Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Taman Universiti 1 Kod Sekolah: JBA1078

1. Nama Guru Nadzirah binti Mohammad Halid

2. Judul La Tahzan 3. Bidang: Pendidikan Islam


Pengarang Dr. Aidh al Qarni
4. 5. Muka Surat:628
Terbitan Al- Hidayah 
6.
7. Sinopsis

          Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.
Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari
kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di
sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa
ingat kepada Yang Maha Kuasa.

Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi. Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya kita
sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin ada masanya
kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau mungkin kita berada di
puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung kegagalan dan kekecewaan. Ini yang
selalunya membuat kita jauh daripada Allah s.w.t dan dilanda kesedihan. Terlalu bahagia atau
terlalu senang akan membuat mudah terlena, terlalu sedih atau kecewa juga akan membuat kita
mudah terbabas ke lorong suram.

Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman,
dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan
indahkan lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih
berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Jangan bersedih, setiap perkara yang berlaku ada sebabnya.


Teruskan menongah arus kehidupan dengan harapan semoga di setiap kesedihan, ada bahagia
yang menanti.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi motivasi kepada guru supaya bersabar dan merendah diri serta mengambil
keputusan berhemah berdepan dengan pelbagai pelajar yang berbeza latar belakang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NADZIRAH BINTI MOHAMMAD HALID ) ( )

Anda mungkin juga menyukai