Anda di halaman 1dari 1

Ahmad Farid Bin Mohamed

REFLEKSI INDIVIDU

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya

tugasan ini dapat diselesaikan jua. Kerja kursus Budaya dan Pembelajaran ini

amatlah berguna kepada saya sebagai bekalan untuk menjadi guru kelak.

Antara kekuatan yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini ialah

saya dapat belajar dengan lebih lanjut mengenai kepelbagaian budaya masyarakat

terutamanya di dalam negara kita ini. Saya juga dapat menambahkan pengetahuan

saya tentang implikasi sosiobudaya ini kepada murid, guru, dan juga sekolah. Ini

amat penting bagi saya agar saya dapat menyesuaikan diri di mana-mana sahaja

saya berada. Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya ini akan membantu saya nanti

untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan

corak budaya dan juga latar belakan murid. Selain itu, dalam melaksanakan tugasan

ini juga, ianya dapat meningkatkan juga kemahiran saya dalam menulis sesuatu

bahan penulisan ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang telah dikenal pasti

dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah bahan yang dirujuk adalah

terhad kerana saya kekurangan sumber rujukan.

Justeru saya mestilah meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat sesuatu

tugasan dan juga lebih rajin untuk mencari bahan sebagai rujukan supaya ilmu

pengetahuan dan pengalaman saya akan bertambah.

Anda mungkin juga menyukai