Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN ALUAN

MAJLIS PENUTUPAN
Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2015

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Pertamanya, patik merakamkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana limpah
kurnia dan keizinan-Nya kita dapat melaksanakan
Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan bagi tahun 2015.

Di kesempatan ini, patik juga mengambil kesempatan


untuk mengalu-alukan kehadiran Duli Yang
Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( Raja Muda
Perlis ), di atas kesudian tuanku hadir ke majlis
ini.

2
2. Ucapan terima kasih dan tahniah patik ucapkan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di atas
kesudian menjadi pengelola bagi tahun ini.

3. Terima kasih juga kepada hadirin dan hadirat wakil-


wakil kontinjen negeri masing-masing. Ia merupakan
sokongan yang yang amat kami hargai di dalam
program memartabatkan al-Quran di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Program sebegini diharapkan dapat mencungkil


bakat murid, mengeratkan silaturahim, serta
mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah dalam kalangan
warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Untuk makluman tuanku dan para hadirin sekelian,


untuk MTQSS KPM kali ini para peserta telah
berkampung selama 4 hari bermula 22 Mei hingga
hari ini iaitu 25 Mei 2015, melibatkan 12 acara
dengan penyertaan seramai 256 murid yang

3
merupakan johan setiap acara dari seluruh negeri
masing-masing.

6. Sebagai perancang dasar pendidikan, ada banyak


panduan daripada kitab suci al-Quran yang boleh
dijadikan landasan ke arah melahirkan modal insan
yang mampu memperkasa sesebuah bangsa dan
negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.

7. Malah, MTQSS KPM ini merupakan wadah yang


terbaik bagi membangunkan generasi yang
cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek
menerusi penghayatan terhadap ajaran al-Quran. Ini
bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Saad,
ayat 29:

4
Maksudnya: "(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami
turunkan kepadamu (dan umatmu wahai
Muhammad), kitab yang banyak faedah dan
manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang
yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar".

8. Mudah-mudahan segala usaha serta komitmen yang


kita laksanakan dalam mengamal dan menghayati
tuntutan al-Quran akan diberkati oleh Allah SWT.
Sama-samalah kita terjemahkan ajaran al-Quran
dalam segala tindakan bagi memacu kejayaan dan
kegemilangan umat Islam khususnya dalam kalangan

5
para pelajar sebagai modal insan terbaik bagi
menyumbang kepada kemajuan ummah serta
kejayaan negara pada keseluruhannya.

9. Sebelum mengakhiri ucapan, patik sekali lagi


mengucapkan terima kasih kepada Barisan Jemaah
Hakim, pihak urus setia pertandingan atas kerjasama
yang amat baik sepanjang penganjuran pertandingan
ini.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai