Anda di halaman 1dari 3

http://sunan-at-tirmizi.blogspot.

com/

1

BAB SEGALA 'AMAL ITU DENGAN NIAT


= - = , - -| , - . - , . - | = - ` c | - - _ , , , =, - = - = - , ,, , , - - - ,
| - - , == | , |
, | ,, = _ | - _ = -| - , - , = , v , - -,`| , , ; - | - ; , . - _ | , -|
- |, = _ - , _ | , -| - |, = _ - . - , = | , ,, = , | | - , - , - , _ | , - -
- , | , .

Daripada 'Umar bin Al-Khaththab , berkata ia: Telah aku dengar Rasulullah J
bersabda ia: Hanyasanya segala 'amal itu dengan niat dan hanyasanya bagi tiap-tiap
seorang barang yang diniatnya. Maka barangsiapa ada perpindahannya kepada Allah dan
RasulNya, maka perpindahannya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa ada
perpindahannya kerana dunia yang mendapat ia akan dia atau perempuan yang dinikahnya
akan dia maka perpindahannya kepada barang yang berpindah ia kepadanya.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kata Imam Nawawi : Bahawasanya segala amal itu dikira dan dipakai apabila ada
ia dengan niat, dan tiada dikira apabila tiada dengan niat.

Kata Imam Nawawi lagi : Bahawasanya telah ijma sekalian orang Islam atas
besar dan luas tempat bicara hadits ini dan banyak faedah padanya.

Kata Imam Syafii : Masuk ia di dalam tujuh puluh bab daripada fiqah.

Kata Imam Nawawi : Sekalian amal mahulah dengan niat kerana dengan sepotong
hadits di atas itulah dalil atas bahawasanya tiada sah mengambil wudhu dan tayammum
melainkan dengan niat dan begitu juga solat, zakat, puasa, haji, itikaf dan sekalian ibadat,
semuanya hendaklah dengan niat.

Untuk penjelasan lanjut sila rujuk kitab Bahrul Mazi Jilid I, halaman 8-15, karangan
Syeikh Muhammad Idris bin Abd. Rauf Al-Marbawi .

Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) :- fuqaha Syafii : sunnat.
http://sunan-at-tirmizi.blogspot.com/

2
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima@ bergaul dengan isteri - dikira ibadah (memberi hak).

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik.
Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara',
tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga
amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk
atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu
amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat
pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan
berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala
besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang
diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat
kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Berkata Syeikh Muhammad Idris bin Abd. Rauf Al-Marbawi : Ketahuilah
kiranya, ya saudaraku, adalah niat yang busuk itu ialah niat yang keluar daripada nama
ikhlas, seperti niat setengah daripada orang yang tiada zahir perbuatannya dan usahanya
melainkan kerana kemasyhuran dan gah nama. Atau kerana niat menghimpunkan wang dan
kekayaan supaya dapat bersedap-sedap syahwatnya dan sebagainya, maka iaitu semuanya
tiada berpahala, dan tiada di akhirat melainkan bala, dan juga di dunia mendapat nama yang
cela.

Hukum Membaca Usolli Adalah Sunat menurut Mazhab Syafii

Masalah ini dikenali Talaffuz Binniyat iaitu melafazkan niat dengan lidah sebelum
takbiratul ihram.

Berkata Imam Nawawi dalam kitab Al-Minhaj : Niat itu tempatnya di dalam hati
dan disunatkan melafazkannya seketika sebelum takbir.

Berkata Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj Jil. II : Dan disunatkan
melafazkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir agar lisan dapat menolong hati dan
http://sunan-at-tirmizi.blogspot.com/

3
kerana hendak keluar daripada khilaf orang yang mewajibkannya walaupun pendapat yang
mewajibkan ini adalah syaz.

Berkata Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj Jil. I : Dan disunatkan melafazkan
apa yang diniatkan seketika sebelum takbir agar lisan menolong hati dan kerana
mengungkapkannya itu dapat menjauhkan daripada was-was dan juga untuk keluar dari
khilaf orang yang mewajibkan.

Berkata Imam Qastalani seorang ulama besar dan berpengalaman dalam bidang
ilmu hadits menegaskan di dalam kitabnya Al-Mawahib Al-Ladunniyah Jil. : Dan yang telah
tetap di dalam fatwa para sahabat kita (ulama-ulama Mazhab Syafii) bahawa sunat
hukumnya membaca usolli itu. Sebahagian ulama mengqiyaskan hal tersebut kepada riwayat
yang ada di dalam Sohihain yakni kitab Sohih Bukhari dan Muslim. Pertama: Hadits riwayat
Muslim daripada Anas bahawa beliau mendengar Nabi j bertalbiyah untuk haji dan umrah
secara bersamaan sambil berkata: Labbaik, saya mengerjakan umrah dan haji. Kedua: Hadits
riwayat Bukhari daripada Umar bahawa beliau mendengar Rasulullah j bersabda ketika
tengah berada di Wadi Aqiq: Tadi malam seorang utusan Tuhanku datang kepadaku lalu
berkata, solatlah engkau di lembah yang penuh berkat ini dan ucapkan Aku melakukan
umrah di dalam haji. Ini adalah zahir menunjuk kepada perlafazan. Dan hukum sebagaimana
tetap dengan nas boleh juga tetap dengan qiyas.

Tersebut dalam kitab Al-Fiqhul Islami karangan Dr. Wahbah Zuhaili Jil. I :
Disunatkan melafazkan niat menurut jumhur ulama selain Mazhab Maliki.
Menurut Mazhab Maliki : Yang utama adalah tidak melafazkan niat kecuali bagi
orang yang berpenyakit was-was maka disunatkanlah baginya melafazkan agar hilang
daripadanya keragu-raguan.

Kesimpulannya bahawa: Sunat melafazkan niat (membaca usolli) seketika sebelum
takbiratul ihram agar lisan dapat menolong. Inilah fatwa daripada Mazhab Hanafi, Mazhab
Syafii, Mazhab Hanbali, dan bagi Mazhab Maliki disunatkan bagi yang berpenyakit was-
was sahaja.

Kerana itu mengatakan talaffuz binniyat sebagai amalan yang bidah (sesat) bererti
Imam Empat Mazhab ini serta penganut mazhab mereka sebagai pelaku-pelaku bidah yang
akan masuk neraka.

Anda mungkin juga menyukai