Anda di halaman 1dari 5

Tujuh kaedah mendidik anak cemerlang - Dr. Fadzillah Kamsah.

Teks : Norazira Mohamed


Gambar : Carian Google

Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa
dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah
unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang
dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk
anak bongsu. 

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik
anak cemerlang, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara
ibubapa-ibubapa lain. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada
sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki
oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-
anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S.
A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu.
Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan
atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah
pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi
arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan
pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200
kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat
bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
 Mengenai solat di awal waktu
 Adab dengan orang tua-tua
 Adab dengan guru
 Adab dengan kawan-kawan
 Tugas harian di rumah
 Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
 Tatacara makan mengikut sunnah nabi
 Cara belajar yang berkesan
 Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
 Keselamatan jalan raya
 Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-


anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi
terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya.
Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui
pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan
pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya
dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak
boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang
diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab 

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab.
Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak
dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan
secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam
perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang


diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan
kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu
bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya
oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa
yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya
menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah
menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani
dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi
sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala
pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan
dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih
mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang
ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-
anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh
mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan
peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan
kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu
dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi
dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan,
suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu
bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau
tunduk.Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan
yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari. 

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-
anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan
anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan
menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau
melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan
ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah
meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah
meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat,
sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga
disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih
secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa
ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya
seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak
perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak
keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh
melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh
pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan
dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah
enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab
boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya
melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu
akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak
yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Anda mungkin juga menyukai