Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih kepada yang berusaha tuan/ puan pengerusi majlis, yang berbahagia tuan

guru besar,guru-guru penolong kanan,guru-guru seterusnya rakan-rakan yang lain…

Assalamualaikum………….

Nabi Muhammad Nabi pilihan,


Tajuk dan kisahnya akan disampaikan,
Sifat terpuji jadikan teladan,
Dengarkan cerita ambil pengajaran.

Hari isnin……….Subuh yang indah……..12 rabiulawal yang cerah,..20 April tahun


gajah………….Bermula lah sebuah kisah…

Hadirin sekalian,

Terpadamlah api sembahan majusi dinegara Farsi yang selama ini tidak pernah
terpadam…Runtuhlah istana Kisra di Iraq dan keringnya tasik di kg Faras. Lahirnya nabi
ditahun Gajah dibawah pimpinan Abrahah sepertimana di dalam surah al-fil yang
berbunyi…

1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada


angkatan tentera bergajah itu?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan
yang merugi dan memusnahkan mereka?
3. Dan ia telah menghantar kepada mereka burung berpasukan
4. Yang melontar mereka dengan batu dari sejenis tanah yang dibakar keras
5. Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat…

Burung-burung memecah sepi


Angin nyaman sepoi bahasa
Abdul Mutalib gembira sekali
Menyambut kelahiran cucunda tercinta

Setelah dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w telah disusui oleh Aminah selama 7 hari.
Suwaibah, hamba Abu Jahal yang telah merdeka selama 3 hari dan akhirnya baginda
diserahkan kepada Halimatun Sa’diah……

Kehidupan Hlimatun dipenuh keberkatan


Rasul terus membesar dibawah asuhanya
Bepekerti mulia, elok dan sempurna
4 tahun lamanya bersama
di serah semula kepangkuan bonda
Ketika usia baginda 6 tahun, baginda dibawa ke Mekah untuk menziarahi makam
ayahanda serta saudara-maranya. Dalam perjalanan pulang ibunya jatuh sakit lalu
meninggal dunia….

DiNegeri Madinah Abdullah bersemadi


Di Abwak pula Aminah dikebumi
Bersama Umu Aiman pulanglah nabi
Kepada datuknya diserahkan diri

Em….tinggal lah nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang dari Abdul Mutalib.
Berkata datuknya “ Sesungguhnya cucuku akan membuat satu pekerjaan yang sangat
besar, maka bertuahlah sesiapa yang memeliharanya…”

2 tahun bersama Abdul Mutalib


Menyusul datuknya menghadap Ilahi
Tinggallah pula bersama pamannya
Abu Talib yang baik hati.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Sebagai memenuhi permintaan dan amanah Abdul Mutalib, Abu Talib amat mengambil
berat perihal Nabi Muhammad. Abu Talib tidak boleh berpisah dengan baginda..Abu
Talib akan mendahulukan keperluan nabi lebih dari urusan dirinya dan urusan
keluarganya sendiri… Abu Talib ialah seorang peniaga dan selalu berulang alik dari
Syam ke Mekah.

Semasa usia nabi 12 tahun, Abu Talib telah ditegur seorang pedita Nasrani yang bernama
Buhaira…Buhaira ini sangat arif tentang isi kandungan Injil dan sangat mencari-cari
siapakah gerangan rasul terakhir….Setelah bertemu dan bertanya kepada nabi, beliau
segera memberitahu kepada Abu Talib “ Jika orang yahudi melihat anak ini, tentu mereka
akan membunuhnya,!!! Eloklah tuan bawa segera anak ini pulang!!!!

Jawab Abu Talib itu tadi..”Engkau sangat berharga bagi diriku Ya Muhammad. Semakin
hari semakin bertambah sayangku padamu dan aku sentiasa memohon doa agar Allah
memelihara dirimu… Puuuulanglah mereka itu tadi ke Syam. Sampainya disana, Nabi
Muhammad pergi menemui seorang demi seorang peniaga untuk bekerja…Peniaga yang
tidak jujur akan baginda tinggalkan.

Ketika usia baginda 15 tahun, terjadi peperangan antara kaum Hawazin dan Kaum
Quraisy..Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Al-Fijar..Nabi membantu
memungut anak panah yang dipanahkan musuh kepihaknya..Baginda terkenal dengan
sifat jujur dan berbudi bahasa..Kebaikan dan kejujuran ini sentiasa disegani dan
dihormati oleh kaumnya. Kerana sifat inilah baginda digelar Al –Amin…maknanya
orang yang boleh dipercayai…
25 tahun usia baginda
Menuju ke Syam kali ke2
Dagangan Khadijah dibawa bersama
Diteman Maisarah pembantu setia.

Untungnya dapat berlipat ganda


Tertarik Khadijah sifat baginda
Khadijah melamar jadi suaminya
Faktor usia bukan ukurannya

Akhirnya termaktub jodoh mereka


Kahwinlah mereka aman bahgia
Bersama khadijah ceria hidupnya
Dikurniakan enam cahaya mata

Ketika umur baginda 35 tahun pula, Kota Mekah dilanda banjir…bangunan Kaabah yang
rosak dibina semula..yang peningnya……..dimanakah perlu diletakkan hajarul
aswad????!!!

Akhirnya satu kata setuju telah dicapai. Berkatalah Huzaifah bin Mughirah “ Siapa yang
masuk ke kawasan kaabah yang pertama esok pagi..dialah hakimya…Keesokan harinya,
Nabi Muhammad orang pertama yang memasuki kawasana kaabah… Jadi… baginda
telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah tersebut..

Sehelai kain sebagai hamparan


Diletakkan batu hajarulaswad
Ketua kaum mengangkat bersama
Diletak baginda ketempat asalnya
Selesai masalah
Tiada yang bersengketa
Adil mendapat pujian semua…

Dikala umur nabi 40 tahun, ketika sedang beribadat digua Hiraq, turunlah wahyu
pertama. Malam itu adalah malam ke17 ramadhan..datanglah Jibril mengajar rasulullah…

Iqra’…
Iqra’…

Dijawab nabi….aku tidak tahu membaca…lantas baginda dipeluk erat dan disuruh juga
ikut membaca..lalu terus melekat dihati baginda surah al-Alaq ayat 1 hingga 5…
( baca ayat 1 – 5 )

Bergegas baginda pulang kerumah dalam keadaan ketakutan dan kegelisahan. Baginda
menceritakan segala nya kepada khadijah…berkata khadijah “ Gembiralah dan tabahkan
hatimu..Sesungguhnya engkaulah utusannya..

Manakala wahyu yang kedua adalah dari surah al Mudassir…

Siti Khadijah adalah orang pertama yang beriman dengan dakwahnya..insan kedua
bernama Ali b Abi Tolib. Disusuli oleh Abu Bakar As-sidiq dan Zaid b Harisah..
Baginda telah menyampaikan dakwah selama 3 tahun secara sulit dan selepas
itu…..barulah dakwah disampaikan secara terbuka…

Antara pengajaran dari cerita ini ialah

1. Setiap perbuatan ada balasanya


2. Bersabarlah menghadapi rintangan hidup
3. Sentiasalah bersifat mahmudah
4. Berdikari dan yakinlah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan…

Sekian saja dari saya ………………………

Anda mungkin juga menyukai