Anda di halaman 1dari 3

NABI ZAKARIA

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim lagi bijaksana, penjaga
masa yang tidak alpa dengan masanya, seterusnya guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum W.B.T.

Baitulmaqdis kota mereka,


Hiduplah mereka tanpa agama,
Syariat Musa habis dilupa,
Kaum Yahudi itulah bangsanya.

Pada dahulu kala, kaum yahudi hiiidup dengan penipuan, penuh pembohongan
dan juga baaanyak tipu daya. Semakin hari.. iman mereka semakin luntur dan jadilah
mereka kaum yang fasik lagi munafik.
Walaupun begitu,dalam kalangan kaum Yahudi itu…ada segolongan kecil
manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Harun, masih lagi teguh iman mereka.
Kaum ini telah dipimpin oleh seorang lelaki iaitu Nabi Zakaria.
Baginda telah berusaha tanpa jemu…..Menyeru semua kaummya agar
beriman, beramal dan bertakwa kepada Allah.

Sudah 90 tahun usia Nabi Zakaria, namun, baginda belum beroleh seorang
anak pun. Sejak muda lagi sepasang suami isteri ini ingin menimang cahaya mata.
Makin bertambah usianya semakin membara dan semakin hebat hasrat untuk beroleh
anak.
Baginda benar-benar berhajat untuk mendapat cahaya mata, bukan hanya
untuk mengisi jiwa yang kosong…,malahan…..sebagai penyambung zuriat untuk
menyampaikan dakwah Islam pada masa akan datang.

Pada suatu hari, dikala Nabi Zakaria sedang beribadat. baginda menadah
tangan lalu berdoa “ Ya Allah, Janganlah engkau biarkan aku seorang diri, engkau
sebaik-baik zat, yang memberi keturunan. Ya Tuhanku, telah lemah tulang-
belulangku dan telah penuh uban dikepalaku dan bukanlah aku seorang yang sial
dalam berdoa kepadamu. Sesungguhnya aku khuatir akan keadaan keluarga yang akan
aku tinggalkan, sedangkan isteriku adalah mandul. Berilah aku zuriat Ya
Allah….yang akan menjadi penggantiku”.

Doa baginda itu tadi telah dijawab oleh malaikat “ Ya Zakaria! Tuhan akan
memberimu seorang anak yang bernama Yahya dan belum pernah ada manusia yang
bernama Yahya”.
Jawapan malaikat itu jelas terdengar oleh Zakaria. Baginda berasa hairan
tetapi hatinya saangat gembira.
Kehairanan baginda segera dijelaskan oleh malaikat. “Bukankah Allah yang
menjadikanmu, sedangkan sebelumnya kamu tidak ada! Dan Tuhan itulah juga yang
akan berikan kamu anak”.

Tidak lama kemudian isterinya yang sudah tua itu telah mengandung dan
akhirnya telah melahirkan seorang anak.,Anak itu diberi nama Yahya…

Lahirnya Yahya dimuka bumi,


Sukanya Zakaria tidak terperi,
Mendapat zuriat untuk mengganti,
Menyampai ajaran dari Ilahi.

Jadilah Yahya muda belia,


Jadikan taurat senjata utama,
Menjadi penghukum antara manusia,
Segala hukuman adil dan saksama…

Pada suatu hari, Nabi Yahya telah menghukumkan bahawa perkahwinan Raja
Hirodus dengan gadis Hirodus adalah tidak dibenarkan, kerana ianya tidak sesuai
dengan peraturan agama ketika itu, sertaaa bertentangan dengan kitab Taurat.
Perkahwinan ini juga dilarang kerana, gadis itu adalah anak tirinya iaitu anak
isterinya. Pada masa itu, menurut hukum Taurat adalah sama dengan hukum Al-
Quran, yang manaaa anak sendiri, anak tiri, atau anak dari saudara sendiri adalah
tidak halal dinikahinya.
Lalu dengan tegasnya Nabi Yahya berkata, “ Perkahwinan itu tidak akan aku
akui, malah aku akan menentang dengan sekeras-kerasnya!”
Setelah berita itu sampai kepada Raja Hirodus, raja tersebut sangat murka lalu
berkata “Tangkap Yahya itu... Masukkan dia kedalam penjara.” Akhirnya Nabi Yahya
telah dibunuh dengan kejamnya hanya kerana ingin menegakkan hukum Allah.

Apabila nabi Yahya dibunuh, Allah telah murka lalu memberi bencana yang hebat
kepada Bani Israel, termasuk Raja Hirodus dan seluruh bala tenteranya.

Berita kematian Nabi Yahya telah saaaampai kepada pengetahuan


ayahandanya, Maka bersedihlah baginda. Lalu baginda melarikan diri dan
bersembunyi di sebuah kebun berhampiran Kota Jerusalem.
Tetapi, kebun itu telah dikepung oleh bala tentera negara untuk menangkap
dan membunuhnya.
Namun, Allah maha berkuasa. Sebatang pokok yang besar telah membelah
dirinya dan mempersilakan Nabi Zakaria bersembunyi didalamnya. Tetapi,
malangnya Iblis telah memberitahu kepada para tentera bahawa Nabi Zakaria berada
didalam pokok tersebut. Lalu, mereka memotong pokok tersebut dan terbunuhlah
Nabi Zakaria.
Dengan kematian Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, Allah telah menurunkan
bencana demi bencana kepada Bani Israel. Bencana tersebut berupa serangan-
serangan yang hebat lagi ganas dari tentera-tentera musuh….

Begitulah berakhirnya sebuah kisah yang penuh tragis. Semoga dengan


paparan kisah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah,
dan janganlah kita gentar didalam menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya janji
Allah adalah benar.
Sekian sahaja dari saya……………………..

Anda mungkin juga menyukai