Anda di halaman 1dari 2

Beberapa tip ke Aceh.

1. Airport agak jauh dari Banda Aceh, perjalanan lebih kurang 30 minit dengan kereta.

2. Banda Aceh penuh dengan motosikal yang dipandu laju, dan pemandu tidak
menghormati lampu trafik, hati-hati bila menyeberang jalan.

3. Tempat kesan tsunami boleh di lawati didalam masa 2 hari dengan perjalanan santai.

4. Masjid yang tiada terkesan oleh tsunami yang perlu dilawati adalah Baiturrahman,
Baiturrahim dan Rahmatullah.

5. Siap kan duit kecilan apabila melawat tempat tarikan untuk sedekah dan hadiah.

6. Makanan Aceh seperti makanan Sunda tidak seperti makanan di Malaysia. Makanan
yang perlu dirasai adalah *ayam tangkap dan mee Razali*.

7. Anda perlu merasai Kopi Gayo dari Takengon dan Kopi Luwak yang tersangat murah
(17,000 Rp). Anda boleh minum kopi di Cafe berhadapan Restoren mee Razali.

8. Pemandangan pergunungan dan pesisiran pantai di Geurutee sangat cantik, 1 jam


perjalanan dari Banda Aceh.

9. Tiket feri ke Sabang Pulau Weh berharga 80,000 Rp one way.

10. Snorkeling hanya di Iboih. Freddies dan Casanemo hotel adalah di pantai Sumur 3
di Sabang. Jika anda tinggal di Sabang, anda perlu ke Iboih sejauh 45 km dengan
kereta perjalanan 1 jam untuk snorkeling.

11. Tiada penghawa dingin di dalam hotel Freddies dan Casanemo. Kebanyakan
pelawat rekomen Freddies. Kedua hotel ini jauhnya 2 km dari pekan Sabang melalui
jalan yang berbukit.

12. Anda perlu menyewa kereta di Sabang kerana tempat tarikan sangat jauh dan jalan
berbukit. Saya tidak rekomen sewa motor kapcai kerana merbahaya.

13. Sewaan kereta Sabang disebelah kanan selepas keluar dari terminal feri, berharga
400,000 Rp sehari. Tambah 200,000 Rp jika perlu khidmat supir.

14. Bawa *surat nikah jika datang berkelamin* ke hotel.


15. Baca sejarah Aceh dan sejarah tsunami terlebih dahulu sebelum melawat ke Aceh.

16. Di setiap tempat kesan tsunami mesti ada ‘unofficial guide’. Sediakan wang kecil
untuk mereka.

17. Beli Simcard Telkomsel kerana signal 3G yang merata di Aceh. 2GB data hanya
48,000 Rp.

18. Sabang adalah pekan terbesar di Pulau Weh tetapi orang Aceh membahasakan
Pulau Weh sebagai Sabang. Ramai yang keliru.

Anda mungkin juga menyukai