Anda di halaman 1dari 6

Panduan Menjadi

Guru Di Rumah
Teknik ringkas untuk mengajar anak-anak pelajaran
sekolah.
Panduan Menjadi Guru Di Rumah

Pendahuluan.

Selepas anak-anak anda belajar di sekolah atau tadika, anda perlu sentiasa memantau
keadaan mereka di rumah. Di sekolah terdapat ramai pelajar dan anak-anak anda
mungkin tidak faham apa yang di pelajari oleh mereka. Anak anda juga mungkin ada
sifat pemalu untuk bertanya kepada guru mereka di sekolah. Jadi, adalah penting
untuk anda memantau keadaan pelajaran mereka.

Anda tidak perlu ada ijazah untuk menjadi guru pada anak-anak kerana ibu bapa
adalah guru sebenar anak-anak. Anda juga tidak perlu menjadi pandai untuk mengajar
anak anda kerana apa yang perlu lakukan adalah hanya memantau keadaan mereka
bukannya mengajar secara terus. Ini bermakna, anda perlu ambik tahu apa yang anak
anda tidak faham dan apa yang anak anda faham.

Jika anda pandai, anda boleh ajar anak anda. Jika anda tidak mampu untuk mengajar,
anda boleh mendidik anak anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut
seperti memaksa anak anda untuk bertanya pada guru, upah guru tuisyen dan
sebagainya.

Di dalam laporan ringkas ini, saya menulis panduan ringkas bagaimana hendak
menjadi seorang guru di rumah. Selamat membaca.

Kesabaran itu penting.

Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai
sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat
bengis. Ada di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham
sesuatu yang mereka rasa senang.

Apapun, tindakan mereka salah kerana anak-anak adalah suci dan tidak tahu apa yang
mereka perlu lakukan. Kebolehan anak-anak tidak sama dengan kebolehan anda
sebagai ibu bapa. Jadi, anda perlu ada sifat sabar ketika mendidik anak-anak anda di
rumah. Anak-anak perlukan bantuan dari anda.

Mungkin di sekolah, guru yang mengajar mempunyai sifat garang. Jika anda turut
mempunyai sifat garang, ia mungkinakan menyebabkan anak anda berada dalam
keadaan yang lebih tertekan. Ini kerana mereka risau kerana akan di marahi oleh anda
jika mereka melakukan kesilapan.

Panduan Menjadi Guru Di Rumah


Page 1
Panduan Menjadi Guru Di Rumah

Ketika mendidik, anda perlu sentiasa menerapkan perasaan sabar. Objetktif anda
menjadi guru di rumah adalah untuk memastikan anak-anak anda tahu apa yang
mereka perlu tahu dan faham apa yang mereka belajar di sekolah atau lebih tepat
memantau prestasi pelajaran anak-anak anda.

Penyesuaian diri.

Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan anak-anak anda. Cara mereka
mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain. Anak anda mungkin
akan lebih cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan gambar rajah,
peta minda atau lain-lain. Anda perlu peka keadaan anak anda.

Ada juga di kalangan anak anda yang memang secara semulajadi memiliki akal yang
bernas. Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu
pelajaran itu. Ada juga di kalangan anak anda yang sangat lambat menerima sesuatu
ilmu. Jadi anda perlu pantas dalam menilai kepakaran dan kemahiran yang ada dalam
diri anak anda.

Anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan anak anda. Ada anak yang suka bersukan
dan beriadah. Ada juga yang tidak suka bersukan tetapi lebih suka menghabiskan
masa bermain permainan video dan duduk di rumah. Anda jangan paksa anak anda
melakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Sesuaikan diri dengan perangai mereka.

Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran anak anda. Barulah anda tentukan teknik
yang sesuai untuk mendidik anak anda. Sebenarnya, memantau dan mengajar anak
belajar di rumah adalah lebih baik dari menghantar mereka ke tuisyen. Ini kerana, kita
tidak tahu sama ada anak anda suka atau memperoleh sesuatu jika anda menghantar
mereka ke sana.

Memantau anak belajar bermakna belajar bersama dengan mereka. Jika mereka tidak
faham sesuatu, anda boleh terangkan kepada mereka jika anda tahu. Jika anda tidak
tahu, cuba anda adakan perbincangan dengan anak anda untuk mencari penyelesaian
bersama-sama. Anda boleh gunakan internet untuk mencari maklumat. Jika masih
tidak jumpa, anda suruh anak anda tanya pada guru di sekolah. Pastikan ada
penyelesaiannya.

Panduan Menjadi Guru Di Rumah


Page 2
Panduan Menjadi Guru Di Rumah

Empat masalah utama anak yang perlu anda kenal pasti.

Ada empat masalah utama yang menganggu anak anda dari menunjukkan prestasi
yang memberangsangkan di dalam pelajaran. Empat masalah tersebut adalah degil,
otak yang tidak mampu menerima ilmu dengan cepat, tidak minat pada ilmu tertentu
dan ADHD. Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Cuma yang membezakan
mereka adalah garisan permulaan.

Ada orang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang cerdas, ada orang
yang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang kurang aktif dan perlu
melatih otak mereka dengan sendiri untuk mencerdaskan otak mereka. Ada di
kalangan anak anda sebenarnya sangat bijak tetapi mereka degil. Mereka degil untuk
belajar. Mereka tidak belajar dengan dengan sebetul-betulnya. Mereka tidak membuat
latihan, tidak membaca dan sebagainya.

Untuk menangani masalah anak degil, anda perlu pandai memujuk mereka untuk
belajar. Kadangkala, mereka sebenarnya masih tidak matang. Mereka masih suka
bermain. Sebenarnya jika anak anda berada di sekolah rendah, biarkan mereka
bermain kerana itu adalah cara mereka untuk mengasah bakat mereka. Apabila masuk
ke sekolah menengah, barulah anda memujuk mereka untuk belajar demi masa
hadapan mereka.

Ketika ini, mereka sudah sedikit matang dan akan mengikut cadangan anda. Sebab itu,
adalah penting ketika mereka kecil anda rapat dengan mereka supaya apabila mereka
meningkat remaja, mereka akan dengar cakap anda. Ketika kecil, mereka mungkin
manja dan suka bermain. Apabila meningkat remaja, mereka sudah matang dan jika
anda rapat dengan mereka, mereka akan dengar cadangan dan pendapat anda.

Masalah kedua yang membelenggu anak anda adalah mereka berada dalam keadaan
tidak bersedia untuk belajar iaitu mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu.
Untuk selesaikan masalah ini, anda perlu kaji apa kenapa anak anda tidak bersedia.
Selalunya, mereka tidak bersedia di sebabkan corak pembelajaran yang agak serius.

Mereka masih kanak-kanak dan kiran mereka penuh dengan keseronokan. Di sekolah,
pembelajaran mungkin agak serius. Ini membuatkan mereka rasa tertekan dan malas
hendak belajar. Jadi, mereka bukannya bodoh tetapi mereka cuma berada dalam
keadaan yang tidak sesuai dengan mereka.

Panduan Menjadi Guru Di Rumah


Page 3
Panduan Menjadi Guru Di Rumah

Jangan cepat hukum mereka. Mereka mungkin boleh melakukan yang terbaik jika
anda ubah corak pengajaran. Jika anak anda ada ADHD, anda perlu dapatkan nasihat
dari pakar. Anda boleh pergi ke klinik kanak-kanak untuk kaunselling yang lebih tepat.

Masalah keempat yang mengganggu prestasi pelajaran anak anda adalah tidak minat
pada subjek tertentu. Untuk atasi masalah ini, anda kenal pasti semua pelajaran yang
anak anda minat dan anak anda tidak minat. Bagi pelajaran yang anak anda minat,
anda asah dia supaya cemerlang dan boleh ke tahap maksimum. Bagi pelajaran yang
anak anda tidak minat, anda boleh gunakan cara yang berbeza untuk mengajar
mereka. Kadangkala, anak anda bukan tidak minat, cuma mereka tidak nampak
potensi pelajaran tersebut.

Aura pembelajaran yang positif.

Positif bermakna bagus. Dalam proses anda mendidik anak anda di rumah, aura
positif perlu di terapkan. Tiada peraturan yang menyatakan kita perlu memarahi
manusia yang bodoh atau kurang pandai dalam pelajaran. Anda perlu tenang dan
sentiasa terapkan aura positif di dalam aktiviti pembelajaran.

Contohnya, jika anak anda berjaya menyelesaikan satu masalah atau memahami
sesuatu yang agak sukar atau berjaya ke peringkat seterusnya, anda puji atas kejayaan
mereka. Jadi, mereka akan sentiasa bersemangat kerana mereka rasa usaha mereka di
hargai.

Bagi anak yang lambat faham atau melakukan kesalahan. Jangan hukum mereka,
tetapi beri galakan kepada mereka dengan cerita motivasi atau tenangkan kiran
mereka. Jangan beri tekanan, biar masa yang mematangkan mereka.

Untuk anak yang degil dan malas, anda perlu hukum mereka dengan lembut. Bagi
mereka yang degil, jika kita melayan mereka dengan terlalu lembut, mereka akan pijak
kepala. Jika kita layan mereka dengan terlalu keras, mereka akan mula memberontak.
Jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan mereka adalah tidak
mengendahkan mereka.

Panduan Menjadi Guru Di Rumah


Page 4
Panduan Menjadi Guru Di Rumah

Jangan berleter atau memarahi mereka tetapi cakap dengan lembut pada mereka
bahawa anda tidak suka kalau anak anda degil. Selepas itu, jangan endahkan mereka.
Anak tersebut pasti akan mula sedar dan akan mendengar cakap anda. Pujuk mereka
yang anda mahu mereka jadi pandai demi masa hadapan. Jangan gelojoh, biar masa
yang tentukan segalanya.

Anak adalah segalanya. Kadangkala, anak anda tidak perlu menjadi terlalu pandai
tetapi cukuplah mereka tahu bagaimana hendak berdikari nanti. Beri peluang pada
otak anak anda untuk berkembang dengan sendirinya. Biarkan masa menentukan
semuanya. Sama ada anak anda menjadi doktor, kerani, guru atau apa sahaja, biarlah
mereka dengan takdir mereka. Asalkan mereka mampu berdikari dengan sendiri, anda
sudah berjaya menjadi ibu bapa kepada mereka.

Panduan Menjadi Guru Di Rumah


Page 5

Anda mungkin juga menyukai