Anda di halaman 1dari 2

SIRAH: Halimatus Sadiah Mencari Bayi.

BIL 13: TAHUN KE-5/2012

MUKADDIMAH
Assalamualaikum. Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah bercuti panjang pada akhir tahun dan juga cuti-cuti perayaan yang jatuh pada minggu-minggu awal sesi persekolahan. Diharapkan agar semuanya ceria dan bersemangat terutamanya dalam menuntut ilmu pengetahuan. Bersempena dengan kehadiran bulan keputeraan Rasulullah s.a.w, Tinta ar-Raihan kali ini membawakan pelbagai informasi berkaitan untuk tatapan semua warga SKTS bagi mengenali dan merasa lebih dekat lagi diri kita dengan Rasulullah s.a.w sebagai manusia agung yang diutuskan Allah bagi membawa rahmat ke seleluruh alam. Tidak ada maknanya jika kita menyebut cintakan baginda namun kurang mengenali diri dan sifat baginda. Tanda sayang kita kepada baginda juga tidak sekadar lafaz sayang dan cinta dari mulut seperti kita ucapkan kepada orang-orang tersayang di sekeliling kita. Tetapi tanda sayang kita kepada Nabi s.a.w adalah melalui lafaz selawat kita ke atas baginda dan keluarga serta sahabat-sahabatnya. Moga-moga kecintaan yang kita tunjukkan seperti ini dapat menjadi tiket kepada kita bagi memperolehi syafaat baginda di akhirat kelak. Untuk akhirnya, selamat menyambut Maulidur Rasul 1433h dengan tema kebangsaan bagi tahun ini , Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Sekian, wassalam

Sudah menjadi amalan tradisi masyarakat bangsawan Arab menghantar bayi-bayi yang baru lahir dalam kalangan mereka ke pedalaman untuk disusukan dengan harapan bayi mereka memperolehi tubuh badan yang cergas dan akal yang cerdas dalam suasana perkampungan yang jauh dari suasana kota. Antara suku kaum yang menjadi pilihan untuk diserahkan bayi adalah kepada wanitawanita Bani Saad. Orang-orang Bani Saad biasanya akan menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi-bayi dari terutamanya dari kalangan bangsa Quraisy untuk mengambil upah penyusuan. Pada suatu ketika, sebuah rombongan dari perkampungan Bani Saad telah menuju ke Kota Mekah dengan tujuan untuk mendapatkan mana-mana bayi yang mahu mencari ibu susuan. Dalam rombongan itu, seorang wanita miskin bernama Halimah dan suaminya turut menyertai dengan tujuan yang sama. Namun disebabkan unta tunggangan yang mereka naiki itu lemah dan uzur kerana kekurangan air dan makanan, maka mereka telah jauh ditinggalkan oleh ahli rombongan mereka. Apabila mereka sampai di Kota Mekah, didapati ahli-ahli rombongannya telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Halimah merasa gusar memikirkan seandainya mereka tidak ada bayi untuk dibawa ke kampung mereka. Namun begitu, beliau dan suaminya mendapat khabar bahawa terdapat seorang bayi lagi yang belum diambil. Lantas mereka berdua menuju ke rumah yang dimaksudkan. Setelah bersemuka mereka menyatakan maksud kedatangan mereka. mendengarkannya Siti Aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dunia dan beliau tidak mempunyai banyak harta. Mereka tergamam mendengarnya lalu meminta diri dengan mencuba mendapatkan bayi dari rumah-rumah yang lain tetapi hampa. Lalu Halimah berbincang dengan suaminya sama ada hendak kembali ke kampung tanpa bayi atau sebaliknya. Terbayang di minda mereka sekiranya mereka balik dengan tangan kosong, mana lagi sumber rezeki yang akan mereka perolehi. Bahkan mereka akan mendapat malu kerana membuang masa ke Kota mekah tanpa ada hasilnya. Lalu setelah berfikir, mereka berdua nekad untuk mengambil anak Siti Aminah untuk disusukan. Takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimah teruskan jua. Di saat beliau mendukung bayi yang bernama Muhammad, tiba-tiba beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Tanpa banyak bicara beliau terus bersetuju untuk membawa bayi ini bersama mereka. Dalam perjalanan ke kampung Bani Saad, walaupun pada awalnya mereka ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimah dan suaminya dapat memintas dengan mudah rombongan itu kerana unta mereka tiba-tiba menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Keadaan ini merupakan satu mukjizat yang telah Allah anugerahkan kepada bayi itu untuk memberi rahmat bukan sahaja kepada orang-orang di sekelilingnya, bahkan kepada seluruh alam ini. Bayi yang bernama Muhammad itu kelak bakal menjadi seorang Utusan Allah yang membawa manusia mengenal Allah melalui ajaran Islam. Melalui penjagaan Halimah yang dikenali dengan Halimatus Sadiah, baginda dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi kanak-kanak yang kuat, sihat dan bijak.

ZIKRA: Tanda Cintakan Rasulullah.


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
10.

Mencontohi dan mengamalkan sunnah baginda. Banyak mengingati dan menyebut namanya. Melafazkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada baginda. Bersopan santun dan beradab dengan Rasulullah. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw. Menyampaikan Nasihat untuk beriman kepada Allah, kitab-Nya dan RasulNya. mempelajari al-Quran dan mengamalkannya. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai. Membenci orang yang Rasulullah s.a.w benci.

SABDA NABI: Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

HIKMAH: 8 Perhiasan kepada 8 Perkara.


Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: 1) MENJAGA YANG HARAM adalah perhiasan kepada fakir. 2) SYUKUR adalah perhiasan kepada nikmat. 3) SABAR adalah perhiasan kepada bala. 4) TAWADHUK adalah perhiasan kepada kemuliaan. 5) BERLEMAH LEMBUT adalah perhiasan kepada ilmu. 6) MERENDAH DIRI adalah perhiasan kepada orang yang bercakap. 7) MENINGGALKAN RIYAK' adalah perhiasan kepada kebaikan. 8) KHUSYUK adalah perhiasan kepada solat.

BERITA SAINTIFIK: Bulan Terbelah Dua.


Rasulullah s.a.w telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis keajaiban yang disebut sebagai mukjizat. Antaranya baginda dapat membuktikan kebenaran ajaran Islam yang dibawanya dengan menjadikan bulan di langit terbelah dua. Peristiwa ini terjadi apabila terdapat sekumpulan kaumnya dari bangsa Arab Quraisy datang kepadanya dengan maksud untuk memperolok-olokkan baginda. Kaumnya mengejek baginda serta mencabar untuk baginda menjadikan bulan terbelah dua bagi menunjukkan kehebatan baginda jika benar baginda itu seorang utusan yang membawa agama yang benar. Mendengarkan cabaran yang mustahil bagi seorang manusia biasa lakukan, Rasulullah hanya terdiam dan berdoa meminta petunjuk daripada Allah. Baginda tahu, hanya Allah sahajalah yang dapat menolongnya untuk membuktikan kebenaran yang dibawanya. Selepas itu dengan arahan Allah baginda mengarahkan jari telunjuknya ke bulan. Semua yang ada di situ turut memandang ke arah yang sama. Tiba-tiba, alangkah terkejutnya mereka apabila meilhat bulat di langit itu terbelah dua dengan sebenar-benarnya sehingga bercantum semula. Apabila mereka telah melihat sendiri keajaiban yang Rasulullah lakukan, mereka masih berdegil untuk beriman dengan Allah dan mengakui kerasulan baginda. Walaupun ada yang mengakui kebenarannya, ramai juga yang masih menentang ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. Daripada kisah yang menunjukkan fenomena bulan terbelah dua, sebenarnya kesannya masih wujud hingga kini. Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar tiga angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. Maha Suci Allah yang telah menunjukkan keagungannya melalui mukjizat Rasulullah s.a.w sebagai bukti kebenaran ajaran Islam.

MADAH Mari berselawat ke atas nabi Berselawat ke atas rasul Salallahu ala muhammad Salallahu alai wasallam Engkau bagaikan matahari Menerangi seluruh alam Engkau bagaikan bulan purnama Menerangi kegelapan malam Ya Rasulullah ya habiballah Ya rasulullah ya habiballah Salamun alaik Berselawatlah keatas nabi Moga hidup kita diberkati Amalkan sunnah rasul junjungan Moga kita mendapat syafaat Rasulullah pernah bersabda Ku diutus membawa rahmat Juga membawa akhlak mulia Contoh tauladan sebaik ummat

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ahlan wa sahlan kepada guru-guru baru (Encik Mohd Suhaimi (O), Pn. Jasimah, Pn. Aznita, Pn. Nurnazirah & Pn. Sagunthala) dan murid-murid Tahun 1 2012 ke SKTS. Majlis sambutan Maulidurrasul akan diadakan pada 10/2/2012. Antara aktiviti menarik adalah, pertandingan membuat sepanduk di antara unit-unit uniform, ceramah dan kuiz. Persembahan daripada kumpulan Rakan Selawat akan memeriahkan program pada hari itu. Sekolah ganti cuti Tahun Baru Cina akan diadakan pada 11/2/2012. Pada hari tu Program Kem Bestari Solat Siri 1/2012 dan Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 dan Guru akan diadakan. Murid akan dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengah hari.

Anda mungkin juga menyukai