Anda di halaman 1dari 2

Ong Soon Koek,

115-B, Jalan Parit Ismail,


82200 Benut,
Pontian,
Johor Darul Takzim.
_____________________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut,
Jalan Jaafar,
82200 Benut,
Pontian,
Johor Darul Takzim.

14 SEPTEMBER 2012

Tuan,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah


Merujuk kepada perkara di atas, saya Ong Soon Koek, bapa kepada anak saya, Ong
Fang Ting, Tingkatan 4 Ibnu Sina ingin memohon cuti selama 3 hari dari 20
September 2012 (Khamis) hingga 22 September 2012 (Sabtu).
2.
Ketidakhadirannya adalah disebabkan anak saya ingin menghadiri Upacara
Konvokesyen kakaknya yang tamat pengajian Sarjana Muda Farmasi di Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada waktu pagi 21 September 2012 (Jumaat).
Saya telah menempah tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Lapangan
Terbang Pulau Pinang. Anak saya akan balik semula menghadiri kelas pada 24
September 2012 (Isnin).
3.
Saya sertakan surat pengesahan tamat pengajian kakaknya dan tiket
penerbangan sebagai bukti. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

__________________
(ONG SOON KOEK)

Anda mungkin juga menyukai