Anda di halaman 1dari 6

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN

BAGAIMANAKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN BOLEH DILAKUKAN?


Seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk terdahulu, elemen-elemen dalam segitiga
kebakaran adalah HABA, OKSIGEN dan BAHAN dimana tindak balas kimia berantai
diantara ketiga-ketiga elemen tersebut boleh menyebabkan kebakaran. Pengasingan salah satu
daripada tiga elemen tersebut boleh mencegah kebakaran daripada berlaku.
Adalah mustahil bagi kita untuk mengasingkan oksigen dari udara. Jadi, apa yang boleh
lakukan untuk mencegah kebakaran ialah dengan cara mengenalpasti bahan serta haba dan
mengelakkan percantuman kedua-dua bahan tersebut.
Pencegahan bermakna mengawal/mengelakkan tindak balas kimia berantai daripada berlaku
iaitu dengan cara pengasingan elemen bahan dan elemen haba.
SIAPAKAH YANG BERTANGUNGJAWAB UNTUK MELAKUKAN
PENCEGAHAN INI?
Pencegah kebakaran adalah menjadi tangungjawab setiap penghuni dalam sebuah rumah.
KENAPA PENCEGAHAN PERLU
Seperti yang kita maklum, tuan punya ataupun penyewa akan menerima utama akibat
daripada kebakaran. Kealpaan diri/jiran boleh kehilangan harta benda dan keadaan akan
bertambah buruk sekiranya terdapat nyawa yang terkorban. Oleh itu pencegah awal adalah
amat perlu.
BAHAYA-BAHAYA KEBAKARAN DIRUMAH
Anda boleh menyelamatkan keluarga dan harta benda anda daripada kemusnahan/ kehilangan
akibat dari kebakaran jika anda mengambil langkah-langkah keselamatan pencegahan
kebakaran yang asas.
MEROKOK
Kecuaian akibat merokok adalah satu punca utama kebakaran dirumah. Jika anda merokok,
gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Jangan biarkan bekas abu rokok menjadi
penuh yang boleh menyebabkan habuk panas terjatuh. Pastikan putung rokok dipadamkan
sepenuhnya sebelum dibuang.
Jangan sekali-kali merokok diatas katil atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh
menyebabkan mengantuk.
MANCIS DAN PEMETIK API
Mancis dan pemetik api diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh
kanak-kanak.
GAS MEMASAK

(LPG-liquified Petroleum Gas-gas petroleum cecair)


Ciri-ciri:

Gas LPG lebih berat dari udara


Tidak berbau
Tidak berwarna
Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik)
Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana
kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan
sehingga 2,000c.

Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang
dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan.
Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang
mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar
sehingga titik mula bocor.
Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah
tinggi.
KESELAMATAN KETIKA MEMASAK
Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil
ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.


Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan
berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.
Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain
berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon
bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter).
Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik
terlalu hampir dengan dapur memasak.
Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak
dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api.
Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan
pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati
apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan
akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur.
Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau
ditarik oleh kana-kanak.
Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap
kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi
mengelakkan sebarang stim.
Igatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.
Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.

KANAK-KANAK BERMAIN API


Kanak-kanak memang bersifat igin tahu dan sentiasa tertarik dengan api. Oleh itu, anda tidak
boleh mengharapkan mereka untuk memahami bahaya api tersebut.
Ajarlah anak anda tentang keselamatan kebakaran yang asas terutamanya berkaitan dengan
mancis dan pemetik api serta jelaskan bahawa kedua-dua adalah kegunaan yang tinggi dan
selamat supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
LITAR ELEKTRIK DAN PERALATAN ELEKTRIK
Peralatan elektri boleh menyebabkan kebakaran melalui percitkan atau apabila ia terlalu
panas. Guna perkakas elektrik bagi tujuan yang dinyatakan sahaja dan ia sentiasa dipasang,
diselenggara dan dibaiki oleh seorang yang bertauliah.
FIUS DAN PEMUTUS LITAR
Fius dan pemutus litar direka untuk memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa jika
berlaku lebihan aliran arus. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang
diperlukan bagi sesuatu perkakas elektrik. Jika fius terputus, kenalpasti masalahnya dahulu
sebelum mengantikan fius baru. Jangan gunakan fius yang tidak diiktiraf seperti contoh,
menggantikan fius yang terbakar dengan wayar.
Elakkkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan.
Pastikan terdapat ruang yang mencukupi diantara perkakas elektrik dengan dinding supaya
terdapat pengaliran udara bagi mengelakkan kepanasan.
Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan
longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan. Pastikan
semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi
kerosakan.
Lampu- Gunakan lampu yang mempunyai tahap pengaliran elektri yang bersesuaian sahaja.
LILIN DAN BAHAYANYA
Dikebanyakkan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya jika bekalan elektrik
terputus. Pengendalian lilin yang tidak betul boleh menyebabkan bencana dan statistik
menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah kendali lilin kian meningkat. Jika anda
perlu gunakan lilin, pastikan anda letakkan lilin atas tempat yang stabil. Tempat itu mestilah
bukan daripada bahan mudah bakar disamping mempunyai ruang yang mencukupi bagi
mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

Jangan biarkan lilin atau sebarang punca api terdedah tanpa diawasi walaupun
seketika,terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
Letakkan lilin jauh dari dinding. Langsir, barangan perhiasan dan cecair
mudah bakar.
Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh binatang peliharaan atau tikus dan
jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran/terkena bahan mudah bakar.

Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan


lilin sebelum membuangnya.
Elakkan memasang lilin didalam bilik tidur. Jika tidak dapat dielakkan,
pastikan lilin diletakkan ditempat yang bebas dari langsir, kain dan
sebagainya.
Pastikan lilin yang kedudukannya diatas jauh dari kerusi atau karpet untuk
mengelakkan terbakar jika terjatuh.
Jangan gunakan lilin yang dipasang bagi melihat/menerangi semasa
menambah cecair mudah bakar.
Sentiasa gunakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.

CECAIR MUDAH BAKAR


Semua cecair mudah bakar adalah merbahaya kerana wap yang dikeluarkan oleh cecair
mudah bakar boleh membakar dengan mudah. Wap gasolin boleh membakar dengan percikan
sahaja.

Jauhkan semua bekas/ tin bertekanan serta mempunyai aerosol seperti


penyembur minyak wangi, penyembur rambut, penyembur racun serangga dan
sebagainya daripada punca api yang terdedah. Gas yang terdapat dalam
bekas/tin ini boleh mengembang dengan pantas apabila dipanaskan dan boleh
meletup serta membakar dengan dasyat.
Simpan bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar seperti minyak
tanah, minyak petrol dan sebagainya jauh dan selamat dari punca api yang
terdedah dan juga kanak-kanak.
Jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi minyak tanah
kenderaan. Wap yang dibebaskan semasa mengisi minyak (petrol/diesel)
adalah gas mudah bakar.
Letakkan bekas mudah alih di lantai sebelum mengisi cecair mudah bakar,
contohnya petrol. Jangan mengisi kedalam bekas semasa dalam kenderaan.
Jangan diisi bekas sehingga penuh. Wap cecair mudah bakar akan
mengembang dibawah cuaca biasa dan menambahkan tekanan dalam bekas
yang penuh. Biarkan sedikit ruang lega dalam bekas untuk tujuan ini.

Sifat bebas kebakaran perlu ada dalam diri seseorang. Haba, api, cecair mudah bakar dan
perkakas elektrik memang perlu dan berguna kepada kita tetapi harus diingat bahawa bendabenda ini mempunyai risiko kebakaran jika disalah kendalikan.
UBAT NYAMUK / PELITA
Satu lagi punca kebakaran rumah ialah ubat nyamuk yang dugunakan dengan cara-cara yang
betul. Semasa meletakkan ubat nyamuk yang dipasang anda handaklah memastikannya:

Tidak berhampiran dengan langsir.


Gunakan bekas yang mempunyai penutup.
Jauhkan dari tempat mainan kanak-kanak atau kanak-kanak itu sendiri.
Jauhi dari hiasan rumah.
Jauhi dari tempat tidur bagi mengelakan dari terkana selimut.
Awasi kemungkinan dilanggar oleh binatang peliharaan dan juga yang bukan
peliharaan seperti tikus.

Pastikan tempat yang sesuai serta jauh dari bahan mudah bakar seperti karpet,
sofa dan sebagainya.

PENYELENGGARAAN PILI BOMBA


Jadikan pili bomba berhampiran rumah anda sebagai teman anda. Tujuan pili bomba
diadakan adalah untuk menyalurkan air kepada jentera bomba semasa digunakan bagi
memadam bencana kebakaran. Ia boleh rosak akibat daripada perbuatan yang tidak
bertanggungjawab oleh penghuni sekitarnya. Contohnya memasukkan sampah-sarap, kaca
dan sebagainya dalam lubang valve.Perkara ini akan melambatkan pergerakan anggota
bomba bagi mendapatkan air dari pili berkenaan dan akhirnya akan merugikan anda.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

Periksa pili bomba berhampiran rumah anda.


Pastikan chamber bebas dari sebarang benda asing.
Pastikan tiada apa-apa ganguan terhadap pili.
Boleh dilihat dari jauh.
Tidak berkarat.
Memaklumkan kepada pihak Bomba atau JBA jika ada kerosakan.
Tidak terkambus dengan tanah.

LALANG DAN SEMAK


Tahukah anda bahawa lalang dan semak yang tidak dijaga atau tidak dipotong dalam
kawasan rumah anda atau dikawasan rumah jiran anda boleh menyebabkan kebakaran.
Diantara tanah dan rumput biasanya terdapat satu lapisan daun-daun dan akar-akar yang
kering (proses di kompos) diatas tanah. Jika lapisan ini terkena punca api yang terdedah
seperti puntung rokok, ia boleh merebak dengan pantas dan membakar apa-apa sahaja yang
berada di laluannya termasuk rumah anda.
Apa yang anda boleh lakukan ialah mengingatkan diri anda dan juga jiran-jiran anda bahawa
rumput dan lalang yang panjang serta tidak terurus boleh menyebabkan anda kerugian akibat
kebakaran dan boleh menjadi tempat binatang merbahaya seperti ular, kalajengking dan
sebagainya.
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Anda Meninggalkan Rumah Anda
Semasa Percutian/ Perayaan/ Balik Kampung
Perkara

Tandakan Yang Perlu

TV dan
perkakas lain
Aerial TV

Tutup-OFF- Tanggalkan
semua plug dari soket
Cabut dari soket TV

Gas memasak
LPG
Peti Ais

Tanggalkan kepala gas dari


silinder
Tutup-OFF-Tanggalkan
plug dari soket. Kosongkan

Langkah Keselamatan
Jangan ditutup dengan
menggunakan Remote Control
Jika perlu pasangkan
perangkap petir
Asingkan kepala gas dari
silinder
Jika perlu dipasang sepanjang
tempoh percutian, adakan

Senarai
semak

dan bersihkan
Suis Utama

Tutup - OFF

Lampu

Tutup - OFF

Kereta

Tanggalkan kepala bateri

Akuarium

Letakkan pam diatas


penutup akuarium. Jika
terbakar pam akan jatuh
kedalam akuarium yang
dipenuhi air.
Maklumkan kepada jiran

Jiran

Kipas(siling/
Dinding/
berdiri)
Penghawa
dingin
Peralatan
colok, putung
rokok, ubat
nyamuk, lilin

Tutup- OFF - tanggalkan


plug dari soket

pemutus bekalan berasingan


(Separate Circuit Breaker)
Jika perlu pastikan pemutus
litar berfungsi dengan baik
Jika perlu gunakan auto timer
dan elakkan lampu bermentol
Jauhkan bahan mudah bakar
dari tempat letak kereta
jauhkan dari dinding, langsir
dan bahan mudah bakar.
Adakan pemutus litar
berasingan.
Tinggalkan satu kunci pintu
masuk utama, berikan nombor
telefon anda
Pastikan tidak berfungsi
sebelum keluar

Tutup - OFF - Tanggalkan


Jika perlu, adakan auto timer
plug dari soket
Pastikan semua bentuk
Pastikan semua bentuk punca
punca api telah dipadamkan api telah dipadamkan
sepenuhnya sebelum
sepenuhnya sebelum
meninggalkan rumah
meninggalkan rumah
termasuk colok, lampu, dan
sebagainya
*Tandakan ( / ) jika perkara tersebut telah dilaksanakan.
[SIGPIC][/SIGPIC]

Selangor Darul Ehsan


Total A

Anda mungkin juga menyukai