Anda di halaman 1dari 2

SURAU IMPIAN EHSAN

Jalan Cengal 1, Taman Impian Ehsan,


43300 Seri Kembangan, Balakong, Selangor Darul Ehsan
Tel. : 013-341 4485 (Pengerusi ) / 012-963 3713 (SU)
surau.tie@gmail.com

SENARAI SEMAK - IKHTIAR PEMBASMIAN VIRUS CONVID-19


NOTA :-
1. Merujuk kepada Kenyataan Akhbar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mulai 17 Mac hingga 17 April 2020, Jabatan
Agama Islam Selangor dengan ini menetapkan agar aktiviti pembasmian virus COVID-19 dilaksanakan di semua
masjid, surau, musolla, sekolah dan pejabat:
2. Proses pelaksanaan pembasmian ini hendaklah dilakukan oleh beberapa orang (secara terhad maksima 5 orang
yang diyakini tidak mempunyai gejala COVID-19) secara berperingkat dalam tempoh 10 hari pertama ketetapan
Penguatkuasaan Penangguhan Pelaksanaan Solat Jumaat, Solat Berjemaah, Program Pengimarahan dan
Kemasyarakatan di Semua Masjid, Surau serta Musolla di Negeri Selangor.
3. Ketetapan bagi individu yang terlibat melakukan aktiviti pembasmian:
i. Memastikan diri tidak mempunyai gejala.
ii. Tidak terlibat dengan apa-apa kontak dengan individu yang positif COVID-19.
iii. Bukan individu yang menunggu keputusan pemeriksaan COVID-19.
iv. Hendaklah sentiasa mengambil langkah-langkah kawalan menghalang penerimaan secara langsung seperti
penggunaan glove dan mask
4. Pembasmian virus boleh dilakukan menggunakan larutan campuran pembasmi virus yang terdapat di pasaran. Bahan yang
diperlukan:
i. Sodium Hipocloride (Clorox)
ii. Air
iii. Bekas
iv. Kain
v. Alat penyembur pada kadaran pancuran halus atau dengan sapuan ( wipe) bagi memastikan permukaan
(surface) diliputi oleh bahan pembasmi virus.

CONTOH

Ruangan
berkapasiti
besar Ruangan berkapasiti
kecil

5. Berikut anggaran campuran larutan tersebut:


AIatan Kekuatan Anggaran campuran
campuran

1 bekas
cecair
200 ml *Penggunaan bekas yang
Lantai/ cecair sama untuk mengukur air
pembasmi
tandas/ permukaan 0.05% pembasmi
kuman dan dan cecair pembasmi
alatan kuman dan
99 bekas
air· 20 liter air kuman

1 bekas
cecair 40 ml cecair *Pastikan alatan dan
Baju/mainan/pinggan
0.01%
pembasmi pembasmi pembersihan dibilas dengan
mangkuk kuman dan kuman dan air bersih dan dikeringkan.
500 bekas 20 liter air
air•
6. lkhtiar pembasmian ini adalah meliputi ruang berikut :-

i. Dinding termasuk tiang berukuran setinggi capaian tangan orang berdiri (anggaran ketinggian 8 kaki
daripada lantai).

ii. Karpet dengan menggunakan vacuum haba (steam) dengan syarat dengan membuka semua pintu
dan ruang pengudaraan semasa proses vacuum dibuat.

iii. Semua permukaan yang kerap disentuh seperti lantai, tangga, tombol pintu, kepala paip, cermin,
tempat pemegang (railing), meja, kerusi.

iv. Semua tempat termasuk di lokasi guna sama seperti kantin, pusat sumber, bilik makmal, setor
sukan, tandas, tempat menunggu, tempat berhimpun, dan sebagainya.

v. Telekung dan langsir hendaklah dibasuh.

vi. Sejadah hendaklah di 'vacuum' atau dijemur di tempat panas.

vii. Semua alat mainan, pinggan mangkuk yang berada di lokasi hendaklah juga dilaksanakan proses
pembasmian virus.

viii. Penghawa dingin hendaklah ditutup ketika proses pembasmian dijalankan.

Di Sediakan Oleh: Di Semak Oleh:

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Mohd Anizar Bin Mat Ghani Nama: Zainuddin Bin Haji Busu
Jawatan : Setiausaha Jawatan : Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai