Anda di halaman 1dari 11

KOLEKSI KATA

INSPIRASI
Daripada Tokoh-Tokoh Dunia
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia

Kata-kata manusia itu dapat mengubah hati dan pemikiran manusia. Manusia yang mendengar itu pasti

akan tertarik dan terdorong untuk berubah apabila kena dengan caranya.

Dengan niat yang baik kami cuba bawakan segmen khas  ”Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia”

khas untuk anda. Semoga kata-kata yang baik dan bermakna ini mampu memberi inspirasi kepada

individu yang lain. Lebih-lebih lagi kata-kata seperti ini juga bukanlah kata-kata biasa, sebaliknya ia kata

yang mampu memberi maksud yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

Jika anda antara individu yang sedang berjinak-jinak didalam dunia keusahawanan, mungkin kata-kata

bijak ini mampu memberi semangat dan motivasi kepada anda untuk terus melangkah jauh didalam

dunia perniagaan.

Semoga koleksi ini akan memberi manfaat kepada anda semua.

Page 1
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

 “ Saya memilih orang malas untuk melakukan tugas yang sukar


kerana orang malas pasti mencari jalan yang paling mudah untuk
melakukannya. ”

Bill Gates

William Henry Gates III atau  dikenali sebagai Bill Gates ialah individu yang bertanggungjawab untuk

mengasaskan Microsoft Corporation bersama Paul Allen. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua

Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian

terbesar di dunia.

“ Kita tidak pernah kekurangan wang, kita kekurangan orang yang


berimpian. Orang yang sanggup mati demi impian mereka. ”

Jack Ma

Jack Ma adalah individu yang bertanggungjawab mengasaskan Ali Baba Group . Beliau adalah

Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang

sangat berjaya. Beliau adalah pengusaha dari China pertama yang muncul di muka depan Forbes.

Page 2
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Soalan yang biasa ditanya didalam perniagaan adalah “kenapa”? Itu


adalah soalan yang bagus, tetapi soalan yang sepatutnya ditanya
adalah “kenapa tidak? ”

Je Bezos

Je rey Preston “Je ” Bezos adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengasaskan Amazon. Beliau

merupakan entrepreneur dunia teknologi yang memainkan peranan yang sangat besar didalam

pertumbuhan e-dagang dunia di mana menjadi orang yang bertanggungjawab sebagai pengasas dan

CEO kepada syarikat perdagangan atas talian, Amazon.com.

“ Ia mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan lima


minit untuk merosakkannya. Jika anda ber kir tentang itu, anda akan
melakukan sesuatu yang berbeza . ”

Warren Edward Bu ett

Warren Edward Bu ett ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika

Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham

terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.

Page 3
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Kami hanya mahu melakukan satu perkara dan lakukannya dengan


baik. ”

Jan Koum

Jan Koum adalah CEO dan pengasas WhatsApp bersama Brian Acton. WhatsApp merupakan sebuah

aplikasi pesanan ringkas internet yang dimiliki oleh Facebook Inc. pada Februari 2014 dengan nilai $19

billion. Koum dibesarkan di sebuah desa di luar Kiev, Ukraine. Ia pindah ke California bersama ibu dan

neneknya tahun 1992. Pada ketika ini Koum memegang 45% saham WhatsApp dengan nilai hampir US$7

billion.

“ Jika seseorang menawarkan kepada anda satu peluang yang luar


biasa tetapi anda tidak pasti sama ada anda boleh atau tidak untuk
melakukannya, Katakan ya, belajar bagaimana untuk melakukannya
kemudian. ”

Sir Richard Branson

Sir Richard Branson Charles Nicholas  adalah seorang ahli perniagaan dan pelabur  yang

bertanggungjawab untuk mengasaskan Virgin Group yang terdiri daripada hampir 400 buah syarikat.

Beliau sangat terkenal dengan keupayaan beliau untuk menjalankan perniagaan walaupun beberapa

kali kegagalan.

Page 4
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Risiko yang paling besar adalah tidak mengambil sebarang risiko.


Dalam dunia yang berubah dengan cepat, satu-satunya strategi yang
dijamin gagal adalah tidak mengambil risiko. ”

Mark Elliot Zuckerberg

Mark Elliot Zuckerberg ialah seorang pengaturcaraan dan Entrepreneur yang berasal daripada Amerika.

Beliau adalah salah seorang daripada 5 orang pengasas laman sosial Facebook. Zuckerberg adalah

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Facebook. Difahamkan nilai kekayaan peribadi beliau pada Julai 2015

adalah 38 billion. Zukerberg menerima gaji sebanyak 1 dollar sebagai CEO Facebook.

“ Jangan bimbang tentang kegagalan, anda hanya perlu betul sekali. ”

Andrew W. “Drew” Houston

Andrew W. “Drew” Houston merupakan seorang usahawan Internet Amerika yang terkenal kerana

menjadi pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dropbox, sandaran dan penyimpanan perkhidmatan

dalam talian. Menurut majalah Forbes, nilai bersih harta kekayaan beliau adalah berjumlah $ 1.3 bilion.

Page 5
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Jangan takut kepada kesilapan, mereka bukan siapa-siapa ”

Batu Dewey Davis III

Batu Dewey Davis III adalah seorang  pemuzik jazz, trompet, bandleader, dan komposer. Beliau dianggap

sebagai salah satu daripada pemuzik yang paling berpengaruh dan inovatif di abad yang ke-20 ini. Miles

Davis adalah mereka yang bertanggungjawab didalam mengangkat muzik jazz, termasuk bebop, cool

jazz, hard bop, modal jazz, and jazz fusion.

“ Semua orang ber kir untuk mengubah dunia, tetapi tidak ada
seorang pun yang ber kir untuk mengubah dirinya sendiri. ”

Lev Nikolayevich Tolstoy

Lev Nikolayevich Tolstoy atau lebih dikenali sebagai Leo Tolstoy, adalah seorang novelis yang berasal

daripada Rusia. Beliau dianggap sebagai salah satu tokoh yang disegani didalam dunia kesasteraaan

dunia.Karya-karya beliau yang terkenal adalah Perang dan Keamanan (1869) dan Anna Karenina (1877).

Pemikiran yang positif itu adalah satu perkara yang penting kerana ia menjadi sumber kekuatan kepada

diri untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dengan minda yang positif, kita pasti dapat mengubah

pandangan kita mengenai “masalah” kepada “cabaran”, “kesusahan” sebagai “ujian” dan “impian” sebagai

“matlamat”.

Page 6
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Terdapat banyak cabaran di dalam hidup tetapi kebanyakan orang


memilih untuk lari daripadanya. Mereka gagal untuk melihat
yang cabaran itu mampu membuatkan anda lebih bertanggungjawab
dan lebih kuat. ”

Azizan Osman

Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Richworks International

yang mempunyai perniagaan dan pelaburan  lebih 27 buah syarikat antaranya agensi pengiklanan

berakreditasi AAAA, syarikat pengurusan acara, syarikat perunding latihan dan pembangunan modal

insan dan penerbitan buku serta syarikat pelaburan hartanah. Beliau juga merupakan Pengasas Koperasi

Permodalan Usahawan Selangor Berhad.

“ Percaya kepada sesuatu yang sukar untuk dipercayai, impikan


sesuatu yang mustahil, dan jangan pernah katakan “tidak” sebagai
jawapan. ”

Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Tan Sri Anthony Francis Fernandes atau turut dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan

dari Malaysia yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan

slogannya “now everyone can y”. Beliau juga merupakan Ketua pegawai eksekutif dan Pengarah AirAsia

Berhad, pengasas Tune Group Sdn Bhd , Pengerusi QPR Holdings Ltd dan juga Pengasas dan bekas

Ketua Pasukan Caterham F1.

Page 7
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Bagaimana anda bersaing apabila anda sangat kecil? Pilih niche. ”

Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak

Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau

merupakan pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia

perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri

kedua Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohammad Noah , serta adik kepada Perdana Menteri keenam

(sekarang) iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak.

Maksud Niche : Pasaran tertumpu atau segmen pasaran

“ Pendidikan mesti tentang memperkasakan diri dan motivasi,


keupayaan dan pembentukan peribadi. Ia tidak hanya
sekadar membaca dan menulis. ”

Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr. Lim Kok Wing

Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr. Lim Kok Wing adalah Presiden dan pengasas kepada Universiti Teknologi

Kreatif Limkokwing yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing

(bahasa Inggeris: Limkokwing University Of Creative Technology) merupakan salah sebuah institusi

pendidikan tinggi swasta di Malaysia yang bertaraf dunia dan menjadi tumpuan pelajar dari seluruh

dunia.

Page 8
Koleksi Kata Inspirasi Daripada Tokoh Dunia Bahagian 1

“ Kita berada di dunia yang mencabar. Yang malas akan ketinggalan.


Cuma yang berusaha akan berjaya. ”

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai “Dr. M” dan nama penanya Che Det merupakan

Perdana Menteri Malaysia yang ke 4. Beliau digelar sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” kerana menjadi

seorang negarawan yang banyak berjasa kepada Malaysia sehingga menjadikan Malaysia sebuah

negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.

Page 9
Koleksi Kata
Inspirasi Daripada
Tokoh Dunia

Kata-kata inspirasi yang baik mampu menjadikan anda seorang


yang bermotivasi untuk menempuhi kehidupan di dunia yang
semakin mencabar. Ini kerana ia bukan ungkapan biasa,
sebaliknya ia ungkapan yang mempunyai pelbagai makna yang
tersirat yang mendorong orang yang ingin berjaya untuk berjaya.

Anda mungkin juga menyukai