Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 3 PERMAINAN KANAK-KANAK

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :

Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.


Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada

masyarakat.
Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh

melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif


Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan

Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak


Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan

dalam diri.
Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam

permainan.
Mempertingkatkan

danperlakuan motor.
Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan

dan

mengekalkan

kecergasan

berasaskan

kesihatan

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid


mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun.
Terdapat

tiga

objektif

terhadap

dominan

perkembangan

iaitu

psikomotor,

kognitif,kognitif,efektif.

Bidang Psikomotor

Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu

permainan kecil kategori jaringan/ dinding.


Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya

tahan secara maksimum


Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan

Tahap Dua.
Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.


Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan,
ketangjasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Bidang Kognitif

Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.


Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan

permainan tersebut.
Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan

tradisional yang sebenar.


Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

Bidang Efektif

Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.


Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat

diselesaikan tepat pada masanya.


Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat
berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan

dalam diri pelajar.


Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

Kepentingan Permainan Kanak-Kanak


Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang
penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif
jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi
permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap
perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.
Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang
rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan
sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game
sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid
dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.
Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana
permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan
pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid
kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan
pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari
segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang
sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Permainan adalah penting di sekolah rendah dan kanak-kanak berminat


terhadapnya terutama aktiviti yang melibatkan pergerakan.
Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:
membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar
melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut
peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
meningkatkan keyakinan diri.
meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat,
tekstur dan jenis.
sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan
geram.
mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam
permainan.
sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak
Pembangunan Kemahiran Motor
membangunkan kemahiran lokomotor
membangunkan kemahiran bukan lokomotor
membangunkan kemahiran pengawalan bola
membangunkan kecergasan fizikal
Pembangunan Kognitif
meningkatkan keupayaan mematuhi arahan

menolong dalam pemahaman peraturan


menggalakkan kreativiti dan imaginasi
menambah perbendaharaan kata kanak-kanak
Pembangunan Afektif-sosial
mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial
menggalakkan keadilan
menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan

membangunkan semangat kesukanan yang baik

membangunkan kualiti kepimpinan

membangunkan semagat bekerjasama


Ciri-Ciri
Memberi Pembelajaran yang Lebih Sempurna
Mempraktikkan Ansur Maju
Menimba Pengalaman Bermain Secara Berpasukan
Pengalaman Bertanding
Sebahagaian daripada Kurikulum
Memupuk Kecergasan Fizikal
Kebaikan

Jenis permainan ini tidak kompleks

Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi

Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

Senang ditadbir dan peraturannya sedikit

Anda mungkin juga menyukai