiklopedia Asas Fardhu
Ain. Batu Caves: Crescent News ( KL ) Sdn.Bhd. hal. 15

8
3.2 Malu

Malu merupakan sifat atau perasaan yang boleh menimbulkan perasaan

keengganan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik atau rendah

martabatnya. Pada dasarnya malu dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

malu terhadap Allah S.W.T, malu terhadap diri sendiri dan malu terhadap

orang lain. Mereka yang mempunyai sifat malu kepada Allah tidak akan

mengerjakan perbuatan yang dilarang oleh-Nya serta mengikut perintah-Nya.

Di samping itu juga mereka akan merasakan perbuatan itu jijik walaupun

orang lain tidak mengetahuinya. Malu merupakan sebahagian daripada iman,

oleh itu malu dan iman seiring bersama. Jika antara satunya hilang,maka

kedua-duanya turut hilang.

3.3 Sabar

Sabar adalah sebahagian daripada iman,ianya merupakan ibadat hati yang

bererti menahan nafsu dari pengaruh hal-hal yang selalu menghiasi dunia.

Sikap terpuji ini patut dimiliki untuk meningkatkan darjat manusia sebagai

khalifah Allah di muka bumi.11 Sifat sabar adalah sifat yang berguna untuk

mengawal emosi dari perbuatan tercela. Sabar merupakan benteng yang

kukuh dalam menghadapi cubaan yang diberikan Allah S.W.T. Tetapi sabar

bukan bererti menyerah begitu saja pada keadaan yang ada. Tetapi tetap

11
Yunus Hanis Syam. 2009. Sabar dan Syukur bikin Hidup Lebih Bahagia. PT. Buku Kita.
Jakarta. Hal.19

9
berusaha keras untuk mengatasi segala hal yang merintangi apa yang kita

harapkan.12

4.0 Akhlak Remaja Idea.

Bagi melahirkan remaja Islam yang berakhlak, wajib keatas mereka dididik

dengan akhlak yang sempurna dari suasana persekitaran mereka seperti

Ibubapa, keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga,teman-teman dan masyarakat

amnya. Dengan persekitaran tersebutlah akan melahirkan remaja yang baik

atau sebaliknya.Oleh itu, disini ada beberapa akhlak yang perlu dijadikan

ukuran apabila berhadapan dengan mereka, antaranya ialah:

4.1 Memberi Salam Apabila Bertemu

Berdasarkan kepada Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim:

‫ أَ َو الَ أَ ُدلُّ ُك ْم َعلَى‬،‫ َوالَ ُت ْؤ ِم ُن ْوا َح َّتى َت َحا ُّب ْوا‬،‫الَ َتدْ ُخلُوا ا ْل َج َّن َة َح َّتى ُت ْؤ ِم ُن ْوا‬
‫سالَ َم َب ْي َن ُك ْم‬ ُ ‫ أَ ْف‬،‫ش ْي ٍء إِ َذا َف َع ْل ُت ُم ْوهُ َت َحا َب ْب ُت ْم‬
َّ ‫شوا ال‬ َ

Maksudnya: Kamu tidak akan masuk ke Syurga hingga kamu beriman


dan tidak akan beriman secara sempurna hingga kamu saling mencintai.
Mahukah kamu kutunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan akan saling
mencintai? Biasakan mengucapkan salam di antara kamu {apabila
bertemu.13

12
Muhammad Firdaus Nurul Huda dan Muhd Ramzi Omar ( 2008). Ensiklopedia Asas Fardhu
Ain. Batu Caves: Crescent News ( KL ) Sdn.Bhd. hal. 15
13
Hadith Riwayat Muslim/ Kitab al-Iman/ Bab Menerangkan Tidak Masuk Syurga kecuali
Orang yang beriman.

10
( Riwayat Muslim )

Secara umumnya kalimah “Salam” menjerumus kepada salah satu daripada

nama-nama Allah iaitu “As-Salam”. Pada dasarnya “Salam” bererti selamat,

manakala secara spesifiknya memberi salam ialah mengucapkan selamat

dengan padanya menggunakan lafaz “ Assalamu’alaikum” disamping

penerima salam dikehendaki menjawab sekurang-kurangnya sekadar “

Wa’alaikummussalam ” dan perlu disedari juga bahawa mengucapkan “

Assalamu’alaikum” dalam Islam adalah sebahagian dari ibadah kepada Allah

Subhanahu wata’ala yang mana padanya merupakan adalah satu doa.

Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti pati ibadah dan diberikan pahala

bagi sesiapa yang mengucapkannya.

Berdasarkan kepada hadith ini ianya menjelaskan kepada umat Islam

betapa pentingnya mengucapkan salam atau doa selamat apabila bertemu

sesama Muslim yang lain. Memberi salam kepada Muslim yang lain adalah

sunat. Rasulullah s.a.w mengajurkan kepada umatnya agar memberi salam

tidak kira batasan umur sama ada kanak-kanak, remaja mahupun orang yang

berusia. Ini kerana jika dilihat dari segi psikologinya, memberi salam akan

menyebabkan seseorang itu menurun tahapnya dari seorang yang merasakan

dirinya lebih tinggi dan hebat kepada kesedaran perlunya merendah diri dan

sebagainya.

Jelaslah dengan mengucapkan salam kepada seseorang Muslim yang

lain akan melahirkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan Islam.

11
Disamping itu juga ianya adalah permulaan yang baik bagi menyatupadukan

hati umat Islam keseluruhannya.14

Rasulullah S.A.W juga menyarankan kepada umatnya supaya mereka

yang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki

dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk,

orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada

yang lebih tua. Hal ini berdasarkan kepada hadith Nabi S.A.W.

‫ ليسلم‬: ‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن أبي هريره رضي هللا عنه قال‬
: ‫ وفي رواية‬, ‫ والقليل على الكثير‬, ‫ والمار على القاعد‬, ‫الصغير على الكبير‬
.‫متفق عليه‬. ‫والراكب على الماشي‬

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW


bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang
tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang
lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan
(berkenderaan) kepada yang berjalan.”15

( Sahih Bukhari )

Berdasarkan kepada maksud hadith diatas jelaslah bahawa kehidupan

Muslim pada hari ini, sangat berbeza dengan apa yang disarankan oleh

Rasulullah S.A.W. Bukan untuk memburukkan imej Islam semata-mata akan

14
Zulkifly Muda (2009). Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial. Batu Caves: PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.Hal. 103
15
Sahih al-Bukhari. Kitab Tentang Memohon Izin. No Hadith 2057 ( Bab 1 Kelompok orang
dengan jumlah kecil harus lebih dahulu mengucapkan salam kepada kelompok orang yang
berjumlah besar )

12
tetapi realitinya memang begitu. Hal ini dilihat dengan kehidupan masa kini,

contohnya mereka yang berkenderaan sepatutnya menegur pada mereka

yang berjalan, kalau ada ruang dalam kenderaan dijemput untuk menaikinya,

jika ianya tidak keberatan. Akan tetapi realitinya amat berbeza, manakah

bertegur sapa, makin laju kenderaan di bawa adalah.

Berdasarkan kepada potongan hadith “ ‫ “ ليسلم الصغير على الكبير‬maksudnya

“ Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua”. Sudah

sedia maklum bahawa menghormati orang tua adalah suatu perkara yang

dituntut walaupun ianya berbeza agama. Hal ini tidak salah dan tidak dilarang

jika kaum tua menghormati kaum muda,

Berhubung dengan memberi salam, orang tua tidak dilarang untuk

memberi salam kepada kaum muda walaupun nampak bertentangan dengan

apa yang dituntut. Ini kerana dengan memberi salam akan lahir rasa kasih

sayang diantara mereka walaupun tidak dikenali dan perbezaan umur.

Melihat kepada perhubungan sosial pada akhir-akhir ini terutamanya di

kalangan remaja amatlah menyedihkan, mereka mudah terpengaruh dengan

amalan barat yang boleh dikatakan tidak mempunyai nilai-nilai yang murni

seperti dalam hal interaksi contohnya menggunakan perkataan “ What’s up

what’s up Bro”,” Hai “,” Hello” apabila bertemu di kalangan mereka. Ia tidak

membawa kepada satu bentuk doa sekalipun,bahkan bertentangan dengan

saranan Rasulullah S.A.W. Malah ada juga di kalangan mereka bertemu

dengan menyapa dengan menggunakan nama-nama yang tidak elok

13
didengari, seperti mengejek, menyumpah dan merendah-rendahkannya. Ini

sangat dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana Firmannya:

ِ ‫بِ ۡٱۡلَ ۡل َق ٰـ‬


ۖ‫ب‬ َ ُ‫َو َال َت ۡل ِم ُز ٓو ْا أَنف‬
‫س ُكمۡ َو َال َت َنا َب ُزو ْا‬

Maksudnya: Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban


setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.16

Sebagai seorang pendidik atau orang yang lebih tua dari kalangan

mereka, asas pendidikan akhlak itu sebenarnya bermula daripada rumah

iaitu dari ibu bapa mereka sendiri, sebagaimana hadith yang diriwayatkan

oleh Muslim:

‫عن أبي هريرة أنه كان يقول قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ما من مولود‬
‫إال يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه كان تنتج البهيمة‬
‫بهيمة جمعاء هل تحسون فيها من جدعاء ثم يقول أبو هريره واقرءوا إن شئتم‬
‫فطرة هللا التي فطر الناس عليها ال تبديل لخلق هللا اآلية‬

Maksudnya: Diriwayatkan dari Abu Hurairah Bahawa Rasulullah S.A.W


Bersabda“Tidak ada seoarang anak pun kecuali ia dilahirkan dalam
keadaan fitrah ( suci dan bersih ). Ibu bapalah yang mencorakkan mereka

16
Surah al-Hujraat:49: 11, Maksud penuh ayat 11 Surah al-Hujraat: Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan
puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman
dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang yang zalim.

14
menjadi yahudi, nasrani ataupun Majusi, sebagaimana binatang akan
membentuk anak yang cacat. Apakah kau merasakan adanya cacat
tersebut ( hingga kau sendiri yang telah membentuknya)”.17

( Sahih Muslim )

Ibu bapa sepatutnya memberi pendidikan yang sepatutnya kepada

anak-anak mereka agar gejala yang merosakkan kehidupan anak-anak

mereka dapat dihindari. Mereka juga perlu mendidik anak-anak mereka agar

meringan-ringankan ucapan salam apabila bertemu dengan sesama Muslim.

Tidak hanya kepada guru, ibu bapa, apabila masuk rumah dan ucapan

selamat tinggal sahaja, malah dalam semua aspek dimulai dengan salam.

4.2 Menghormati dan Menyayangi

Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas r.a

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

‫ال يؤمن أحدكم حتى يحب ۡلخيه ما يحب لنفسه‬

Maksudnya: “ Tidak Sempurna iman seorang kamu sehingga dia


mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. 18

( Riwayat Bukhari )

17
Sahih Muslim. Kitab al-Qadar. No hadith (22) 2658. Bab Pengertian setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah.
18
Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, Bab 6( Menyayangi sesama Muslim seperti halnya
menyayangi dirinya sendiri )

15
Berdasarkan maksud hadith diatas dapatlah difahami bahawa

Rasulullah S.A.W menyarankan kepada umatnya agar sentiasa berkasih

sayang diantara seorang muslim dengan muslim yang lain. Dengan berkasih

sayanglah akan wujud keamanan dan kesejahteraan hidup, malah Allah

merahmati mereka yang mempunyai perasaan kasih sayang terhadap

makhluknya. Berkasih sayang yang dimaksudkan disini ialah mencintai

sesuatu perkara, sebagaimana ianya mencintai sesuatu perkara. Jika ianya

pahit maka pahitlah ia, jika ianya manis maka manislah ia.

Pada dasarnya, golongan remaja boleh disifatkan dengan mereka yang

hidup penuh dengan liku-liku pancaroba yang tidak mampu mengendalikan

hidupnya dengan baik dan berisiko terkandas dan tercicir dalam perjalanan

hidup. Pada zaman remaja juga adakalanya dikenali sebagai zaman ikut-

ikutan di mana pada tahap tersebut remaja sangat suka meniru orang lain dan

begitu terpengaruh dengan desakan rakan sebaya. Jika tidak dikawal dari

awal, maka kehidupan remaja tersebut akan terumbang-ambing.

Oleh itu, asuhan dari ibu bapa amat penting dalam mengawal tingkah

laku anak-anak mereka terutama dalam hal yang berkaitan dengan

perhubungan sosial. Pendidikan yang bersifat konvensional amat bermakna

bagi golongan remaja di alam bermasyarakat, yang mana sikap mereka akan

terpengaruh dengan didikan oleh kedua ibu bapa mereka.19

19
Zulaehah Hidayati. 2010. Anak Saya Tidak Nakal, Kok.PT. Benteng Pustaka. Yogyakarta.
Hal. 21

16
Akhir-akhir ini, golongan remaja memang memerlukan kawalan yang

ketat daripada kedua ibubapa mereka serta diberi kasih sayang daripada

kedua ibubapa mereka. Hal ini dapat dilihat bahawa ramai golongan remaja

mudah terjebak dengan konflik seperti lari dari rumah, mencuri, melepak,

membunuh, vandelisme dan sebagainya. Masalah ini berpunca daripada sikap

kedua ibu bapa mereka yang lalai dengan kehidupan masing-masing serta

sibuk mengejar duniawi semata-mata tanpa memikirkan masalah keluarga

sendiri.

Disarankan kepada umat Islam agar sentiasa mendoakan saudara

Muslim yang lain agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera dan

dirahmati oleh Allah S.W.T, sebagaimana doa Nabi Musa terhadap

saudaranya:

Firman Allah S.W.T:

َ َ‫ٱغف ِۡر لِى َو ِۡلَخِى َوأَ ۡدخ ِۡل َنا فِى َر ۡح َمتِ َك َوأ‬
َّ ‫نَ أَ ۡر َح ُم‬
ِ ‫ٱلرح‬
‫حمِين‬ ۡ ‫َقال َ َر ِّب‬

Maksudnya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku,


ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke
dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari
segala yang lain mengasihani.20

( Surah al-Araf: 151)

20
Surah al-Araf: 7: 151

17
4.3 Menjaga Maruah

Firman Allah S.W.T:

‫َي ٰـٓأ َ ُّي َہا ٱلَّذِينَ َءا َم ُنو ْا َال َي ۡس َخ ۡر َق ۡو ٌ۬م ِّمن َق ۡو ٍم‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak


(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang
lain.21

( Surah al-Hujraat: 11 )

Secara praktikalnya sifat menjaga maruah adalah sangat penting dalam

menjalinkan hubungan baik dan dapat mengekalkan keharmonian sosial.

Menjaga maruah bermakna menjaga hati orang lain dengan tidak

mengaibkannya. Ia berkaitan dengan rasa malu yang membawa kepada

kehilangan maruah diri. Bagi menggalakkan keharmonian dan menunjukkan

penghormatan biasanya seseorang individu akan mengawal tingkah lakunya

bagi mengekalkan hubungan antara orang ramai.

Menjaga maruah bermaksud menyembunyikan ataupun ‘melapik’

sedikit apa yang sebenarnya dirasakan boleh menyebabkan orang kurang

selesa ataupun menjauhkan diri. Keupayaan untuk tidak menyatakan perkara

yang tidak menyenangkan secara tidak langsung adalah sifat yang dihargai

oleh seseorang individu.

21
Surah al-Hujraat 49: 11

18
Ini menunjukkan kehalusan budaya Islam yang sentiasa menjaga

maruah orang lain bukannya bersifat bodoh dan tidak beradab. Kebiasaanya

orang yang prihatin terhadap usaha menjaga maruah orang lain akan bersifat

mengelak daripada memberikan jawapan negatif kepada orang lain supaya

dia tidak berasa susah hati dan tidak menyampaikan maklum balas negatif

dan memalukan orang itu.22 Hal ini diibaratkan seperti pepatah Melayu

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”

yang membawa maksud seseorang individu dengan individu yang lain adalah

sama tarafnya, dan padanya dapat mengekalkan perpaduan dalam sebuah

komuniti.

Individu yang lebih matang dari golongan remaja, amat penting agar

untuk menjaga maruah diri mereka tambah-tambah lagi apabila berlaku

interaksi sosial. Kebiasaanya orang dewasa memiliki kekuatan dalam

sebarang percakapan dikhalayak ramai yang mana percakapannya itu akan

didengari dan diberi perhatian oleh orang mendengarnya. Walaupun sedia

maklum, apabila bertutur dihadapan golongan remaja dalam jumlah yang

sedikit mahupun banyak, kata-kata yang keluar daripada mulut harus dijaga,

seperti tidak merendah-rendahkan martabat mereka atau seseorang individu

tersebut.

Bukan hanya dari segi percakapan sahaja, malah pergaulan dan

pakaian juga harus dijaga apabila bertemu dengan mereka. Ini kerana mereka

22
Asma Abdullah. 2009. Ke Arah Glokal: Dimensi Budaya Dalam Pengurusan
Malaysia.Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. Hal. 28.

19
akan menilai keperibadian kita apabila berhadapan dengan mereka sama ada

baik ataupun buruk. Pergaulan golongan remaja dengan golongan dewasa

amat berbeza situasinya ,sama ada dari segi bentuk pemikiran, pendapat dan

isu yang dikeluarkan. Walaupun demikian, kita harus memahami situasi

mereka dan jangan memaksa mereka untuk memahami situasi orang dewasa

dan jangan pula mengaibkan atau mencemuh mereka jika mereka tidak peduli

dengan isu yang dibincangkan.

4.4 Memberi Teguran yang Membina

Berdasarkan kepada Hadith Nabi yang diriwayat oleh Imam Al-Bukhari,

Mafhumnya:

‫ الدين‬:‫عن أبي رقبة تميم بن أويس الداري رضى هللا عنه أن النبي ( ص) قال‬
.‫ هلل ولكتابه ولرسوله وۡلئمة المسلمين وعامتهم‬: ‫ لمن ؟ قال‬:‫ قلنا‬, ‫النصيحة‬

Maksudnya: Daripada Abu Ru’yah Tamim bin Uwais al-Dari r.a


Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Agama itu Nasihat, Kami Bertanya:
Kepada Siapa? Baginda Menjawab: Kepada Allah, Kitabnya, Rasulnya
dan Pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dan orang yang mereka
dipimpin.23

( Sahih Bukhari )

Mengikut makna Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang

dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga

23
Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, Bab 42 Agama itu Nasihat

20
membawa makna yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang

terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Merujuk kepada maksud hadith diatas betapa pentingnya nasihat

menasihati di dalam perkara yang berkaitan dengan kebaikan. Nasihat juga

digambarkan besarnya seperti sebuah agama Islam, yang mana menunjukkan

bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Walaupun demikian, dalam membicarakan berkaitan dengan nasihat

menasihati ini. Seseorang yang ingin memberi nasihat harus mengikut adab-

adab bernasihat seperti melurus niat sebelum menasihati agar tidak ada yang

terasa hati, menjaga ukhuwah semasa menasihati, bersih hati semasa

menasihati, memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara dan

memberi waktu dan kesempatan kepada mereka yang dinasihati agar berubah

dari buruk kepada yang baik.

Akhir-akhir ini remaja sangat mudah mengikut dan meniru gaya atau

trend yang boleh menjatuhkan maruah diri mereka, seperti aspek pergaulan,

pakaian dan kehidupan seharian mereka, memang terpesong dengan apa

yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W. Oleh itu mereka harus diubah dan dididik

agar mengikut tuntutan yang disyariatkan.

Nasihat adalah antara cabang yang boleh digunapakai bagi

membimbing mereka kembali ke pangkal jalan, tapi harus diingatkan bahawa

orang yang ingin memberi nasihat perlu pandai memilih masa yang sesuai

untuk menasihati, kadang-kadang mungkin orang yang diberi nasihat tersebut

21
tidak bersedia untuk menerima nasihat ketika itu. Mungkin juga ketika itu

mereka dalam keadaan sedih, marah, kehilangan sesuatu yang diharapkan

atau hal lain yang membuatnya menolak nasihat dari nashih.24

Walaupun demikian, nashih perlu menjaga batas-batas apabila

memberi nasihat kepada mereka yang akan diberi nasihat, antaranya ialah

nasihat itu perlu dilakukan secara rahsia atau tersembunyi oleh mana-mana

individu yang lain agar tidak memalukan individu tersebut di khalayak ramai.

Dan perlu diingatkan juga tujuan sebenar orang yang ingin memberi nasihat

adalah untuk kebaikan, meluruskan perjalanan dan menyempurnakan

kekurangan.

Hal demikian itu juga, mereka yang menerima sesuatu hal dari

seseorang individu perlu tahu bahawa suruhan tersebut itu berbentuk

bagaimana? Adakah ianya berbentuk nasihat mahupun maksiat? Hal ini

berdasarkan kepada hadith Nabi S.A.W. sabdanya:

‫رء‬ ُ
ِ ‫والطاعة على ال َم‬ ‫ السم ُع‬: ‫عن ابن عمر رضى هللا عنهما عن النبي قال‬
‫سمع وال‬
َ ‫ فإذا أمر بمعصي ٍة فال‬, ‫المسلم فيما أَ َّح َب أو كره ما لم ُيؤ َمر بمعصي ِة‬
ِ
‫طاعة‬

Maksudnya: Mendengar dan taat kepada perintah adalah wajib keatas


setiap Muslim sama ada dalam perkara yang disukai atau yang dibenci,

24
Hajah Noresah Bt Baharom ( 2005 ). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Nashih: Pemberi Nasihat, Pemberi Nasihat bermaksud orang yang
memberi nasihat atau tunjuk ajar.

22
selagi dia tidak disuruh berbuat maksiat. Apabila disuruh melakukan
maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati.25

( Sahih Bukhari )

Suruhan yang berbentuk maksiat, maka wajib bagi seseorang Muslim

agar meninggalkannya walaupun ianya disuruh oleh kedua ibubapa mereka.

Ini kerana melakukan maksiat adalah sesuatu perbuatan yang jijik lagi buruk.

Melihat situasi sekarang, ada segelintir golongan remaja memang

mudah terjebak dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab

menggunakan khidmat mereka, seperti menjual barang-barang yang dilarang

oleh pihak berkuasa, melakukan perbuatan yang tidak senonoh seperti

vandelisme, gangster, menjual dadah, mencuri, meropak, samun dan

sebagainya.

Mereka ini tidak memikirkan implikasi akan terjadi pada mereka masa

akan datang, akan tetapi habuan yang sebenar mereka impikan. Ketika ini,

golongan remaja memang berada dalam dunia mereka sendiri iaitu dunia ingin

mencuba, memiliki sesuatu dan mengikuti trend semasa. Dengan desakkan

itulah mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang semata-mata.

25
Sahih al-Bukhari hadith no 7144( kitab al-Ahkam, Bab mendengar dan taat kepada perintah
selagi mana ia bukan merupakan maksiat)

23
4.5 Bimbingan dan Motivasi

Zaman remaja digambarkan sebagai zaman yang penuh dengan tekanan dan

kecelaruan emosi dan akibat pelbagai perubahan pada diri, mental dan nilai

konflik. Oleh kerana zaman remaja merupakan zaman yang kompleks maka

remaja amat memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dalam proses

memberi bimbingan kepada mereka.

Pendekatan bimbingan yang sesuai dengan golongan remaja adalah

pendekatan emosi dan pendekatan motivasi.26

Pendekatan emosi ialah usaha dakwah yang menjuruskan kepada hati

bagi menggerakkan perasaan. Pendekatan ini boleh dilakukan melalui nasihat

yang boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi remaja. Contohnya,

memberi penjelasan tentang nikmat Allah yang diberikan kepada mereka yang

wajar dipergunakan untuk jalan kebaikan dan wajib disyukuri dengan cara

mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Serta diselitkan

dengan kisah teladan yang mampu menyentuh hati dan perasaan golongan

ini.

Kaedah ini juga boleh dilakukan dengan penyataan simpati dan belas

kasihan dengan situasi yang di alami, sebagai contoh dilakukan dalam bentuk

memujuk, memberi perhatian, menyatakan rasa kasih sayang dan bertutur

dengan kata-kata yang lemah lembut.

26
Al-Bayuni, Muhammad Abu al-Fathi (1991). Al-Madkhal ila ilmi al-da’wah. Beirut: Muassah al-
Risalah. Hal.207

24
Manakala Pendekatan motivasi pula amat sesuai digunakan dalam

proses pendidikan sama ada di sekolah atau di rumah. Motivasi ini akan

mendorong remaja belajar dengan lebih rajin. Sebagai contoh bahan

pembelajaran perlu ada kaitan dengan fungsi seseorang itu untuk persediaan

pada masa akan datang bukan dengan cara paksaan untuk mereka

menerimanya. Memberi rangsangan merupakan salah satu kaedah bagi

menarik minat pelajar terhadap perkembangan diri mereka. Sebagai contoh

guru memberi perangsangan terhadap mereka untuk melibatkan diri dalam

acara bersukan atau aktiviti kesenian yang tidak bercanggah dengan Islam.

Pendekatan yang diberikan terhadap golongan remaja ini dapat

membantu mereka mengarah kepada perkembangan yang sihat untuk

memberi keyakinan kepada kehidupan remaja pada masa akan hadapan. 27

4.6 Konsep Berkawan

Allah S.W.T menjadikan manusia di muka bumi dalam keadaan berpuak-puak

dan bersuku-suku supaya saling mengenali antara satu sama lain. Wajib

keatas Muslim untuk mengasihi diri dan saudara Muslim yang lain, seperti

sebuah keluarga yang besar.

Keluarga yang dimaksudkan di sini adalah persaudaraan antara Muslim

dengan individu Muslim yang lain, seperti dalam bahasa Arab dikenali sebagai

27
Fariza Md. Sham and et.al. ( 2006). Dakwah dan Kauseling di Malaysia. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal. 71

25
usrah. Usrah mengikut Hassan al-Banna mempunyai tiga rukun, iaitu Ta’aruf

iaitu saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan mewujudkan suasana

kasih sayang antara individu dengan individu yang lain, yang kedua pula ialah

Tafahhum iaitu mengenali diri dan saudara yang lain berdasarkan kepada

keadaan individu tersebut sama ada berada di jalan yang betul atau jalan

yang salah, manakala yang ketiga pula ialah Takaful iaitu saling bantu-

membantu dan memikul tanggungjawab bersama-sama.

Mengapa seorang Muslim perlu mengasihi saudara muslim yang lain,

ini adalah perkara yang dituntut oleh agama dan ia merupakan sifat bagi

orang-orang yang beriman.28 Di samping itu juga dapat menyatupadukan

umat Islam dan mengeratkan lagi sehingga menggerunkan pihak lain.

Berbalik kepada perbincangan, bagaimana seorang yang berumur ingin

bergaul dengan mereka yang muda. Ada beberapa perkara yang perlu dilihat

untuk dijadikan panduan, antaranya ialah berhati-hati dalam gerak geri agar

tidak melakukan perbuatan yang merosakkan dan dipandang rendah oleh

kaum remaja.

Manakala memanggil dengan nama yang disukai antara penyebab

mereka akan mudah bergaul dengan mereka yang berumur. Dan saling

menegur kearah kebaikan agar mereka tidak lebih terpesong ke jalan yang

salah.

28
Haji Muhammad Endut and et.al ( 2008 ). Focus Super Hot PMR Pendidikan Islam. Bangi:
Penerbitan Pelangi Sd.Bhd. Hal. 108

26
5.0 Hikmah Remaja Berakhlak

Setiap perbuatan dan perkara yang dilakukan dan yang diredhai oleh Allah

S.W.T bukan hanya untuk diamalkan sahaja, malah ada hikmah sebaliknya,

seumpama mereka yang berakhlak dengan remaja, ada hikmah-hikmahnya,

antaranya:

5.1 Matang

Adakah orang itu hanya dianggap matang apabila dia sudah matang daripada

segi fizikal sahaja.29 Dalam perkataan biasa, kita mengatakan orang itu sudah

matang fizikalnya apabila dia sudah baligh, suara mula pecah. Namun begitu,

bukan hanya fizikal sahaja yang perlu matang, tapi yang lebih penting adalah

fikiran juga perlu matang.

Mereka yang berakhlak kebiasaannya akan cepat matang kerana sikap

yang wujud pada diri mereka akan menyebabkan mereka sentiasa berhati-hati

dalam setiap tindakan, tidak menggunakan nafsu semata-mata tetapi

menggunakan fikiran dalam sesuatu tindakan. Fikiran itulah yang

menyebabkan mengapa perlu berbuat begini dan begitu. Nabi Muhammad

S.A.W menyarankan kepada umatnya agar menyayangi mereka yang lebih

kecil dari kita termasuk golongan remaja.

5.2 Taat

Hidup di dunia ini, ada insan yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita

yang mana kita perlu taat kepadanya. Orang itu mungkin lebih muda atau

29
Mohd Radziq Jalaludin.2006. Bagusnya Remaja Ini. PTS Millenia Sdn. Bhd. Betong .Hal. 36

27
lebih tinggi pangkatnya daripada kita. Contohnya cikgu dan majikan. Kita perlu

taat kepada mereka selagi suruhan dan saranan mereka tidak menyimpang

daripada syarak. Kita perlu merendahkan diri dan mengawal ego.30

Elakkan daripada merasakan diri kita paling hebat, tahu segalanya dan

tidak memerlukan suruhan dan saranan orang lain.

“ Ah! Aku dah besar dan matang dah sekarang. Aku boleh fikir sendirilah. Tak

payah orang lain bagi tahu aku apa nak buat.”

Dengan mentaati sesama Muslim tidak kira jurang perbezaan umur,

pangkat dan kedudukan akan mampu mendisiplinkan diri dalam mengamalkan

akhlak mulia. Akhlak tersebut tidak menurut kehendak nafsu semata-mata dan

ianya turut mempertimbangkan apa yang dituntut oleh Islam dalam

mengamalkan akhlak mulia. Apabila kita taat, suruhan berakhlak mulia juga

terlaksana.

5.3 Toleransi

Berakhlak mulia akan lahir dalam diri seseorang sikap bertolak ansur dan

lebih mementingkan diri orang lain daripada diri sendiri. Seperti mendapatkan

sesuatu untuk diri sendiri. Contohnya dalam pembahasan di antara golongan

remaja dan dewasa. Sukar bagi golongan dewasa untuk mengalah pada yang

mereka lebih muda. Ini kerana dalam diri seseorang yang sukar untuk bertolak

30
Mohd Radziq Jalaludin (2006). Bagusnya Remaja Ini. Bentong: PTS Millennia
Sdn.Bhd.Hal.38

28
ansur ialah adanya sifat ego. Sama ada muda ataupun tua, masing-masing

ada ego tersendiri. Kikis benteng ego ini. Tiada siapa yang lebih berhak.

Sama saja , carilah penyelesaian yang memenangkan kedua-dua belah pihak.

Tidak rugi kalau bertolak ansur. Bahkan, mungkin dapat lebih daripada apa

yang diinginkan.

5.4 Berdisiplin

Melatih diri dengan peraturan yang telah ditetapkan akan membawa kepada

kehidupan yang sempurna, seperti hal-nya pergi sekolah atau pejabat tepat

jam 7.40 pagi dan pulang ke rumah tapat jam 4.00 petang. Tingkah laku yang

dilakukan itu akan melatihkan diri agar sentiasa taat pada waktu.

Oleh itu, mereka yang sentiasa melatihkan diri dengan peraturan dan sudah

menjadi rutin harian berakhlak mulia dengan semua makhluk dan Maha

Pencipta, akan merasakan diri sentiasa berdisiplin. Berdisiplin di sini ialah

mengikut perkara yang telah ditetapkan tanpa ada sebarang unsur

bercanggah. Seperti datang ke sekolah pada jam 8.00 pagi, sedangkan

sekolah bermula jam 7.40 pagi. Oleh itu, disiplin diri sudah tiada pada diri.

Disiplin bukan hanya pada waktu sahaja, tetapi melibatkan semua tingkah

laku, seperti adab, bersosial, kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

29
5.5 Sabar

Mereka yang mempunyai akhlak yang mulia atau baik, akan sentiasa diuji

dengan pelbagai masalah. Dengan kekuatan iman yang ada pada diri

menyebabkan rasa keimanan itu sentiasa membawa kepada kesabaran.

Kesabaran di sini ialah tidak menuntut sesuatu perkara untuk bermegah-

megah dan dijadikan hiasan dunia semata-mata. Sabar disini bermaksud

mereka yang sentiasa memikirkan sesuatu tindakan dengan menggunakan

akal fikiran yang sihat untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah

kesombongan. Seperti halnya, sentiasa bersabar apabila melihat kawan

mempunyai material lebih daripada diri, semua yang diinginkan dapat di capai,

tidak seperti mereka yang di uji oleh Allah s.w.t. dengan kesusahan.

5.6 Istiqamah

Istiqamah bermaksud tetap, tetap disini bermaksud tidak berubah. Mempunyai

jati diri atau akhlak mulia yang tinggi bukan hanya pada waktu yang telah

ditetapkan untuk berbuat demikian, akan tetapi ia perlu sentiasa berdamping

ke mana seseorang individu itu melangkah seumpama pakaian yang dipakai.

Berakhlak mulia perlu dijadikan istiqamah pada diri, agar tidak dipandang hina

oleh masyarakat.

30
6.0 Cadangan

Akhlak merupakan suatu perkara yang perlu ada pada semua manusia,

tambah-tambah lagi pada diri umat Islam itu sendiri. Akhlak akan melahirkan

manusia yang cemerlang dalam semua aspek. Tidak kira dari aspek mana

sekalipun, ianya amat sempurna jika dilakukan.

Berdasarkan kepada rumusan yang dapat diambil dari perbincangan

diatas, penulis ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh diikuti oleh

mana-mana pihak bagi meningkatkan lagi jati diri remaja Islam. Antaranya

ialah mereka perlu mengikuti kelas pengajian agama atau kem motivasi yang

membina, Sebagai contoh kem motivasi, kem tersebut memerlukan komitmen

yang tinggi daripada pihak bertanggunjawab bagi merealisasikan matlamat

yang ingin dicapai dan program tersebut perlu dilakukan secara berkala atau

berperingkat, ini bagi mengelakkan remaja mudah bosan dan tidak berminat.

Mereka juga perlu diisi dengan program-program yang berbentuk

organisasi kepimpinan seperti kem perkhemahan,kem kepimpinan dan

PLKN,ini adalah untuk melahirkan remaja yang mempunyai komitmen dalam

masyarakat luar.

Penulis juga ingin menyarankan agar remaja Islam sentiasa mendekati

dengan al-Quran dan Hadith serta membaca al-Quran dan terjemahannya

sekali, memahami isi-isi al-Quran dan pengajaran yang terdapat dalam al-

Quran itu akan meningkatkan lagi jati diri mereka dengan akhlak yang terpuji

lagi dirahmati oleh Allah. Disarankan juga agar golongan remaja ini, sentiasa

31
melakukan solat malam atau qiamullai bagi mengisi jiwa mereka yang kosong

dengan kealpaan dunia mereka. Dengan bangun malam tersebut akan

melahirkan remaja yang sentiasa peka dengan sesuatu masalah dan

berikhtiar untuk menyelesaikannya.

7.0 Penutup

Dasar pembentukan sebuah masyarakat yang bertamadun tidak ubah seperti

membina sebuah bangunan yang kukuh. Dalam pembinaan bangunan yang

kukuh asasnya perlu disiapkan dahulu. Begitu halnya dalam membentuk

masyarakat. Ianya mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih

dahulu. Apabila asas yang dibina itu kukuh, maka kukuhlah masyarakat itu.

Sebaliknya apabila asasnya lemah, robohlah apa sahaja yang dibina di

atasnya.

Kembali kepada sirah pembentukan masyarakat Islam pada zaman

Rasulullah S.A.W akhlaklah yang menjadi asas yang penting dalam

membentuk masyarakatnya. Walaupun Rasulullah S.A.W tidak bersama

umatnya ketika ini, sunnahnya masih lagi amat relevan untuk dipraktikan dan

diamalkan oleh umatnya. Ini kerana sunnahnya itu adalah peraturan atau

disiplin cara hidup yang paling sesuai dalam kehidupan umat manusia akhir-

akhir ini. Jika sunnahnya itu diikuti oleh semua manusia, maka kebaikkan

akan melangkaui keburukkan.

32
BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim.

Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim (2005). Sahih al-Bukhari. Kaherah:Darul Fajar lil Turath.

Al-Bayuni, Muhammad Abu al-Fathi (1991). Al-Madkhal ila ilmi al-da’wah. Beirut: Muassah al-Risalah

A.J Wenseik (1967). Al-Mu’jam al-Mufahras lil al-Afaz al-Hadith an-Nabawi. London:Percetakan Akhbar
Braille.

Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal: Dimensi Budaya Dalam Pengurusan Malaysia.Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

Fariza Md.Sham dan et.al. (2006). Dakwah dan Kauseling di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hajah Noresah Bt Baharom ( 2005 ). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Haji Muhammad Endut and et.al ( 2008 ). Focus Super Hot PMR Pendidikan Islam. Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Ghazali Darusalam ( 2003 ). Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.Seri Kembangan: Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd.

Mashitah Binti Taharin ( 2005 ). Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Ampang: Dawana Sdn.Bhd.

Mohd Ismail Mustari (2005). Menjadi Belia Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Mohd Nasir Omar (2005). Akhlak dan Kauseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
&Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Radziq Jalaludin (2006). Bagusnya Remaja Ini. Bentong: PTS Millennia Sdn.Bhd.

Muhammad Firdaus Nurul Huda dan Muhd Ramzi Omar ( 2008). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Batu
Caves: Crescent News ( KL ) Sdn.Bhd.

Muhammad Fuad Abdul Baqi ( 1967 ). Mu’jam Al-Mufharas Al-Alfaz, Al-Mukhit. London: Percetakan
Akhbar Braille.

33
Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha ‘Ali al-Syarbaji ( 2009). Manhaj Fiqh al-Syafi’i. Negeri
Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan.

Wahbah al-Zuhaili (1999). Al-Manhaj fi Syarhi Sahih Muslim Ibn Hajjaj. Berut: Dar al Khair.

Yunus Hanis Syam (2009). Sabar dan Syukur bikin Hidup Lebih Bahagia. Jakarta: PT. Buku Kita.

Zulaehah Hidayati (2010). Anak Saya Tidak Nakal, Kok. Yogyakarta: PT Bentang Pustaka.

Zulkifly Muda (2009). Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial. Batu Caves: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

34

Anda mungkin juga menyukai