Anda di halaman 1dari 5

9 Perkara enting Remaja Perlu Buat Di Usia Muda

Usia remaja adalah zaman yang paling mencabar. Di usia ini, remaja mempunyai sikap ingin
mencuba dan mudah terpengaruh, terutamanya dengan ajakan rakan sebaya.

Seharusnya golongan remaja menggunakan masa remaja ini dengan hal-hal yang berfaedah
agar pengalaman dan pengetahuan ini dapat digunakan ke arah kebaikan kelak.

Dalam Islam, telah dicadangkan beberapa panduan dalam mengisi masa muda ini kepada
golongan remaja, antaranya;

#1 – Menuntut Ilmu Agama

Islam sangat menitikberatkan pendidikan agama terhadap para pemudanya. Semasa usia
remaja inilah, ilmu perlu dicari dan diamalkan agar menjadi remaja yang kukuh keilmuannya.

Islam turut memberi contoh dalam al-Quran tentang kisah pemuda Ashabul Kahfi yang tetap
bertahan keimanan mereka dalam kehidupan masyarakat yang rosak akidahnya.

Ini kerana golongan remajalah yang bakal menjadi pertahanan agama dan negara pada masa
hadapan dan jika lemah iman dan akhlak, bagaimana mereka boleh menjadi tembok yang
kukuh dalam membela Islam?

#2 – Bekalkan Diri Dengan Pengalaman Bekerja

Rasulullah SAW dan para rasul yang lain telah memberi contoh yang baik dalam menjadi
remaja yang berketrampilan. Baginda, semasa kecilnya pernah bekerja sebagai pengembala
kambing bahkan Baginda tidak pernah berhenti membekali diri melalui pengalaman sebagai
peniaga malah berdagang pula ke Syam.

Bagi remaja kini, usah terlalu memilih pekerjaan dan jangan terikut dengan kesenangan dan
komedenan yang tidak memberi erti kepada kehidupan dan usia kita.

Bekerjalah bukan semata-mata menambah duit dan pendapatan sahaja, tetapi untuk mengenali
cabaran hidup dengan menemui orang ramai dan juga untuk mempelajari cara mengendalikan
sesuatu masalah di tempat kerja.

#3 – Hiasi Diri Dengan Akhlak Mulia

Usia remaja sangat dikaitkan dengan masalah moral seperti tidak menghormati golongan yang
lebih tua dan sebagainya.

Islam sangat menuntut umatnya terutama generasi muda untuk berakhlak mulia dan menjauhi
perbuatan yang tidak berakhlak dalam Islam.

Lihatlah bagaimana akhlak Rasulullah ketika Baginda masih kecil dan remaja, yang digelar
sebagai ‘al Amiin (orang terpercaya) oleh orang kafir Quraisy.

Jika usia remaja, akhlak kita sudah lemah, tidakkah terbawa-bawa sampai ke tua?
#4 – Mencari Idola Terbaik

Imam Malik pernah mengirim anaknya kepada Rabi’ah untuk belajar tentang akhlak yang mulia
sebelum menuntut ilmu. Namun berbeza dengan zaman moden hari ini yang lebih gemar
menjadikan artis, ahli politik, ahli sukan sebagai idola.

Lebih malang lagi ada dalam kalangan masyarakat kita yang menjadikan golongan yang tidak
berakhlak sebagai ikutan, walhal dengan meneladani mereka sedikit pun tidak menguntungkan
dan memberi kebaikan di dunia atau akhirat.

Lalu, golongan muda harus menetapkan idola mereka bagi menjadikan mereka lebih terarah
matlamatnya dan faham akan tujuan mereka dihidupkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik ikutan dan pemilik akhlak yang paling agung.

#5 – Hindari Perbuatan Terlarang

Pada usia remaja ini didiklah diri untuk mengawal nafsu dan kehendak yang cenderung kepada
hal yang tidak berfaedah. Dengan itu akan mudah menjauhkan diri dari permasalahan sosial
seperti pengambilan dadah dan sebagainya.

Selain itu, jauhi juga kenalan yang boleh memberi pengaruh kepada hal yang merosakkan
akhlak. Mungkin jika sekali terjerumus, selamanya anda akan berada dalam dunia yang gelap
itu. Lalu sayangilah usia remaja yang datang hanya sekali seumur hidup.

#6 – Memilih Teman Yang Baik

Antara sebab terpenting yang menjerumuskan seseorang ke dalam kesesatan adalah sahabat
baik. Oleh sebab itulah, Islam mengajarkan kepada umatnya adab-adab dalam mencari teman.
Pesan Rasulullah SWT dalam sabda Baginda:

“Dari Abi Hurairah, Rasulullah bersabda: ‘Seseorang itu berada di atas agama
temannya, maka hendaklah kalian melihat siapa yang menjadi teman dekatnya’.” (Hadis
Riwayat Abu Dawud)

Ingatlah, sekali tersalah memilih teman, pasti akan membawa penyesalan selamanya.

#7 – Guna Waktu Dengan Sebaik-Baiknya

Sabda Rasulullah SAW;

“Pergunakanlah yang lima sebelum datang masa yang lima; Masa mudamu sebelum
datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu
sebelum datang masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu dan
masa hidupmu sebelum datang masa kematianmu.”(Hadis Riwayat Hakim)

Walaupun masa muda masih belum disibukan dengan banyak komitmen atau tanggungjawab
lain, itu tidak bermakna masa remaja boleh dihabiskan dengan hiburan, berfoya-foya sebegitu
sahaja. Padahal masa muda inilah yang seharuskan dijadikan pelaburan pada masa hadapan.

Gunalah kesempatan ini seperti bekerja sambilan, menuntut ilmu, menyertai kursus kemahiran
dan pelbagai lagi aktiviti berfaedah.

#8 – Mengembara
Mengembara dan bermusafir sudah menjadi seperti satu ‘trend’ pada masa kini. Sebenarnya
terdapat banyak hikmah pada usia remaja yang dihabiskan dengan aktiviti ini. Dengan
mengembara atau keluar dari tempat sendiri akan mengajar seseorang itu berdikari dengan
cara yang paling bermakna.

Selain memperoleh ilmu kepimpinan diri yang kuat, rasa tangungjawab, serta pengurusan masa
dan wang yang lebih sistematik, sesorang itu boleh juga mendapat pengalaman melalui
perjalanan ke tempat yang bukan kebiasaannya.

Walaupun sekadar untuk bercuti atau melancong, gunakanlah waktu remaja ini untuk melihat
tempat orang yang mungkin peluang ini sudah agak sukar didapati kelak dek kekangan masa
dan komitmen kerja.

#9 – Bergaul Dengan Golongan Berilmu

Walaupun masih muda, cubalah untuk mengenali lebih ramai golongan ilmuan, terutamanya
golongan ulama. Tidak cukup dengan itu, banyakkanlah bergaul dengan mereka supaya sedikit
sebanyak berkat manfaat dari mereka diperolehi seperti ilmu mereka, mahupun kisah dan
pengalaman mereka yang boleh dijadikan pedoman untuk diri sendiri.

Bahkan, melalui pergaulan ini juga boleh menjadi ‘networking’ untuk kegunaan pada masa akan
datang.

Usia remaja bukanlah satu usia yang hanya dihabiskan dengan bersuka-ria tanpa apa-apa
tanggungjawab. Tetapi usia remaja itu adalah satu jangka masa yang harus digunakan untuk
semua hal yang positif lebih-lebih lagi keadaan tubuh masih sihat dan sempurna. Golongan
muda sepatutnya sedar akan pentingnya tubuh dan tenaga mereka kepada ummah dan negara.

Remaja juga harus ingat betapa perlunya mereka menggembangkan semua potensi diri dalam
mengejar ilmu dan pengalaman sebanyaknya demi kepentingan diri sendiri kelak.
Sesungguhnya usia remaja juga menjadi kayu ukur yang penting kepada seluruh kehidupan
seseorang it
5 Tips Untuk Anda Menjadi Remaja Islam Yang Berjaya

Remaja muslim adalah golongan pewaris dan pelapis yang bakal memimpin masa hadapan
ummah. Golongan remaja yang berjaya adalah pemimpin yang terbaik bakal menerajui
kejayaan sesebuah negara.

Jika rosak golongan remaja, maka pincanglah kepimpinan negara kelak. Terdapat beberapa ciri
golongan remaja yang berjaya, antaranya;

#1 – Mendekati Al-Quran

Al-Quran adalah kitab yang sangat relevan sepanjang zaman, sama ada zaman dahulu
sehinggalah pada zaman mendatang. Dengan itu sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan al-
Quran maka tergolonglah dalam kalangan yang maju dan berjaya.

Manakala sesiapa yang jauh daripada al-Quran maka mereka dalam kalangan yang tertinggal
daripada kemajuan. Firman Allah s.w.t;

“Katakanlah, ‘Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenara n (al-Quran)


dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya
(petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka
sesungguhnya kesesatannya itu untuk kecelakaan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah
seorang penjaga terhadap dirimu.”Surah Yunus:108

Al-Quran memberikan panduan yang sangat bersesuaian dengan setiap peringkat umur.
Termasuklah kepada para pemuda yang ingin memajukan diri mereka. Mendekatkan diri
dengan al-Quran adalah dengan rajin membaca, menghafal serta mengamalkan setiap isi
kandungannya.

#2 – Menutup Aurat Dengan Sempurna

Hal ini dapat dilihat dengan perbezaan orang-orang zaman dahulu kala yang tidak
menggunakan pakaian yang lengkap, namun zaman yang kian berubah yang mengubah adab
yang memunculkan rasa malu dan menutupi tubuh.

Dengan itu, apabila seseorang remaja menutup aurat ini bermakna mereka memenuhi ciri-ciri
remaja Islam yang berjaya. Ini juga selaras dengan tuntutan Islam yang mewajibkan umatnya
untuk menutup aurat berlandaskan syariat.

#3 –Berilmu Dan Berwawasan

Berilmu itu bukan sahaja memilik ilmu yang tinggi dalam bidang keagamaan. Hal ini kerana
Islam sendiri adalah agama yang universal dan menyeluruh yang ilmunya bukan sahaja
mengkaji al-Quran dan hadis semata-mata, tetapi pemuda Islam yang berjaya juga mampu
menguasai ilmu-ilmu pengetahuan lain.

Sesungguhnya ilmu Allah adalah sangat tidak terbatas untuk diselami.


#4 – Bersedia Memimpin Dan Dipimpin

Setiap manusia yang diciptakan Allah s.w.t adalah khalifah atau pemimpin, iaitu sekurangnya-
kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Hal ini juga termasuklah pemimpin kepada keluarga,
kumpulan, masyarakat dan negara.

Lalu, pemuda Islam yang berjaya mestilah bersedia menyahut cabaran untuk memimpin
mahupun dipimpin maksudnya tidak menolak amanah dan tugas jika dilantik sebagai pemimpin
dan jika menjadi ahli pula haruslah setia dan bertanggungjawab.

#5 – Berpendirian Teguh

Pemuda Islam yang berjaya dan maju adalah golongan yang sangat tegas dalam memegang
pendirian sendiri. Mereka juga tidak mudah dipermainkan dan mempunyai semangat yang tidak
longgar.

Golongan ini juga sangat istiqamah dan berusaha mengekalkan sikap baik itu. Hal ini
termasuklah tidak malu dalam menunjukkan keislamannya dengan menjaga ibadah dan akhlak
Islam.

Kesimpulannya, golongan muda adalah tunggak masa depan sesebuah negara, bahkan bakal
pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, remaja yang sentiasa dekat dengan Allah s.w.t
sudah tentulah remaja yang layak memimpin dan mampu mendorong orang lain untuk sama-
sama berjaya kelak.

Jadi golongan remaja masa kini harus diingatkan dan didorong untuk tidak melengahkan masa
muda dengan hal yang bakal merosakkan diri mereka. Bahkan bersama-sama mendidik
golongan ini agar menjadi anak muda yang berwawasan dan mengimpikan kejayaan yang
hebat.

Anda mungkin juga menyukai