Anda di halaman 1dari 3

MENANGANI ANAK MALAS BELAJAR

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad drasmadi@maptraining.com.my Ramai ibu bapa yang mahu anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan. Namun masalah yang paling besar ialah memastikan anak-anak rajin belajar dan siap kerja sekolahnya. Masalah malas belajar bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah. Cuma ibu bapa perlu sabar dalam pendekatannya bagi menjadikan anak-anak mereka seronok dan rajin belajar. Berikut adalah beberapa tips bagi merangsang anak rajin belajar. 1) Anak malas belajar sebab mereka tidak tahu atau tidak sedar akan kepentingan pelajaran dan kesannya terhadap masa depan mereka. Sebab itulah ramai anak-anak apabila ditanya apa cita-citanya, mereka akan keliru, tidak tahu atau tidak pasti. Kalau mereka sebut pun cita-citanya, itu adalah sekadar di mulut sahaja. Dia tidak benar-benar mengetahui dan mendalaminya. Anak-anak apabila tiada matlamat dan hala tuju maka hilanglah salah satu faktor pendorong utamanya bagi belajar bersungguh- sungguh. 2) Anak-anak lebih suka bermain dan berseronok. Bagi mereka belajar itu itu membosankan. Sebab itulah ibu bapa perlu jadikan belajar itu sesuatu menyeronokkan. Usah memaksa anak belajar berjam-jam sebaliknya manfaatkan masa belajar dalam tempoh masa yang pendek tetapi berterusan. Misalnya, belajar selama tiga puluh minit sebanyak tiga kali sehari lebih berkesan daripada belajar terus selama satu setengah jam. Keseronokan belajar akan terbit apabila anak mula memahami apa yang dipelajari dan menguasai pelajaran dengan baik. Oleh itu jika anak memerlukan bantuan untuk memahami dan menguasai pelajarannya maka bantulah dengan mengajarnya sendiri atau menghantarnya ke kelas tuisyen. Tidak semua subjek anak perlukan bantuan oleh itu lihatlah subjek mana satu yang lemah. 3) Tingkatkan skil belajar anak. Anak-anak akan lebih seronok belajar apabila apa yang dibacanya faham, yang dihafalnya ingat, soalan yang latih dapat dijawab dan sebagaiinya. Bagi mencapai tahap yang sebegitu mereka perlukan kemahiran belajar. Kemahiran belajar ini boleh diperolehi melalui buku-buku atau hadir ke program motivasi. Biasanya anak-anak akan belajar ikut cara mereka sendiri. Cara yang mereka gunakan itu belum tentu berkesan dan terbaik. Sebab itulah ibu bapa perlu dedahkan anak-anak mereka dengan kemahiran belajar yang betul. 4) Tegas dalam mendisiplinkan mereka. Disebabkan takut bertegas maka ramai ibu bapa gagal mendisiplinkan anak-anak mereka agar belajar mengikut jadual. Anak-anak tidak hormati waktu belajar malah tidak bersungguh-sungguh ketika belajar. Anak-anak akan lebih cemerlang apabila ibu bapa tegas memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan ulangkaji dilakukan secara konsisten. Tegas dalam soal belajar tidak

5) Semak beg dan buku sekolah mereka. Perkara mudah ini perlu dilakukan sebab ada ketikanya anak sering mengatakan yang dia tiada kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru. Dengan menyemak beg sekolah anak maka kita dapat mengetahui apa yang berlaku di sekolah. Ada ketikanya guru menanda atau mencatat sesuatu dalam buku anak dengan tujuan ibu bapa menyemaknya. Usah terkejut sekiranya kita mungkin menemui pelbagai bahan yang tidak sepatutnya dibawa oleh anak seperti rokok, pemetik api, bahan lucah dan sebagainya. Dengan menyemak beg, anak tahu kita memang ambil berat dan ambil tahu apa yang dilakukan olehnya. 6) Menjaga hubungan yang baik dengan guru dan pihak sekolah. Sebagai ibu bapa, cuba cari peluang merapatkan diri dengan pihak sekolah. Hadir di mesyuarat PIBG. Ambil peluang pada hari bertemu guru. Hulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang, tenaga, masa atau buah fikiran. Elakkan dari sentiasa mengkritik dan mencari salah guru. Jika ada sesuatu yang perlu ditegur cuba sampaikan dengan cara yang terbaik. Tawarkan diri sebagai orang yang bersedia melibatkan diri sama ada sebagai ahli jawatan kuasa PIBG atau sukarelawan. Ibu bapa yang rapat dengan sekolah membolehkan anak mereka mendapat perhatian yang lebih dan diberikan pelbagai peluang. Anak-anak juga tidak berani melakukan sesuatu yang melanggar peraturan. Mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya. 7) Sentiasa jangkakan kejayaan anak. Sebagai ibu bapa usah sama sekali merendahkan kebolehan anak atau merasakan yang anak tidak boleh cemerlang. Cari cara bagi membantu anak memahami pelajarannya. Tidak ada seorang anak pun yang mahu gagal atau mendoakan supaya dia gagal. Semuanya mahu berjaya cuma mereka tidak tahu cara. Mereka buntu lalu wujudlah persepsi yang salah tentang kebolehan diri dalam minda mereka. Ibu bapa yang tidak berputus asa mengharap rahmat Allah dan terus mencuba biasanya akan mendapat hasilnya. Cubalah pelbagai cara dan kreatif dengan pendekatan. Yakinlah bahawa anak kita boleh berjaya. 8) Masukkan anak-anak ke program motivasi. Mungkin ibu bapa tidak yakin tetapi penglibatan saya selama lebih enam belas (16) tahun menjalankan seminar Motivasi Alihan Pelajar (MAP) di seluruh negara telah membuktikan ramai anak-anak mendapat keputusan peperiksaan yang baik selepas menghadiri program ini. Dalam seminar ini anak-anak diajar tentang hala tuju mereka, pembentukan sikap, kemahiran dan strategi belajar efektif, serta benteng diri dan amalan kerohanian. Ada pelajar yang sebelum ini tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan setelah dua bulan hadir ke seminar MAP akhirnya mendapat semua A. Ada yang asalnya dari kelas yang bawah meningkat naik ke kelas yang pertama. Ada yang sebelum ini malas solat menjadi rajin. Yang degil menjadi taat. Yang malas menjadi rajin. Sebab apabila minda sudah jelas tentang apa yang dimahukan dan

membuatkan anak-anak hilang rasa hormat. Asal sahaja dalam soal lain kita lebih bertolak ansur seperti waktu menonton televisyen, bermain, berkawan dan sebagainya. Anak-anak akan faham bahawa apabila tiba waktu belajar, ibu bapanya tidak akan bertolak ansur dengan sikap yang main-main.

cara belajar yang betul sudah diketahui disampai semangat belajar yang berkobar-kobar, perkara yang mustahil menjadi mungkin. Malah sepannjang cuti sekolah yang bakal tiba ini Motivasi Alihan Pelajar akan dijalankan di seluruh negara, Hubungi 03-22734622 atau 016- 5580719 atau layari lama www.laman-map.com bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran.

Anda mungkin juga menyukai