Anda di halaman 1dari 10

Panduan menjadi guru di Rumah.

Teknik ringkas untuk mengajar anak-anak pelajaran sekolah.


Pendahuluan.

Selepas anak-anak anda belajar di sekolah atau tadika, anda perlu sentiasa memantau
keadaan mereka di rumah. Di sekolah terdapat ramai pelajar dan anak-anak anda
mungkin tidak faham apa yang di pelajari oleh mereka. Anak anda juga mungkin ada
sifat pemalu untuk bertanya kepada guru mereka di sekolah. Jadi, adalah penting untuk
anda memantau keadaan pelajaran mereka.

Anda tidak perlu ada ijazah untuk menjadi guru pada anak-anak kerana ibu bapa adalah
guru sebenar anak-anak. Anda juga tidak perlu menjadi pandai untuk mengajar anak
anda kerana apa yang perlu lakukan adalah hanya memantau keadaan mereka
bukannya mengajar secara terus. Ini bermakna, anda perlu ambik tahu apa yang anak
anda tidak faham dan apa yang anak anda faham.

Jika anda pandai, anda boleh ajar anak anda. Jika anda tidak mampu untuk mengajar,
anda boleh mendidik anak anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut
seperti memaksa anak anda untuk bertanya pada guru, upah guru tuisyen dan
sebagainya.

Di dalam laporan ringkas ini, saya menulis panduan ringkas bagaimana hendak menjadi
seorang guru di rumah. Selamat membaca.
Kesabaran itu penting.

Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat
sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat bengis. Ada
di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham sesuatu yang
mereka rasa senang.

Apapun, tindakan mereka salah kerana anak-anak adalah suci dan tidak tahu apa yang
mereka perlu lakukan. Kebolehan anak-anak tidak sama dengan kebolehan anda sebagai
ibu bapa. Jadi, anda perlu ada sifat sabar ketika mendidik anak-anak anda di rumah.
Anak-anak perlukan bantuan dari anda.

Mungkin di sekolah, guru yang mengajar mempunyai sifat garang. Jika anda turut
mempunyai sifat garang, ia mungkinakan menyebabkan anak anda berada dalam
keadaan yang lebih tertekan. Ini kerana mereka risau kerana akan di marahi oleh anda
jika mereka melakukan kesilapan.

Ketika mendidik, anda perlu sentiasa menerapkan perasaan sabar. Objetktif anda
menjadi guru di rumah adalah untuk memastikan anak-anak anda tahu apa yang mereka
perlu tahu dan faham apa yang mereka belajar di sekolah atau lebih tepat memantau
prestasi pelajaran anak-anak anda.
Penyesuaian diri.

Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan anak-anak anda. Cara mereka
mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain. Anak anda mungkin akan
lebih cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan gambar rajah, peta
minda atau lain-lain. Anda perlu peka keadaan anak anda.

Ada juga di kalangan anak anda yang memang secara semulajadi memiliki akal yang
bernas. Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu
pelajaran itu. Ada juga di kalangan anak anda yang sangat lambat menerima sesuatu
ilmu. Jadi anda perlu pantas dalam menilai kepakaran dan kemahiran yang ada dalam
diri anak anda.

Anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan anak anda. Ada anak yang suka bersukan dan
beriadah. Ada juga yang tidak suka bersukan tetapi lebih suka menghabiskan masa
bermain permainan video dan duduk di rumah. Anda jangan paksa anak anda
melakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Sesuaikan diri dengan perangai mereka.

Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran anak anda. Barulah anda tentukan teknik
yang sesuai untuk mendidik anak anda. Sebenarnya, memantau dan mengajar anak
belajar di rumah adalah lebih baik dari menghantar mereka ke tuisyen. Ini kerana, kita
tidak tahu sama ada anak anda suka atau memperoleh sesuatu jika anda menghantar
mereka ke sana.
Memantau anak belajar bermakna belajar bersama dengan mereka. Jika mereka tidak
faham sesuatu, anda boleh terangkan kepada mereka jika anda tahu. Jika anda tidak
tahu, cuba anda adakan perbincangan dengan anak anda untuk mencari penyelesaian
bersama-sama. Anda boleh gunakan internet untuk mencari maklumat. Jika masih tidak
jumpa, anda suruh anak anda tanya pada guru di sekolah. Pastikan ada penyelesaiannya.
Empat masalah utama anak yang perlu
anda kenal pasti.

Ada empat masalah utama yang menganggu anak anda dari menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan di dalam pelajaran. Empat masalah tersebut adalah degil, otak yang
tidak mampu menerima ilmu dengan cepat, tidak minat pada ilmu tertentu dan ADHD.
Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Cuma yang membezakan mereka
adalah garisan permulaan.

Ada orang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang cerdas, ada orang yang
di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang kurang aktif dan perlu melatih otak
mereka dengan sendiri untuk mencerdaskan otak mereka. Ada di kalangan anak anda
sebenarnya sangat bijak tetapi mereka degil. Mereka degil untuk belajar. Mereka tidak
belajar dengan dengan sebetul-betulnya. Mereka tidak membuat latihan, tidak
membaca dan sebagainya.

Untuk menangani masalah anak degil, anda perlu pandai memujuk mereka untuk
belajar. Kadangkala, mereka sebenarnya masih tidak matang. Mereka masih suka
bermain. Sebenarnya jika anak anda berada di sekolah rendah, biarkan mereka bermain
kerana itu adalah cara mereka untuk mengasah bakat mereka. Apabila masuk ke sekolah
menengah, barulah anda memujuk mereka untuk belajar demi masa hadapan mereka.
Ketika ini, mereka sudah sedikit matang dan akan mengikut cadangan anda. Sebab itu,
adalah penting ketika mereka kecil anda rapat dengan mereka supaya apabila mereka
meningkat remaja, mereka akan dengar cakap anda. Ketika kecil, mereka mungkin
manja dan suka bermain. Apabila meningkat remaja, mereka sudah matang dan jika
anda rapat dengan mereka, mereka akan dengar cadangan dan pendapat anda.

Masalah kedua yang membelenggu anak anda adalah mereka berada dalam keadaan
tidak bersedia untuk belajar iaitu mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu.
Untuk selesaikan masalah ini, anda perlu kaji apa kenapa anak anda tidak bersedia.
Selalunya, mereka tidak bersedia di sebabkan corak pembelajaran yang agak serius.

Mereka masih kanak-kanak dan fikiran mereka penuh dengan keseronokan. Di sekolah,
pembelajaran mungkin agak serius. Ini membuatkan mereka rasa tertekan dan malas
hendak belajar. Jadi, mereka bukannya bodoh tetapi mereka cuma berada dalam
keadaan yang tidak sesuai dengan mereka.

Jangan cepat hukum mereka. Mereka mungkin boleh melakukan yang terbaik jika anda
ubah corak pengajaran. Jika anak anda ada ADHD, anda perlu dapatkan nasihat dari
pakar. Anda boleh pergi ke klinik kanak-kanak untuk kaunselling yang lebih tepat.

Masalah keempat yang mengganggu prestasi pelajaran anak anda adalah tidak minat
pada subjek tertentu. Untuk atasi masalah ini, anda kenal pasti semua pelajaran yang
anak anda minat dan anak anda tidak minat. Bagi pelajaran yang anak anda minat, anda
asah dia supaya cemerlang dan boleh ke tahap maksimum. Bagi pelajaran yang anak
anda tidak minat, anda boleh gunakan cara yang berbeza untuk mengajar mereka.
Kadangkala, anak anda bukan tidak minat, cuma mereka tidak nampak potensi pelajaran
tersebut.
Aura pembelajaran yang positif.

Positif bermakna bagus. Dalam proses anda mendidik anak anda di rumah, aura positif
perlu di terapkan. Tiada peraturan yang menyatakan kita perlu memarahi manusia yang
bodoh atau kurang pandai dalam pelajaran. Anda perlu tenang dan sentiasa terapkan
aura positif di dalam aktiviti pembelajaran.

Contohnya, jika anak anda berjaya menyelesaikan satu masalah atau memahami
sesuatu yang agak sukar atau berjaya ke peringkat seterusnya, anda puji atas kejayaan
mereka. Jadi, mereka akan sentiasa bersemangat kerana mereka rasa usaha mereka di
hargai.

Bagi anak yang lambat faham atau melakukan kesalahan. Jangan hukum mereka, tetapi
beri galakan kepada mereka dengan cerita motivasi atau tenangkan fikiran mereka.
Jangan beri tekanan, biar masa yang mematangkan mereka.

Untuk anak yang degil dan malas, anda perlu hukum mereka dengan lembut. Bagi
mereka yang degil, jika kita melayan mereka dengan terlalu lembut, mereka akan pijak
kepala. Jika kita layan mereka dengan terlalu keras, mereka akan mula memberontak.
Jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan mereka adalah tidak
mengendahkan mereka.
Jangan berleter atau memarahi mereka tetapi cakap dengan lembut pada mereka
bahawa anda tidak suka kalau anak anda degil. Selepas itu, jangan endahkan mereka.
Anak tersebut pasti akan mula sedar dan akan mendengar cakap anda. Pujuk mereka
yang anda mahu mereka jadi pandai demi masa hadapan. Jangan gelojoh, biar masa
yang tentukan segalanya.

Anak adalah segalanya. Kadangkala, anak anda tidak perlu menjadi terlalu pandai tetapi
cukuplah mereka tahu bagaimana hendak berdikari nanti. Beri peluang pada otak anak
anda untuk berkembang dengan sendirinya. Biarkan masa menentukan semuanya.
Sama ada anak anda menjadi doktor, kerani, guru atau apa sahaja, biarlah mereka
dengan takdir mereka. Asalkan mereka mampu berdikari dengan sendiri, anda sudah
berjaya menjadi ibu bapa kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai