Anda di halaman 1dari 3

Perkhemahan Mini Pasukan Pengakap PPKI SKTPP 2014

Perkhemahan Mini PPKI telah diadakan seperti butiran berikut:

a)         Hari                 : Rabu

b)         Tarikh             : 30 April 2014

c)         Tempat           : Padang Sekolah SKTPP

d)         Sasaran         : 30 murid PPKI dan 9 orang guru PPKI

Matlamat Utama

Aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan,
mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani
masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan
agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam
sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi mengikut
kemampuan murid.

Objektif Aktiviti Perkhemahan

i.          Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

ii.         Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

iii.      Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk semangat
bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
iv.       Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam
pengisian masa yang terluang.

v.     Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui


aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

vi.        Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru dan murid.

PERJALANAN AKTIVITI

  

7.30 – 8.00     pagi   Pengesahan Kehadiran,    

  Pembahagian Kumpulan

8.00 – 9.00     pagi   Senamrobik

9.00 – 10.00   pagi   Treasure Hunt

10.00 – 10.30 pagi    Rehat

10.30 – 11.30 pagi    Belajar Memasang

   Khemah

11.30 – 1.00 t/hari    Aktiviti Memasak /

   Ikatan Pertolongan Cemas

1.00 – 2.00 petang    Permainan Dalaman /   

   Penutup
Di akhir aktiviti program ini, kesemua murid PPKI dilihat begitu gembira dan seronok dengan pelbagai
acara yang telah dilaksanakan oleh guru dan juga PPM. Semua murid begitu bersemangat hingga ke
akhir program. Kegembiraan setiap murid juga telah berganda apabila di akhir acara, setiap kumpulan
murid telah dianugerahkan hadiah berupa hamper. Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga aktiviti
sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai