Anda di halaman 1dari 18

KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN

TAMADUN ISLAM

 610 Masehi
 Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan
wahyu pertama di Gua Hira‟ Mekah

 622 Masehi
 Rentetan dari peristiwa Hijrah wujud sebuah negara Islam dan
bertamadun di Madinah
 Kelahiran tamadun Islam agak berbeza dengan kelahiran
tamadun lain, Kelahirannya atas kehendak Ilahi. (keunikan
tamadun Islam kerana ia lahir di tengah-tengah padang pasir)

 632 Masehi hingga 660 Masehi


 Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w diteruskan oleh
para sahabat sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa‟ al-
Rasyidin
 Generasi sahabat telah berjaya menyebarkan pengaruh
tamadun Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq
dan Teluk Parsi.

 661 Masehi
 Kerajaan Bani Umayyah mula mengambil alih teraju
pemerintahan dan pentadbiran Negara Islam
 Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil 1
 Pengaruh tamadun Islam telah disebarkan pula ke Afghanistan,
Transaxonia, Multan, Armenia dan Andalusia (Sepanyol)

 750 Masehi
 Kerajaan Abbasiyyah yang menguasai politik dan pemerintahan
negara Islam

1|Page
 Zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam di mana
pengaruhnya telah tersebar luas sehingga sampai ke seluruh
Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki).
 Perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan
pembangunan negara berkembang pesat
 Lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung sehingga bidang-
bidang yang dipelopori oleh umat Islam telah menjadi printis
kepada pembangunan tamadun di Barat
 Ibn Sina (980-1037M) iaitu seorang tokoh falsafah,
sains dan perubatan,
 Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik
 Al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah danTasawuf

 1258 Masehi
 Tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan
telah menakluki pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyyah di
Kota Baghdad
 Kesan pencerobohan ini, banyak khazanah-khazanah keilmuan
tamadun Islam yang tersimpan telah dimusnahkan.

 1300 Masehi
 Daulah Uthmaniah Turki yang diasaskan secara rasminya

 1453 Masehi
 Sultan Muhammad II “Al-Fatih‟ (Daulah Uthmaniah Turki )
berjaya menguasai Constantinople
 Kerajaan Uthmaniah Berjaya melebarkan empayar mereka dan
juga pengaruh tamadun Islam sehingga ke Eropah Timur iaitu
Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga
Macedonia
 Empayar mereka juga telah berkembang sehingga ke Timur
Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan
seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi

2|Page
 1492 Masehi
 Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera
Kristian
 Islam telah bertapak di bumi Andalus (Selama 736 tahun)

 1526 Masehi
 Di India pula, Zahiruddin Babar telah mengalahkan Sultan Delhi
di Panipat dan menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul)
 Kerajaan tersebut bertahan selama 332 tahun. Zaman
kemuncaknya ialah pada kurun ke 17 M apabila telah
menguasai seluruh benua kecil India.

 1858 Masehi
 Kerajaan Moghul mengalami kemusnahan apabila sultan
Bahadur Shah Zafar iaitu pemerintah kerajaan tersebut yang
terakhir telah digulingkan oleh British
 Kejatuhan kerajaan ini juga telah mengakhiri 1000 tahun
pemerintahan Islam di India.

 Akhir kurun ke 18
 Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah apabila sedikit
demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika
terlepas kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan
kerajaan Islam yang lain
 Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun
akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul
Hamid telah digulingkan oleh „Kumpulan Belia Turki‟ atau „The
Young Turks‟ pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal yang
kemudiannya dilantik sebagai Presiden Turki seumur hidup
 Berakhirlah sistem khilafah dalam Islam serta tamadun Islam
mula memasuki zaman kemerosotan dan kemalapan. Keadaan
ini berterusan sehingga kini apabila negara-negara Islam yang
pernah dijajah oleh kuasa Barat masih lagi terbelenggu dengan
pengaruhnya walaupun sudah mencapai kemerdekaan.
3|Page
PRINSIP DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Bercirikan Islam itu sendiri:

 1. Rabbani
 Berpaksikan kepada Tauhid atau Akidah Islam
 Mempunyai matlamat dan tujuan yang ditentukan oleh
penciptanya sendiri iaitu Allah S.W.T (tidak boleh dipisahkan
daripada aspek ketuhanan)
 Merupakan matlamat terpenting dan terakhir dalam sebuah
kehidupan atau tamadun, mengatasi kepentingan hubungan
dengan yang lain seperti ibu bapa, keluarga, saudara, kaum,
bangsa, negara, kebendaan dan sebagainya
 Memiliki nilai-nilai kebaikan, ketenangan, kedamaian yang
membawa kepada keamanan dan keharmonian hidup
.
 2. Sempurna, menyeluruh dan sejagat

 Merangkumi segala sudut atau aspek kehidupan manusia sama


ada yang berkaitan dengan hubungan dengan Allah S.W.T.,
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam
 Peraturan-peraturan dan akhlak Islam wujud dalam semua
keadaan, tempat dan masa. Tujuannya adalah untuk
menyempurnakan kehidupan manusia secara menyeluruh
tanpa keterbatasan sama ada Islam atau bukan Islam
 Sifat kesejagatannya itu tidak boleh dibatasi oleh sempadan
atau batasan geografi, politik, sosio-budaya, bangsa dan
sebagainya.

 3. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia

 Segala perkara tidak bertentangan dengan akal manusia,


bahkan membantu akal manusia mencapai ketinggian dalam
menemui matlamat kehidupan sebenarnya.

4|Page
 Islam meletakkan akal sebagai sesuatu yang sangat berharga
kerana ia dapat membezakan manusia daripada lain-lain
makhluk.
 Segala apa yang disyariatkan itu pada hakikatnya sesuai dan
menepati fitrah manusia.
 Oleh itu, tidak akan berlaku percanggahan antara akal dengan
wahyu sekiranya akal manusia itu tidak dikuasai oleh hawa
nafsu dan syaitan. Percanggahan hanya berlaku apabila akal
manusia dikuasai nafsu dan syaitan kerana dikala itu akal tidak
akan mampu lagi melihat kebaikan yang terkandung dalam
wahyu.

 4. Tidak Membebankan
 Segala aspek kehidupan dalam tamadun Islam sebenarnya
adalah ditetapkan dan ditentukan oleh pencipta manusia itu
sendiri iaitu Allah S.W.T..
 Sehubungan itu, Allah S.W.T. tidak mensyariatkan sesuatu
perintah yang di luar kemampuan manusia untuk
melaksanakannya. Allah S.W.T. telah memberikan keringanan
(rukhsah) kepada manusia menunaikan tanggungjawabnya
pada keadaan-keadaan tertentu.
 Tidak ada kesulitan dalam Islam untuk difahami atas sebab
kerumitannya kerana segalanya telah diterangkan oleh Al-
Qur‟an, Hadith dan ijtihad.

 5. Keseimbangan antara Rohani dan Jasmani


 Menekan aspek kesimbangan antara pencapaian rohani dan
jasmani.
 Insan yang dilahirkan dalam tamadun Islam mestilah sihat tubuh
badan dan dalam masa yang sama mempunyai sifat-sifat rohani
yang baik seperti rendah diri, kasih sayang, hormat
menghormati dan lain-lain agar keseimbangan antara kedua-
dua unsur itu tidak terencat dan tempang.
 Pepatah Arab ada menyebut “akal yang sihat berada pada tubuh
badan yang sihat”. Justeru, dengan adanya keseimbangan ini

5|Page
maka insan yang dilahirkan dalam tamdun Islam sudah tentu
mempunyai kehebatan dan keunggulannya yang tersendiri
 Matlamat pencapaian tamadun Islam adalah merangkumi
kehidupan dunia dan akhirat. Kerana itulah juga tamadun Islam
tidak berubah dari sudut tujuan dan matlamat pembentukan
tamadun manusia, tetapi bersifat anjal terhadap proses atau
cara pelaksaannya tanpa mengorbankan prinsip asas Islam itu
sendiri.

 6. Terbuka dan Tolenrasi


 Faktor keterbukaan dan tolenrasi merupakan salah satu sifat
tamadun Islam yang membolehkannya mudah diterima oleh
kebanyakan manusia.
 Keterbukaan dalam konteks ini bermaksud tamadun Islam yang
wujud tidak terbatas kepada sempadan tertentu.
 Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan
penerusan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun-tamadun
lain, selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Atas dasar keterbukaan ini, dapat dilihat pada hari ini betapa
berwarna-warninya tamadun Islam, sesuai dengan keadaan
serta situasi setempat.
 Tamadun Islam berkembang ke luar dari Semenanjung Tanah
Arab dan dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat
tempatan. Ini kerana, Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat
tempatan, sama ada beragama Islam ataupun bukan Islam.
Jaminan ini dinyatakan oleh Baginda sendiri dalam Hadithnya
yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyakiti hati orang Zimmi (non


muslim yang mahu kepada kedamaian Islam)
maka dia menyakiti hatiku”

6|Page
 Ini jelas menunjukkan keterbukaan dan toleransi yang
ditunjukkan dalam tamadun Islam tidak sepertimana tamadun
lain.
 Terus terpelihara, sama ada dari sudut kebebasan beragama,
berbudaya, keselamatan dan sebagainya. Melalui sifat toleransi
tersebut, keharmonian serta keamanan dapat dikekalkan dalam
masyarakat setempat.

7|Page
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN
DUNIA

Mencetuskan perubahan yang amat besar dan menyeluruh kepada kehidupan


manusia tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya

 Kepercayaan Berasaskan Akidah


 Islam mengubah sistem kepercayaan dan asas kebudayaan
yang bersandarkan kepada agama politiesme kepada agama
tauhid atau monotiesme.
 Kepercayaan kepada Allah S.W.T. sebagai kepercayaan yang
bersifat mutlak dan sekaligus membebaskan manusia daripada
penyembahan berhala, animisme, tahyul dan sebagainya.
 Pegangan kepada akidah yang benar ini juga merupakan asas
kemakmuran dan kebahagiaan hakiki yang dicapai oleh
sesuatu tamadun yang diusahakan oleh manusia, kerana
menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
 Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Rube‟ bin Amir yang
menjadi utusan untuk bertemu Maharaja Rom pernah
mengungkapkan kepercayaan yang berasaskan akidah kepada
Maharaja Rom dengan berkata:

“Allah mengutuskan Rasul yang mengajar kami untuk mengeluarkan manusia


yang dikehendaki Allah daripada penghambaan kepada manusia kepada
penghambaan kepada Allah yang Esa”

 Sosio Budaya
 Kebudayaan primitif yang bersifat bersahaja dan sekadar
cukup hidup telah bertukar kepada kehidupan yang lebih maju
dan moden
 Kehidupan nomad telah bertukar kepada kehidupan menetap
yang akhirnya membawa kepada kewujudan bandar-bandar,

8|Page
kotametropolitan, sistem pentadbiran dan pengurusan yang
tersusun rapi serta keperluan asas yang lain.
 Manakala bani-bani, bangsa-bangsa, kaum-kaum yang
bertelagah dan berperang sesama sendiri telah disatukan
dengan ikatan kesatuan akidah dan ummah Islam yang satu.
 Islam mengajar bahawa manusia adalah sama di sisi Allah
S.W.T. berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Hujurat:13
yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”

 Ekonomi
 Memperkenalkan sistem ekonomi yang dilaksanakan mengikut
hukum dan peraturan khusus yang berkaitan dengan aktiviti
atau kegiatan manusia dari aspek penggunaan sumber,
pengagihan, pengeluaran, pertukaran dan sebagainya.
 Perkara penting dalam kegiatan ekonomi ini ialah
pengharaman riba dalam segala urusan jual beli dan
pertukaran barangan. Firman Allah S.W.T. dalam surah
alBaqarah: 275 yang bermaksud:

“Allah Taala menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

 Perkara ini jelas mengambarkan sistem yang boleh


merosakkan perpaduan masyarakat disekat dalam Islam.

9|Page
 Sebaliknya, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
moden yang menggantikan teknik-teknik tradisional dalam
aktiviti ekonomi diberikan galakan dan diharuskan.
 Perubahan ini telah membawa manusia kepada kegiatan
ekonomi dunia yang lebih terbuka daripada sebelumnya yang
terikat dengan corak ekonomi desa.

 Politik
 Fahaman politik sempit yang diasaskan kepada bangsa, puak,
suku, warna kulit, keturunan dan negara tidak diterima pakai
oleh Islam.
 Ketegasan Nabi Muhammad s.a.w. jelas sekali menolak segala
unsur dan faham kepuakan dan assabiyyah. Sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud:

“Bukanlah daripada kalangan kami (umat Muhammad) orang yang menyeru


kepada kepuakan” (Riwayat Abu Daud)

 Tamadun Islam telah menyatu padukan bangsa dan wilayah


yang terpisah ini di bawah satu pemerintahan yang berbentuk
khalifah.
 Al-Quran merupakan perlembagaan bagi sistem politik Islam,
pelaksanaan konsep syura dalam membuat keputusan
pemerintahan dan pentadbiran adalah diutamakan.
 Ilmu pengetahuan
 Sangat menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan.
 Kedatangan Islam telah membawa satu revolusi pemikiran dan
ilmu baru yang bersandarkan kepada wahyu.
 Corak fikiran animis, jumud dan tahyul telah digantikan dengan
pemikiran falsafah yang sistematik, rasional dan universal.

10 | P a g e
 Islam dengan tegasnya membezakan orang yang berilmu
dengan yang tidak berilmu.
 Orang yang berilmu mendapat kedudukan yang tinggi disisi
Allah S.W.T. berdasarkan firmannya dalam surah al-Zumar: 9
yang bermaksud:

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak


mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”

11 | P a g e
JIHAD DALAM ISLAM

 Bahasa Arab yang diambil daripada perkataan jahada yang


bermaksud mencurahkan kemampuan atau disebut juga
seruan kepada agama yang hak.
 Menurut Hasan al-Banna, jihad adalah salah satu kewajipan ke
atas Muslim yang berlanjutan hingga hari Kiamat.
 Tingkat terendahnya berupa penolakkan hati atas keburukan
atau kemungkaran dan yang tertinggi adalah berperang pada
jalan Allah S.W.T.
 Kalimah jihad umumnya bermaksud setiap usaha yang
memerlukan curahan tenaga dan kekuatan demi untuk
mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal untuk
menegakkan kebenaran dan kebaikan demi untuk
memartabatkan Islam di bumi Allah S.W.T. serta mengharapkan
ganjaran dan keampunan dari-Nya.
 Jihad satu konsep yang umum merangkumi segala aspek
perjuangan menegakkan agama Islam yang suci.
 Bermula dari usaha menguasai diri sendiri sebagai Muslim yang
setia, membina keluarga Islam yang utuh sebagai asas kepada
pembinaan masyarakat Islam yang kukuh, melaksanakan ajaran
dan segala peraturan Islam dalam kehidupan.
 Jihad menekankan aspek mempertahankan kesucian Islam
sama ada peringkat diri, keluarga masyarakat dan negara dari
ancaman musuh dari dalam dan luar.
 Jihad boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jihad nafsu,
jihad ilmu dan perdidikan serta jihad mempertahankan
kesucian Islam.

12 | P a g e
 Jihad Nafsu

 Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jin, iblis
dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang pernah
berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebagaimana Adam
A.S. dan Hawa pernah termakan pujukan syaitan kerana
memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah S.W.T.
sehingga mereka berdua dikeluarkan dari syurga.
 Al-Quran menerangkan secara jelas dan terperinci perancangan
jahat dan tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia.
 Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia
bermatlamatkan merosakkan ketulenan akidah dan tauhid
terhadap Allah S.W.T., keikhlasan ibadah dan ubudiyyah dan
kejernihan dan kesucian akhlak Muslim.
 Jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan untuk
membersihkan jiwa daripada sifat-sifat yang rendah dan keji
kepada sifat-sifat yang mulia dan terpuji, daripada kegelapan dan
kekotoran syirik kepada kejernihan dan sinar tauhid serta
membina keikhlasan hati nurani dalam beribadah kepada Allah
S.W.T.
 Segala keadaan dan situasi yang ada disekeliling umat Islam
sekarang menunjukkan bahawa perjuangan atau jihad yang perlu
dihadapi oleh umat Islam sejagat lebih menyeluruh.
 Jihad agung (al-jihad al-akbar), iaitu menguasai diri sendiri
supaya berdisiplin penuh mengikut kaedah dan tatacara Islam
sehingga kepada membina semula kecemerlangan dan
kegemilangan tamadun Islam.
 Tuntutan tersebut adalah merupakan tugas manusia sebagai
khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi dengan
panduan dan ketetapan Tuhan.

13 | P a g e
 Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Hajj: 41 yang bermaksud:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan”

 Jihad Ilmu dan pendidikan

 Jihad ilmu dan pendidikan adalah diletakkan selari dengan jihad


mempertahankan agama berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam
surah al-Taubah: 122 yang bermaksud:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya
(pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap
puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari
secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat
mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali
kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah)”

 Umat Islam harus melihat kepentingan menguasai ilmu dan


teknologi sebagai amat releven untuk mengangkat martabatnya.
 Globalisasi yang mendatangi kita kini amat mencabar dan
kesannya amat hebat.
 Umat Islam jangan bersikap simplistik terhadap perubahan dan
kemajuan.
 Isu utamanya bagaimana kita menangani dan mengurus
perubahan.

14 | P a g e
 Strategi yang tinggi kebijaksanaan yang hebat supaya perubahan
atas nama globalisasi tidak membelenggu kita dengan penjajahan
bentuk baru.
 Mengarahkan maksud jihad kepada pembangunan ilmu dan
pendidikan.
 Hidupkan budaya penyelidikan penerokaan kepada bidang-bidang
baru dalam dunia intelektual kini.
 Menampilkan keunggulan ilmu-ilmu dan proses pendidikan yang
Islami supaya akhirnya umat Islam mampu bangun dengan
acuannya sendiri.
 Al-Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau „iqra‟
bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. menjelaskan konsep ini.
 Begitu juga konsep‟ulul albab‟ yang memberikan fokus
kepentingan ilmu dan peranan para ilmuan dalam membangunkan
tamadun.
 Al-Quran memberikan keutamaan berfikir berasaskan kekuatan
akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa dan musibah
yang terjadi dan keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik
mengenai hakikat kejadian alam dan hubungan dengan manusia
berasaskan prinsip al-Quran.

 Jihad Mempertahankan Kesucian Islam

 Pentafsiran Islam mengenai jihad mempertahankan Islam dan


ummahnya daripada pencerobohan musuh-musuh Islam
sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang
ditindas oleh rejim Yahudi.
 Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian
Islam bumi Palestin dan masjid al-Aqsa yang dimuliakan oleh
Allah S.W.T.
15 | P a g e
 Rakyat Palestin telah mencuba berbagai cara dalam usaha untuk
membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan semula hak
mereka yang telah dirampas oleh tentera zionis Yahudi.
 Perjanjian damai, persidangan, perundingan serta mengikut pelan
damai yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).
 Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel telah menabur janji
untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang
merdeka juga melalui jalan buntu.
 Rakyat Palestin bangkit menentang, berjuang menerusi jihad
memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak mereka,
membunuh, merampas tanah orang Islam menyeksa dan
membunuh kanak-kanak, memerangi kaum lelaki, menganiayai
wanita melalui ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang
dilakukan oleh tentera zionis tersebut.
 Jihad dalam ertikata memerangi musuh Islam adalah amat wajar
dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama
dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan ketenteraan
yang maju dan canggih.
 Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Anfal: 60 yang bermaksud:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah
dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan
kamu tidak akan dianiaya”

16 | P a g e
 KESIMPULAN

 Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik sama ada dari segi
lokasi kelahirannya atau perkembangannya.
 Melalui perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya
selama dua puluh tiga tahun Islam dapat dikembangkan sebagai
anutan sehingga kini di seluruh dunia.
 Pengorbanan yang ditunjukkan adalah merupakan perjuangan suci dan
unggul yang tiada tolok bandingnya.
 Kesempurnaan Islam dan tamadunnya adalah kerana al-Quran dan
Sunnah dijadikan sebagai landasan hidup serta berpijak pada asas-
asas yang kukuh dan nyata.
 Kandungan tamadun itu sendiri terdiri daripada akidah, syariah dan
akhlak sebagai pemacu kepada kehidupan rohaniah dan jasmaniah.
 Islam juga menerima ijtihad dan pembaharuan yang selari dengan
perkembangan manusia dan tamadun dunia berdasarkan keimanan
kapada Allah S.W.T.

17 | P a g e
Ahli Kumpulan:

MOHD IKMAL BIN AZIZ (257451)

NOOR LYDIA BINTI SHAFIE (257571)

MOHD NOR HAFI BIN MOHAMED ZAKI (257459)

SITI HAIZA BINTI MOHD ERHAM (258393)

RUFVY BIN SELEP (258284)

SITI KHADIJAH BINTI AHYAR (258071)

18 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai