Anda di halaman 1dari 9

 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Tel : 03-8884 5154
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, Faks : 03-8884 5047
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN Laman Web
http://www.bptv.edu.my
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
SEMEST
SEMESTER ER 2 SESI 2017/2018
SVM

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM

KOD/KURSUS MTA 2033  CHASIS II

KOMPETENSI 01. WHEEL ALIGNMENT II

1. Inspect tyres and rims condition


KOMPETENSI UNIT 2. Perform vehicle wheel balancing
3. Alignment process

Trainee must be able to:


● Inspect tyres and rims condition
KOMPETENSI ● Vehicle wheel balancing
PEMBELAJARAN ● Perform alignment process

MTA 2033/K 01/NK 02-03


NO KOD
EDISI 2/MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 09
NO KOD JPK TP-300-3:2016-C07

TAJUK :   MENGIMBANG RODA  


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 2 drp : 9

TUJUAN:
Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih mengenai perkara
berkaitan dengan imbangan roda dan prosedurnya.

1. MESIN PENGIMBANG RODA

Roda yang di pasang pada kenderaan mestilah seimbang sama ada berpusing
(dinamik) atau tidak berpusing (statik). Roda yang tidak seimbang akan
menyebabkan tayar menjadi haus dan stereng bergetar apabila memandu.
Imbangan roda juga perlu dilakukan bagi memastikan penggunaan tayar dapat
dimaksimumkan.

1.1 Kerja-kerja mengimbang roda boleh dilakukan dengan dua cara :

i. Di luar kenderaan (off car)


ii. Pada kenderaan (on car)

Roda boleh diimbang untuk menguji:


a) Imbangan statik roda.
i. Imbangan yang tidak statik akan bergetar ke atas dan ke bawah.
ii. Roda yang tidak seimbang dapat diperbetulkan dengan melekatkan
pemberat pada bahagian yang ringan iaitu pemberat mesti dipasang
supaya sama rata pada paksi pusingan.

b) Imbangan dinamik roda.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 3 drp : 9

i. Imbangan dinamik ialah imbangan roda yang dilakukan semasa roda berpusing.
Roda yang tidak seimbang dapat dibetulkan dengan memasang pemberat pada
rim.

Mesin Pengimbang Roda ( Wheel Balancer )

1.2 Peralatan Asas

1.2.1 Cone
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 4 drp : 9

1.2.2 Playar

1.2.3 Quick Nut

1.2.4 BR Scaler

1.3 Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan mesin pengimbang oda.

i. Fahami cara mengguna dan mengendali mesin dengan kaedah


yang betul (Rujuk manual penggunaan sebelum mesin digunakan)
ii. Pastikan roda dipasang dengan kemas pada mesin
iii. Pastikan tayar bersih dari sebarang kotoran
iv. Sentiasa memakai pelindung mata.
v. Pastikan bahagian yang berpusing pada mesin mempunyai
penghadang keselamatan yang baik.
vi. Gunakan kekuatan lutut dan kaki apabila mengangkat tayar yang
berat. JANGAN sesekali menggunakan kekuatan pinggang.

Setiap kali selesai tugasan yang dilakukan bersihkan tempat kerja dan peralatan
yang digunakan.

1.4 Prosedur mengimbang roda

I. Pastikan tekanan udara tayar mencukupi.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 5 drp : 9

II. Bebaskan tayar dan rim dari kekotoran dan batu-batu kecil.
III. Pasang roda ke “spindle” pada mesin pengimbang roda dengan
“cone lock nut.

IV. Tutup roda dengan penutup keselamatan.

V. Hidupkan suis mesin pengimbang roda.


VI. Biarkan roda berputar seketika.
VII. Semasa roda beputar, mesin pengimbang roda akan menganalisa
saiz dan lokasi pemberat pelu dipasangkan.
VIII. Saiz dan lokasi pemberat akan ditunjukkan pada monitor mesin.
IX.

X. Pasangkan pemberat mengikut saiz dan lokasi seperti yang


ditunjukkan.
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 6 drp : 9

XI. Tanggalkan roda dari “spindle”

2. Memasang roda ke kenderaan

i. Pasang semula tayar yang telah diimbang ke kenderaan.

ii. Ikat nat roda dengan tangan dan ikat dengan menggunakan alatangan sambil
sebelah tangan menahan roda.

iii. Julang kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan.

iv. Turunkan kenderaan dengan perlahan.

iv. Ketatkan nat roda dengan menggunakan perengkuh daya kilas (torque
wrench) mengikut spesifikasi pengeluar kenderaan.

v. Alihkan penahan roda.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 7 drp : 9

3. Pelaporan terhadap arahan kerja (job order / work order)

3.1 Definisi

“Job Order or Work Order” atau arahan kerja merupakan suatu kebenaran
bertulis yang diberikan kepada seseorang atau bengkel untuk melakukan
sesuatu kerja dalam sesuatu tempoh masa. Arahan kerja sangat penting
kerana ia mempunyai maklumat-maklumat yang perlu bagi seseorang
mekanik atau juruteknik automotif untuk memahami apakah tugasan yang
beliau perlu lakukan terhadap sesebuah kenderaan yang
dipertanggungjawabkan kepadanya.

Maklumat-maklumat seperti nombor pendaftaran kenderaan, nama dan


nombor kad pengenalan pemilik, tugas atau perincian tugasan atau kerja
yang perlu dilakukan terhadap kenderaan tersebut dan juruteknik yang
bertanggungjawab juga tercatat di dalam “job order”. Bagi sesetengah “job
order” dinyatakan juga alat ganti dan kos yang akan dikenakan oleh
sesebuah bengkel.

Berikut adalah contoh arahan kerja ( job order / work order ) yang boleh
digunakan oleh pelatih untuk membuat borang arahan kerja mengikut
kesesuaian tugasan yang diberikan.

3.2 Contoh “Job Oder”


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 8 drp : 9

SOALAN :

1. Namakan dua cara mengimbang roda.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 02-03 Muka : 9 drp : 9

a. ……………………………………………………….

b. ……………………………………………………….

2. Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan roda statik ?

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan kenapakah “job order” penting bagi seseorang juruteknik automotif?

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN :

1. http://www.invoicetemplatehub.com/wp-content/uploads/2012/06/auto-repair-work-order-
template.jpg

2. TEKNOLOGI AUTOMOTIF BAHAMAN RAJULI

3. MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – Anthony E.Schwaller ISBN O-8273-8354-1

4. https://www.slideshare.net/rubel2012/wheel-alignment-balancing?qid=91260f04-2793-

468f-86a2-a6b34fa260ba&v=&b=&from_search=8

Anda mungkin juga menyukai